chapter 48✔️

589 12 0
                                    

Selesai sahaja meeting Haris dengan Dato' Megat, dia beransur pulang. Dia sedikit penat memandangkan minggu ini, dia terlalu focus pada kerja sehingga dia fikir bahawa dia telah abaikan isterinya.

Sesampai di rumah, Haris mematikan enjin kereta. Dia keluar dari perut kereta dan menapak ke arah pintu.

Haris membuka pintu rumah. Dia pelik, selalunya Hana akan berada di hadapan pintu menyambut kepulangan dia. Tapi hari ni, Haris tidak nampak kelibat isterinya.

Dia menapak ke dalam rumah. Tiba-tiba dia ternampak figura seseorang sedang enak tidur di atas sofa. Haris menarik senyuman nipis.

Dia kemudian menuju ke sofa itu. Dia duduk bersebelahan isterinya yang tidur seperti bayi itu. Berdengkur halus.

Macam budak-budak!

Haris mengusap perlahan wajah Hana. Tanpa melengahkan, Haris mencempung badan Hana gaya bridal style. Dia kemudian masuk ke dalam lif. Sesampai sahaja, Haris membuka pintu bilik dengan berhati-hati menggunakan kakinya memandangkan tangannya yang sedang memegang erat Hana. Haris tiba-tiba berhenti bergerak memandangkan Hana sedang merengek kecil dalam dukungannya. Beberapa saat, Haris berjalan semula dengan perlahan.

Dia menuju ke arah katil. Dengan perlahan-lahan dia meletakkan Hana dengan lembut. Bantal diletakkan di bawah kepala Hana lalu selimut ditarik sehingga ke leher Hana. Suhu aircond dinaikkan sedikit supaya keadaan bilik tidak terlalu sejuk.

Haris mencium ubun-ubun Hana seketika sebelum dia berlalu ke arah ruang mandi. Dia sudah merasa mengantuk. Waktu juga sudah menginjak ke pukul 10.30 malam.

Seusai mandi, dia membentangkan sejadah untuk menunaikan solat insyak. Dengan penuh khusyuk, dia memohon keampunan kerana terlalu focus pada kerjanya sehingga kadang kala mengabaikan ibadah.

Allah..

Haris melipat sejadah. Dia menuju ke arah katil. Nampaknya, Hana masih lagi lena. Haris naik ke atas katil. Dia menutup lampu yang berada di night stand. Kemudian, dia mengucup kepala Hana seraya memeluk Hana.

"Good night sayang.."

********

"Huh? Berapa lama?". Soal Haris sedikit kuat.

Rasya menilik seketika emel yang baru dia terima daripada pihak penganjur.

"3 hari Tengku". Ujar Rasya.

Haris mengurut pelipisnya perlahan. Dia tiada hal sebenarnya untuk menolak tetapi dia memikirkan Hana. Dia tahu dia tidak perlu banyak berfikir tentang Hana tetapi hati dia merasa tidak enak. Dia tidak tahu mengapa

"Bila saya bertolak?".

"Erm Tengku sebenarnya kena bertolak pagi esok..".

Sekali lagi, Haris terkejut. Dia banyak sangat terima kejutan hari ni. Mana sempat nak settle kan dalam masa satu hari. Dia juga sibuk dengan meeting bersama Dato' Megat dengan syarikat Collins Holding.

Terlalu banyak kerja!

Haris mengeluh. Pening dengan kerjanya yang makin hari makin banyak.

Rasya yang melihat kelakuan boss nya juga merasa kasihan. Dia kalau boleh, mahu juga tolong Tengku Haris dengan pergi ke majlis itu seorang diri tapi, dia hanya seorang pembantunya. Majlis itu inginkan ketua setiap syarikat yang datang. Jadi, dia tidak boleh berbuat apa-apa keputusan melainkan menyuruh Tengku Haris pergi sendiri.

Tengku Haris mendongak memandang Rasya. Kemudian dia menggangguk.

"Baiklah. Awak tolong settle kan semuanya dengan pihak sana. Flight nanti awak tolong cari kan. Esok saya akan pergi airport". Ujar Haris seraya membuka fail untuk melihat report tentang projek rumah bakti.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now