chapter 71✔️

737 14 0
                                    

Hana duduk termenung di kerusi. Fikirannya melayang. Tiba-tiba dia disergah. Tangannya naik mengusap dadanya perlahan lalu gerangan yang membuatkan dia terkejut, dia pandang tajam. Haris terkekek ketawa melihat reaksi yang agak lucu dari isterinya.

"Abang dah kenapa? Nak suruh saya mati awal ke sergah macam tu? Dah tak sabar nampaknya nak madukan saya". Ujar Hana geram. Sakit hati kerana Haris buat dia terkejut. Terberanak dekat sini kan. Ketawa Haris mati. Dia terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Hana. Senyuman hambar dilemparkan lalu kerusi disebelah Hana ditarik.

"Apa sayang cakap macam tu . Tak elok lah keluarkan kata-kata macam tu tau. Lagi-lagi tengah pregnant ni. Abang tak suka". Tegas Haris bersuara. Tangan Hana ditarik lembut lalu diusap tangan itu sebelum ditarik untuk mengucup. Hana hanya melihat gelagat Haris. Dia hanya membiarkannya.

"Dah tu , awak datang sergah saya. Abang ingat saya tak terkejut ke? Hampir terberanak saya tau". Ujar Hana geram. Haris tersengih tidak bersalah.

"Abang tengok yang sayang termenung je. Itu sebabnya abang datang ni. Sayang abang tengah fikir pasal apa ni?". Soal Haris lembut. Sejak tadi dia melihat isterinya seakan sedang berfikir sesuatu.

Hana memandang Haris sebelum dia mengalihkan pandangan pada suasana malam.

"Happy Kan semua orang lepas tahu je yang Hana mengandung..". Ujar Hana selepas keadaan sunyi menyelubungi mereka sebentar tadi. Haris tersenyum. Dia ralit memandang Hana.

"Of course lah semua orang happy. Lagi-lagi mama , papa dengan umi. Diorang dah lama menantikan cucu mereka ni haa". Ujar Haris lalu perut yang sudah membesar itu diusap perlahan. Terukir senyuman diwajah Haris apabila merasakan gerakan oleh anak kecil itu.

Hana masih ingat lagi kejadian dimana dia mengkhabarkan berita tentang ini 7 bulan lepas. Ye. Walaupun sudah 7 bulan lepas kejadian itu, tetapi masih segar difikiran Hana.

"Hari ini, Hana dengan Haris ada nak buat announcement". Ujar Hana teruja. Dia memandang Haris lalu Haris tersenyum lalu mengangguk.

Wajah yang lain hanya memberi respon sama. Semua mengerutkan dahi. Terasa lah juga debaran dihati mereka apabila melihat wajah anak dan menantu mereka yang seakan teruja itu.

"Apa Hana?". Soal mama.

Umi juga mengangguk. Dia juga tidak sabar ingin ketahui apakah yang anaknya ingin katakan.

Hana menarik nafas panjang sebelum satu persatu wajah dia pandang.

"Hana..".

"Pregnant..".

Wajah masing-masing kaku. Sebelum mereka turut suka. Senyuman lebar terukir lagi-lagi pada wajah Tengku Zanariah, Tengku Kamal dan juga Puan Rita.

"Alhamdulillah. Tahniah adik. Dah lama umi nak timang cucu. Tak lama lagi, timang cucu lah ye Kita, Zana. Kamal". Ujar Puan Rita teruja.

Tengku Kamal dan juga Tengku Zanariah turut tersenyum lebar. Alhamdulillah..

"Dah berapa lama?". Soal Tisya. Dia juga turut gembira dengan berita ini. Tak lama lagi jadi aunty Tisya lah pulak ye?

"1 month.."

Semua mengganguk. Berharap agar kandungan Hana dapat dijaga sepenuh baik.

"Haris. Jaga Hana elok-elok ye. Kamu jangan nak buat perangai macam dulu lagi. Kalau mama tahu, mama sendiri yang akan buat Haris menyesal. Ingat ye.." pesan Tengku Zanariah tegas. Dia tidak mahu anaknya mengulangi kesilapan sama. Cukuplah Hana menderita selepas kehilangan anak sulung. Tidak mahu mengulangi dengan anak kedua mereka.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now