chapter 30

880 19 1
                                    

HARIS POV

'Haris?'.

Haris mengangkat kepala yang sejak dari tadi tertunduk sahaja. Kelihatan Kak Nisa datang bersama Stella yang terlena dalam dukungan Kak Nisa.

Lama juga aku tidak jaga Stella memandangkan aku sedikit busy sekarang. Dengan project yang banyak dan masalahnya dengan Rasya dan terutama sekali Hana. Haih macam manalah aku nak settle masalah ni.

Aku juga rindu pada Stella kerana sudah lama tidak meluangkan masa bersamanya. Stella juga seakan merajuk dengan aku. Biasanya kalau aku pulang kerumah dia akan menyambut aku di muka pintu tapi sekarang tidak lagi. Bila aku pulang, aku tidak disambut oleh Stella malah aku melihat dia sedang enak tidur di biliknya. Hmm.

Salah aku juga sebenarnya. Hahahah.

Punyalah syok aku mengelamun sehinggakan kak Nisa panggil aku pun aku tak menyahut.

'Haris oii'.

Aku tersentak lalu berpaling ke arah kak Nisa. Kak Nisa sudah setia memandang aku dengan kerutan di dahi.

'Hah ape kak?'.

'Dari tadi akak tanya kau tak dengar? Haih. Akak tanya macam mana Haris dengan Hana? Hana dah boleh terima Haris ke?'.

Aku tidak tahu untuk memberi respon bagaimana. Sejujurnya akak memang berharap yang aku akan berbaik semula dengan Hana. Kak Nisa sendiri beritahu aku yang dia sudah menganggap Hana bagaikan adik kandung dia sendiri. Kak Nisa pernah beritahu aku suatu ketika dahulu semasa aku masih lagi belajar di sekolah.

'Kak Nisa sayang dia. Pertama kali akak jumpa dia, akak tahu dia seorang yang baik. Itu yang akak terkejut masa dengar khabar yang dia ditangkap disebabkan dia berpelukan dengan seseorang di taman'.

'Akak sayang dia. Akak dah anggap dia macam adik akak sendiri. Itu yang buatkan akak tak percaya dengan apa yang terjadi. Akak percaya dia takkan buat macam tu'.

Aku yang mendengar hanya membisu. Aku tahu itu semua salah aku. Kalau lah waktu boleh diputar kembali, aku takkan buat perkara sebegitu. Aku benar-benar menyesal. Menyesal dengan apa yang aku lakukan.

Apa yang telah berlaku dahulu tidak diketahui oleh keluarga aku. Kenapa mereka tidak tahu? Kerana aku yang menyuruh pengetua sekolah Desa Jaya untuk tutup mulut tentang hal itu. Mudah sahaja. Disebabkan papa aku juga seorang yang berpengaruh di sekolah itu, aku hanya memberitahu dia bahawa jika kes itu diketahui umum, sekolah itu akan ditutup. Private school kan so mudah sikit. Disebabkan itu, pengetua sekolah Desa Jaya tidak berani bercakap kejadian itu selepas itu. Tapi, lain pula yang terjadi pada Hana. Dia dicaci dan dicemuh oleh orang kampung. Nama dia menjadi bahan bualan orang kampung sehinggakan mereka cop Hana sebagai perempuan murahan. Aku sedar tapi aku tidak mampu untuk pertahankannya disebabkan janji antara dia dengan Intan.

Aku sedih dengan apa yang terjadi pada Hana tapi aku tidak mampu. Aku hanya melihat dia yang dihalau keluar oleh umi dengan abah dia tanpa mampu untuk bersuara. Dan sekarang, aku sedang menanggung derita. Derita dimana Hana membenci aku. Aku tidak boleh menerima hakikat itu.

Bila agaknya Hana boleh menerima aku kembali dalam hidup dia?

'So ada berita ke tentang Haris dengan Hana? Ada perkembangan?'.

Suara akak menerjah otak fikiran aku. Jauh sangat aku mengelamun.
Aku menggeleng sebagai jawapan kepada persoalan kak Nisa. Memang betul kan. Nak tengok muka aku pun Hana taknak. Inikan pula nak ajak dia berbincang pasal hal dahulu. Hmm.

'Takpelah. Perlahan-perlahan. Nanti okay lah tu. Kak Nisa tahu yang Hana tu takkan merajuk lama. Dia cuma rasa orang di sekeliling dia cuba untuk sakiti hati dia je. Nanti kak Nisa pujuk dia. So don't worry okay. Dah pergi masuk lah. Dah nak maghrib ni'.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now