chapter 49✔️

472 14 0
                                    

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua CEO kerana melibatkan diri dalam majlis penghargaan ini. Dan saya ingin sentuh sedikit sahaja bahawa salah seorang daripada kalangan kita berjaya menaikkan nama syarikatnya di mata dunia. Saya ingin menjemput Tengku Haris Iskandar Bin Tengku Kamal untuk naik ke pentas memberi sedikit ucapan".

Dewan itu bergema dengan suara tepukan kepada Tengku Haris.

Tengku Haris bangun dari kerusi yang dia duduki. Dia berjalan menyelusuri karpet merah dengan penuh berkarisma. Dia perlulah menunjukkan bahawa dia merupakan ahli perniagaan yang berjaya di mata dunia. Dia naik ke pentas dengan penuh bergaya.

Kalau lah wanita tengok, pasti cair punya la. Dia punya penangan tu, fuh menusuk ke hati woo.

"Terima kasih kepada Encik Ismail atas kata-kata tadi. Saya pun terkejut sebenarnya dengan berita itu. Yer lah. Memandangkan saya dikira yang paling muda dalam dunia perniagaan ni. Jadi, saya sangka bahawa orang yang lebih tua daripada saya akan menyandangkan penghargaan ini. Tapi, alhamdulillah rezeki menyebelahi saya. Sekali lagi, terima kasih". Seusai berkata, Haris melirik memandang seseorang yang memandangnya daripada jauh.

Haris menarik senyuman sinis.

"Kau nak lawan dengan aku? Silakan. Kau bukan lawan aku". Bisik hati Haris.

**********

"Puan". Sapa Rasya setelah dia melihat Hana menuruni tangga. Hana berpaling. Terangkat keningnya apabila memandang Rasya yang sibuk menyediakan sarapan buatnya.

"Jemput makan puan. Saya dah sediakan semuanya". Hana menggeleng.

"Awak ni Sya. Susah-susahkan je. Saya masih boleh buat lagi lah. Sarapan je pun. Makan roti dengan nuttella pun okey". Ujar Hana. Sesampai sahaja di meja, matanya terbeliak. Bermacam-macam makanan yang Rasya sediakan.

Ada nasi goreng, mi goreng, roti bakar dengan planta. Berserta nasi lemak 3 bungkus. Disediakan juga air kopi yang masih panas. Nampak lagi wap dia yang naik tu.

Siapa nak habiskan ni? Takkan dia sorang? Memang seminggu lah nakkan habis ni.

"Siapa yang nak makan ni Rasya? Awak dengan saya je ke?". Soal Hana. Tidak percaya.

Rasya tersengih. Dia menggaru kepalanya yang berbalut dengan shawl berwarna hitam.

"Erm sebenarnya kan puan. Tapi kan puan, kalau saya beritahu ni, puan jangan terkejut tau".

Hana mengganguk. Beritahu apa pulak dia ni.

"Saya nak pergi amik adik-adik saya sekejap dekat rumah. Diorang sendiri je. Mak saya takde, dia kena balik kampung. Ada urusan sekejap. Jadinya, saya nak bawak adik saya makan sini. Tu yang saya masak lebih sikit. Nak ajak diorang makan sekali dengan saya, dengan Puan. Takpe kan?". Soal Rasya. Matanya sesekali memandang Hana, sesekali menunduk ke bawah. Tangannya pula disatukan dan bermain antara satu sama lain. Seolah-olah gelisah menanti jawapan dari Hana.

Hana tersenyum dengan gelagat Rasya.

Comel!

"Bo-boleh ke Puan Hana? Ka-kalau..tak boleh takpe. Balik pukul 12 nanti, saya sediakan makanan untuk diorang". Soal Rasya kembali. Berdebar lah weh. Muka Puan Hana tidak dapat dibaca. Direnung je muka aku macam aku ada buat salah.

"Hahahha boleh jer Rasya. Jemputlah adik-adik awak tu datang sini. Ataupun, tinggal sini sama-sama. Lagipun saya sunyi sedikit. Kalau ada adik-adik awak, maybe kurang sikit sunyi rumah ni. Ye Tak?"

Mata Rasya sudah bersinar dengan kata-kata Puan Hana. Dia kemudian berlalu pergi ke arah Puan Hana lalu dia mengambil tangan kanan Hana. Dicium tangan itu beberapa kali tanda bersyukur.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now