[ True Secret ]
"selamat pagi, eomma"
Yoongi menyapa lembut ibunya yang sedang menyapu mentega pada roti. Anak matanya terarah pula kepada Suyeon yang sedang seronok ketawa, menolong ibunya menyediakan sarapan pagi.
"bangun pun, ingatkan Yoongi tak mahu bangun tadi" puan Min membalas dengan nada bergurau membuatkan tawa kecil terlepas dari bibir Yoongi.
Hari ini cuti sekolah dan dia tidak rancang untuk ke mana-mana jadi mungkin Yoongi hanya duduk di rumah saja.
"awalnya kau bangun" kata Yoongi sewaktu Suyeon meletakkan beberapa keping roti bakar dan hidangan lain di atas meja makan.
"bagus Suyeon, baik budaknya. Eomma baru bangun dan nampak Suyeon dah ada di dapur. Katanya dia memang nak masak sarapan pagi untuk kita sebab itu lah dia tunggu eomma bagi green light dulu, barulah dia masak"
"mana ada ahjumma, ini kecil saja nak dibandingkan dengan ahjumma yang dah bagi Suyeon tumpang rumah ini"
"Yoongi, kalau kamu nak cari girlfriend.. carilah yang macam Suyeon ha baru elok, eomma pun suka" raut wajah Yoongi terus saja berubah geli sambil menggelengkan kepalanya berulang kali.
Tawa puan Min mula memenuhi ruang dapur apabila Yoongi masih lagi mempamerkan wajah menjengkelkan sewaktu mereka semua melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Banyaknya eomma masak, kalau tak habis nanti macam mana?" mata Yoongi membundar tatkala melihat galbi, spicy seafood salad, kongnamul bab, spicy stewed fish, oi naengguk, seasoned kelp, dan radish moo saengchae dalam kuantiti yang banyak.
"eomma ingat nak bagi sikit dekat keluarga Lee Hyemi. Hyemi tu selalu pergi kerja, apa salahnya berkongsi makanan memandangkan hari ini rezeki kita murah. Alah! Ibu Lee Yeonju dan apa nama panggilannya... alah lupa.."
"Haechan?" Suyeon segera menyoal.
"Iya Haechan. Kamu satu sekolah dengan Yeonju kan? Patutlah, kamu semua saling mengenali. Sekejap lagi Yoongi pergi hantarkan makanan pada mereka ya"
Yoongi terus saja tersenyum lebar manakala riak wajah Suyeon berubah sedikit tegang. Anak matanya memerhati senyuman Yoongi dalam diam. Kenapa... kenapa Yoongi nampak sangat gembira?
"baik eomma"
********************
"Yeonnnnnnnnn" Yoongi merebahkan badannya di atas sofa ruang tamu. Telefon yang dilekapkan pada telinga, membuatnya tersenyum sewaktu menunggu jawapan Yeonju.
YOU ARE READING
[dibukukan] Library Ghost | Min Yoongi
Fanfiction[2021] + who says cute ghost doesn't exist? [ THE DIMENSION SERIES: TWO ] Min Yoongi, roh yang sudah lama mendiami Saebom High School akhirnya bertemu dengan seorang gadis, Lee Yeonju yang terdesak mahukan markah peperiksaan yang tinggi. Yoongi pe...