chapter 1✔️

2.7K 55 0
                                    

"Keluar kau dari rumah ni. Aku takde anak yang sanggup conteng arang di muka aku. Kau selagi tak cari bukti yang menunjukkan kau tak bersalah, jangan harap kau boleh jejak kaki lagi kat sini. Aku haramkan. Jangan kau jejakkan kaki kat sini sampai aku mati".

"Umi. Hana tak bersalah. Hana tak buat macam ni umi. Percayalah umi".

Tersedu-sedan Hana menangis memohon maaf dari umi walau dia tahu dia tidak bersalah dalam hal ini. Tapi dengan kemarahan yang memuncak, takkan Hana taknak mengalah.

"Eh aku tak percayalah dengan kau Hana. Dari dulu lagi kau memang dah tak cerdik. Keturunan aku semua cerdik pandai. Tapi tup-tup keluar kau dah jadi b*d*h. Eh kenapa eh kau kena keluar dari perut ni hah".

Beristighfar panjang Hana setelah mendengar tutur kata yang diluahkan oleh umi. Sungguh dia tak percaya yang umi sedang menidakkan kewujudan dia. Yer Hana mengaku yang dia kurang pandai berbanding dengan adik beradik yang lain. Tidak mendapat nombor satu dalam kelas. Kurang mendapat anugerah cemerlang dari sekolah seperti adik beradik yang lain. Tapi tidak perlu menghina dia sampai begini. Hana juga mempunyai hati dan perasaan. Hati dia akan terluka macam manusia lain kalau selalu digores dengan pisau. Tapi tidak mempu menutur keluar semua itu dari hati. Hanya mampu menyimpan dalam hati. Mungkin satu hari nanti, dua luahkan segala isi hatinya.

"Umi. Betul Hana tak buat. Walaupun Hana selalu mendapat nombor last dalam kelas tapi tak bermakna Hana akan meniru dalam exam. Hana tahu benda tu salah dan akan dihukum oleh pihak sekolah". Hana merayu pada Umi supaya mempercayainya tapi hampa, sebelah mata pon umi langsung tak melihat Hana. Tapi cemuhan dan jelingan saja yang diberikan.

"Dah aku tak mahu dengar semua alasan kau. Nih ambik ni beg pakaian kau dan beg buku-buku sekolah kau. Keluar dari rumah ni. Aku taknak tengok muka kau lagi. Kau dah malukan keturunan aku tau. Kalau keluarga aku tahu malu tahu tak. Sebelum apa-apa terjadi, baik kau berambus dari kampung ni. Aku taknak ada gosip yang mengatakan anak-anak aku tak cerdik".

Sungguh berbisa kata-kata seorang ibu terhadap anaknya.

"Abah. Percayalah cakap Hana. Hana tak buat semua ni. Abah sayangkan Hana kan". Kini harapan Hana hanyalah abah. Dia lah yang selalu memahami masalah yang membelenggu diri ini. Mungkin dia akan diberi kesempatan untuk membuktikan yang dia memang tak bersalah.

Lama abah berdiam diri sebelum dia memandang Hana dengan mata yang merah.

"Pergilah. Aku taknak tengok muka kau lagi. Kau bukan anak aku. Anak aku takkan buat benda yang memalukan keluarga ini. Pergilah".

Allahuakbar. Luluh lagi sekeping hati seorang insan bergelar ank. Pedih hatinya apabila insan yang sangat dia hormati dan sanjungi selepas uminya mengatakan sebegitu padanya. Abahnya yang selama ini selalu menyebelahi Hana jika terjadi sesuatu perkara tidak lagi Hana kenal. Hari ini hari ahad pada pukul 4.30 petang seorang ayah tidak lagi mempercayai kata-kata anaknya tetapi lebih mempercayai kata-kata orang luar. Dan paling Hana tidak percaya orang luar itu bersekongkol dengan kakaknya sendiri untuk menjatuhkan dia. Sungguh Hana tidak percaya.

"Abaahh". Terjerit Hana memnggil abah tapi dia hanya pergi meninggalkan Hana dengan membawa dirinya ke dalam bilik.

"Dah berambus lah. Suami aku pun dah tidak percayakan kau lagi. Buat apa kau meraih simpati dia sedangkan muka kau pun dia taknak tengok dah".

Sejurus selepas itu, Hana kembali berdiri. Dia melihat wajah kesayangannya sambil mengelap mukanya yang dipenuhi dengan air mata. Hana mengangguk kepalanya beberapa kali sebelum tersenyum. Tersenyum kesedihan.

"Baiklah. Kalau itu yang umi dan abah nak, Hana akan keluar. Hana takkan jejak lagi kaki Hana dalam rumah seperti yang umi minta tadi. Hana akan pastikan walau apa yang terjadi dalam keluarga ini, Hana takkan masuk campur lagi urusan keluarga ini. Cuma satu je Hana nak minta dari umi dan abah. Doakan Hana berjaya dunia dan akhirat. Redhakan apa jua yang Hana nak lakukan bila Hana keluar dari rumah ni. Hana takkan ganggu keluarga ni lagi sampailah hembusan nafas akhir Hana. Hana janji. Hana doakan supaya keluarga ni akan selalu sihat sejahtera walau dimana berada. Tak perlu cari Hana kalau suatu hari nanti semua rahsia dan masalah ini terbongkar. Jika ada orang datang tuntut maaf dari Hana masa itu, mungkin masa itu bukan Hana yang dikenali tapi masa itu, mungkin Hana yang takkan dikenali oleh orang lain. Umi, izinkan Hana keluar dari rumah ni. Insyaallah semua permintaan yang umi dan abah minta tadi Hana tunaikan. Sampaikan salam Hana pada abah dan adik-adik yang lain. Moga bahagia selalu mengiringa keluarga ni. Assalamualaikum".

Sejurus itu, Hana keluar dari rumah ini dengan tiada lagi penyesalan. Biar lah dia oergi jika ini yang terbaik untuk mereka semua. Mungkin dengan pemergian Hana dapat membersihkan nama baik keluarga ini. Dan mungkin dengan pemergian dia dapat mengembalikan senyuman pada wajah orang kesayangannya. Mungkin.

Sebelum itu, Hana sempat melihat kakaknya yang sedang berdiri di tepi pintu rumah dengan wajah yang tidak bersalah dan senyuman mengejek.

"Kau kalau dah tak pandai tak pandailah. Tak payah acah-acah bijak. Kau ingat kalau kau buktikan pon ada orang nak percayakan kau ke hah". Sempat lagi dia mengejek sebelum dia menutup pintu rumah serapatnya. Dan begitulah hati Hana yang telah tertutup serapatnya dengan mereka.

Hana berpaling sekilas kearah belakang untuk melihat rumah itu untuk kali yang terakhir sebelum pergi buat selamanya.



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Everything is going to be alright. Maybe not today but eventually•












Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now