chapter 2✔️

1.3K 32 0
                                    

7 tahun kemudian

"Doktor".

Hana berpaling ke arah pekerjanya di kaunter itu. Terlihat dia sedang tersenyum ke arah Hana sambil memegang satu buku record kehadiran pelanggan.

Hana mengangkat kening sebelah menandakan 'apa' kepadanya. Dia a.ka. Nurain datang kepada Hana sambil membuka buku record itu.

"Ni rekod tentang kehadiran pelanggan harini. Sebelum doktor sampai, dah dua orang datang. Diorang datang sebab nak tambah keperluan ubat untuk kucing dan anjing diorang doktor". Ucap Nurain dengan tekun sambil menyemak buku itu.

"Baiklah. Thank you yer Nurain. Harini ada appoinment dengan mana-mana customer ker?".

"Hm setakat ni takde doktor".

Selepas itu, Hana terus menuju ke biliknya. Sesampai di bilik, Hana meletakkan coat doktor di tempat sangkut pakaian(?). Kemudian Hana mengambil satu buku di rak buku yang mempunyai kandungan tentang penyakit dan cara untuk merawat penyakit itu. Hana membaca dengan tekun sambil mencatat nota di buku notanya sebagai rujukan.

Ape ingat doktor ni tahu semua ke tentang penyakit ni?!

Bunyi ketukan di pintu biliknya mengejutkan Hana yang sedang khusyuk dengan kerjanya.

"Masuk".

Tapi Hana masih lagi tidak mengangkat mukanya dari buku nota tersebut.

"Hana. Aku datang ni bukannya nak angkat muka tengok aku yang cantik ni". Siapa lagi kalau bukan Nadia yang kepoh dan acah cantik tu kan.

"Hm nak apa? Aku sibuk sikit harini". Harini sahaja tipu sunat. Almaklumlah dia malas sebenarnya mahu keluar dari pejabatnya.

"Alaa. Aku bosan la. Aku datang la sini. Saja nak ajak borak dengan kau sebab aku tahu kau tak busy harini. Dah tak payah tipu aku. Aku dah tanya Ain tadi. Dia kata yang kau takda apa-apa appoinment pon dengan client harini. So, why not kalau teman aku pergi shopping ke, makan ke, lepak ke. Kan kan kan". Bising la kalau dia ni membebel kan.

"Haih. Nanti jap. Aku nak siapkan nota aku sikit lagi". Terpaksa Hana mengalah. Kalau tak, tak ke naya telinga Hana dengar dia bebel.

**********

"Dah jom pergi cafe aku. Aku lapar ni". Ajak Hana pada Nadia.

"Aik kau tak sarapan ke pagi tadi?". Soal Nadia kembali.

"Tak. Malas nak masak". Balas Hana ringkas.

"Tu lah kau. Aku ajak duduk rumah mak taknak. Kau degil juga nak tinggal sorang. Kalau duduk rumah mak kan best. Keluar bilik je dah boleh makan. Jom lah tinggal sekali rumah aku. Jom eh". Pujuk Nadia.

"Taknak. Aku nak berdikari lah. Aku taknak clinge dengan orang. Kau tahu kan sebab apa". Sambil tersenyum, Hana melirik matanya pada Nadia. Kelihatan dia termenung sekejap dua saat sebelum dia kembali melihat Hana sambil tersenyum muram.

"Yerlah. Aku tahu. Kalau camtu kau kena janji yang kau kena jaga diri kau baik-baik. Jangan skip makan tau. Aku taknak kawan baik aku ni jatuh sakit. Okay?".

"Insyaallah aku janji". Sambil menayangkan senyuman padanya, Hana memaut lengannya menuju kearah cafe Hana. Garden cafe.

Kenapa diberi nama Garden cafe? Haa meh sini aku cerita. Konsep yang aku pakai di cafe aku ni bertemakan taman. Letak pelbagai jenis bunga di tepi-tepi cafe. Ada juga di tanam pokok-pokok besar di tengah-tengah cafe itu. Nampak macam cafe itu memang dah terbina disitu. Boleh bayang tak. Haa camtu lah. Terdapat juga satu kolam ikan di sebuah bilik makan mewah. Kolam itu memelihara pelbagai ikan macam ikan laga, ikan koi, dan macam-macam ikan lah. Sambil makan sambil tengok ikan. Haa cantik tu kan. Then, apa paling penting cafe ni adalah tak makan tak dan minum guna pinggan dan cawan macam biasa tu. Tapi aku buat guna buluh yang telah direka cantik tau. So, tak bahaya lah kalau guna tu. Meja makan pon macam tu jugak okay. Terdapat juga tempat air terjun di tepi cafe ni. Bukan air terjun macam kita lihat kat tempat air terjun ni tapi ni air terjun buatan so yeah macam tu lah. Hahahahah. Tu lah contoh rekaan cafe aku. Tak mewah tapi idea aku sendiri kan. Biarlah.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now