chapter 29

657 24 0
                                    

HARIS POV

'Hello Faiq'.

'Aku nak minta tolong kau buat satu kerja ni. Boleh tak?'.

'Oky macam ni. Aku nak kau......'

Selepas bercakap hampir 10 minit, baru lah aku menghentikan perbualan aku dengan Faiq. Ye Faiq merupakan sahabat aku dari sekolah rendah lagi sampai menengah. Tapi kami perlu berpisah semasa berada di tingkatan 4. Aku perlu berpindah ke sekolah Desa Jaya kerana atas sebab papa aku. Tapi persahabatan kami masih kekal sampai sekarang. Aku masih lagi contact dia.

Faiq merupakan sahabat baik aku. Kemana sahaja kami berdua akan pergi bersama. Ada orang gelar kami macam isi dengan kuku sebab tak boleh berenggang. Lagi teruk ada orang panggil kami ermmm tahu lah sendiri bila rapat lain macam ni. Tapi kami tak kisah. Mulut orang susah nak tutup so biar je diorang nak cakap apa. Lantakkkk.

Bila aku ada masalah, aku share dengan dia. Mudah. Dia buat masalah aku jadi settle terus. Mantap. Bila dia ada masalah, aku tak teragak-agak untuk tolong dia. Sebab dia dah macam-macam tolong aku so apehal taknak tolong dia bila dia susah. Come on.

So sekarang aku ada masalah. Jadi sebab tu aku call dia. Aku tahu dia memang bijak dalam buat kerja. So better than Rasya's bodyguard yang tak buat kerja tapi nak duit je tahu.

Aku bangun dari kerusi lalu mengayunkan langkah keluar dari restoran PizzaHut. Saja pilih tempat sejuk untuk bercakap dengan Faiq. Baru cun.

Aku tidak terus pulang tapi melainkan pergi ke arah lain. Kemana? Ofkos ke tempat kerja crush kita. Nak tengok dia buat apa. Hahhahaha.

END HARIS POV

**********

'Okay siap puan. Jadi puan. Kucing puan ni sebenarnya demam. Suhu kucing puan pun agak tinggi sikit. Jadi saya syorkan untuk puan selalu pantau kucing puan ye'.

'Boleh saya tahu kenapa Mark saya demam. Saya rasa dia elok je semalam tapi hari ni tiba-tiba nampak dia lemah sikit'.
Soal Puan Suraya.

'Oky puan. Saya nak tanya. Semalam or hari-hari sebelum tu, kucing puan ni ada makan benda pelik ke atau pergi tempat yang kotor ke? Ada ke?'.

'Seingat saya, takde doktor. Sebab memang saya awasi dia setiap masa. Mark ni bukan jenis pergi tempat lain melainkan kalau ada orang teman dia. Baru dia pergi. Kalau seorang memang tak'.

Aku mengangguk kepala beberapa kali menyetujui kata-kata Puan Suraya. Erm ada benda tak kena ni.

'Oky puan. Selepas saya teliti, saya rasa kucing puan ni ada termakan benda yang kotor sebab masa saya scan tadi, say terjumpa sisa pelik. Jadi mungkin ini adalah punca kucing puan demam ye'.

'Lah patutlah. Hmm mark mark. Risau mummy tau. Kalau lah Rina tahu you macam ni, agaknya mummy yang kena marah tau'.

Puan Suraya membebel kucing nya yang dikenali mark sambil menepuk-nepuk badan mark dengan lembut seperti memberi teguran.

'Hehe takpe puan. Mark seekor kucing yang kuat. Jadi mungkin mark akan demam dalam sehari sahaja bergantung pada antibodi dia. Kalau dia lemah, mungkin selama 2 hari. Tapi saya tengok mark ni, dia sangat kuat. Puan jangan risau ye'.

Puan Suraya mengangguk kepalanya sambil tersenyum ke arah aku. Dia kemudian mengangkat mark masuk ke dalam sangkar. Kelihatan mark terlalu lemah buat masa sekarang. Jadi aku membuat keputusan untuk memberi ubat yang mengembalikan tenaga dalam tubuh badan mark dalam kadar yang banyak tapi masih ikut kadar yang sebenar. Tidak melebihi dos yang sepatutnya. Don't worry semua.

'Baiklah. Kalau macam tu saya nak pergi dahulu ye doktor. Terima kasih kerana merawat Mark saya doktor'.

'Sama-sama puan. Terima kasih juga sebab pilih klinik kami untuk merawat Mark ni. Jangan lupa untuk ambil ubat dekat kaunter ye puan'.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now