"Hana, Hana!".
Hana terkocoh-kocoh turun daripada tangga. Dia baru sahaja selesai solat sunat dhuha. Selepas itu, terdengar suara suaminya memanggil. Lintang pukang lah seketul Hana ni.
"Ye,ye Abang".
Haris memandang Hana sambil membetulkan jam pada pergelangan tangannya.
"Mana makanan aku nya?". Soal Harris. Hana memandang Haris dengan pandangan tidak percaya.
"Abang. Makanan semua dah sedia atas meja dah. Tunggu abang je yang nak makan apa". Ujar Hana.
Terpampang luas kut makanan atas meja tu. Ada masalah apa lagi ni?
Haris bergerak perlahan ke arah Hana. Lalu dia menolak kepala Hana dengan keras.
"Hei, selalunya kau akan sediakan makanan untuk aku. Sekarang, dah tak reti ke? Ouh.aku tahu. Sebab kau lebih pilih jantan yang kau tidur...".
"Abang!". Tegas suara Hana menahan.
Cukup lah. Tolong.
Haris tergelak.
"Kenapa? Tak suka ke aku sebut nama jantan tu? Dia kan dah tidur dengan kau. Lagipun..". Haris berhenti seketika. Dia memandang Hana dari atas sampai bawah dengan pandangan sinis.
"Kau ni belum tentu suci masa aku amik kau". Seusai berkata, Haris bergerak ke arah pintu.
"Ouh ya. Aku rasa malam ni aku balik lambat sikit kut. Ada isteri tapi malas aku layan. Sebab isteri aku kan dah ada jantan lain". Perkataan jantan dikuatkan sedikit. Berdesing telinga Hana mendengar.
Hana menahan sebak. Dia beristighfar apabila Haris mengatakan dia bahawa dia sudah tidak suci semasa dia dilamar oleh lelaki itu.
Maksud Haris, dia tu jadi pak sanggup ke?
***********
"Mana Hana?". Soal Tengku Zanariah semasa anak lelakinya sedang melantak kek coklat. Dia baru sahaja pulang dari London bersama suaminya atas urusan kerja. Jadi, pulang sahaja ke rumah, dia melihat kereta anaknya terparking elok di hadapan rumah. Dia yang teruja ingin melihat menantunya terbantut apabila tiada kelibat menantunya
Haris buat tidak endah. Dia menyambung suapannya. Soalan daripada mama dibiarkan.
"Haris. Mama tanya ni kan". Soal Tengku Zanariah sekali lagi.
Haris mendengus. Dia kemudian menolak piring yang terisi kek itu ke tepi lalu memandang ke arah mama nya.
"Mama, boleh tak jangan tanya perempuan tu. Serabutlah Haris". Kemudian dia bangun lalu mengorak langkah ke tangga.
Tengku Zanariah terkejut. Dia mengusap dada perlahan. Kenapa dengan Haris? Pelik.
************
"Nah Abang kopinya". Tengku Zanariah meletakkan secawan kopi di atas meja kecil bersebelahan suaminya.
Tengku Kamal memandang isterinya lalu tersenyum.
"Terima kasih Zana". Ujar Tengku Kamal.
Tengku Zanariah angguk. Dia kemudian termenung.
Tengku Kamal pelik dengan perilaku isterinya. Dia off telefon kemudian diletakkan di atas meja.
"Aish kamu ni dah kenapa Zana? Macam ada masalah besar je yang kamu duk fikir tu? Nak share dengan saya ke?". Ujar Tengku Kamal. Dia menanggalkan cermin mata. Dan meregangkan sedikit badan . Lenguh. Perilaku Tengku Kamal dipandang oleh Tengku Zanariah.
Dia menghela nafas berat. Keluhan itu didengari oleh suaminya.
Tengku Kamal tergelak. Dia menggeleng kepala beberapa kali. Tengku Zanariah mengangkat kening.
![](https://img.wattpad.com/cover/275997512-288-k195796.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)
De TodoDisebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya Haris Iskandar • "Kau kalau dah tak pandai tak pandailah. Tak payah acah-acah bijak. Kau ingat kalau kau buktikan pon ada orang nak percaya...