chapter 17

628 25 0
                                    

Kepala aku pening. Mata seakan berat untuk dibuka. Tapi aku gagahkan juga untuk membukanya. Terpancar sinar lampu memasuki retina mata aku. Aku mengecilkan pandangan untuk melihat sekeliling tempat. Bau ubat memasuki rongga hidung. Sah. Hospital.

Aku gagahkan diri untuk bangun bersandar di kepala katil. Aku menyelesakan kedudukan aku. Seusai itu, aku menggapai botol air yang tersedia di atas meja di tepi katil. Aku membuka penutup botol dan meneguk perlahan air. Aku kembali meletakkan botol itu diatas meja tersebut. Aku kembali meliarkan pandangan aku di sekeliling tempat. Mana orang lain. Siapa yang hantar aku?

'Dah bangun adik?'.

Soal seseorang di sebalik pintu. Kelihatan kak Farah bersandar di pintu wad sambil memberi senyuman manis pada aku.

Aku hanya menganggukkan perlahan mengiyakan pertanyaan kak Farah. Tapi bukan ke kak Farah dah balik Kedah?

'Kak Farah buat apa dekat sini? Bukan ke kak Farah dah balik Kedah?'. Soal aku pada Kak Farah dengan suara yang serak.

'Lah. Tidak boleh ke akak balik nak tengok adik akak sendiri? Kalau macam tu akak balik dulu la'.

Balas dia seakan merajuk.

Aku hanya tersenyum nipis. Manja betul kakaknya seorang ni. Tanya je. Bukan nak halau dia pun.

'Takdelah akak. Adik tanya je. Sebab pelik tiba-tiba akak ada dekat sini. Bukan ke akak dah balik Kedah minggu lepas. Tu yang adik tanya'. Jelas aku.

'Saja'.

Kesunyian menyelubungi kami berdua. Kami sedang melayan perasaan. Si adik memikirkan mengapa nasibnya seperti ini. Dan si kakak pula memikirkan nasib si adik yang begitu teruk. Dan si kakak melihat si adik dengan penuh perasaan kasihan.

'Adik kenapa? Adik okay?'.

Farah bertanya soalan pada aku. Aku tidak mampu menjawab. Sejujurnya aku tidak okay. Sejujurnya aku sakit. Sakit sangat. Tapi tidak tahu bagaimana mahu menceritakan pada orang lain.

'Adik. Adik okay akak. Adik.......okay'.

Aku tidak tahu bagaimana.

'Kalau nak nangis. Akak ada. Akak sentiasa ada untuk adik'.

Aku diam. Setitis air mata jatuh membasahi selimut yang menyelubungi badan aku. Seketika kemudian, aku memeluk erat badan akak. Seakan tidak mahu kak Farah pergi meninggalkan aku. Aku tidak dapat tahan. Aku hanya mahu menangis sekuat hati. Aku mahu melepaskan semua yang terbuku di hati selama ini.

'Adik tak okay akak. Adik sakit. Kenapa semua orang buat adik macam ni. Kenapa semua orang tak percaya adik yang bukan adik yang buat perkara itu. Adik diperangkap akak. Adik diperangkap. Macam mana adik nak bagitahu semua orang akak. Adik tak sanggup nak hadapi semua ini. Akak tolong adik. Akak...'

Tersedu-sedan aku menangis di dalam pelukan akak.

Kenapa semua orang tidak percaya akan aku. Aku tidak sekeji itu untuk melakukan perkara sebegitu di khalayak ramai.

'Akak adik penat. Adik penat dengan semua ini. Adik pernah terfikir nak akhiri semua ini. Adik letih. Kenapa dunia ni tak adil untuk adik. Kenapa adik akak? Kenapa adik? Adik tak sanggup'.

Sekali lagi aku mengongoi di dalam pelukan akak. Aku tidak mampu untuk menyimpannya seorang diri. Aku merasa letih dengan semua ini.
Biarlah harini merupakan hari terakhir untuk aku bersedih. Dan mungkin esok aku akan hidup dengan permulaan yang baru.

************

FARAH POV

Adik mengongoi di dalam pelukan aku. Aku tidak tahu untuk melakukan apa. Aku hanya mengusap belakangnya agar dia tenang. Aku tahu dia terlalu sakit untuk hadapi semua ini. Aku tahu dia letih. Jika aku ditempatnya, mungkin aku juga akan berbuat sepertinya. Aku mungkin akan mengakhiri semua ini. Tidak sanggup untuk hadapinya.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now