chapter 7

860 27 0
                                    

Kringgg. Bunyi loceng kedengaran di waktu pahi yang indah dan nyaman ini.

'Ishhh. Bising lah'.

Merengek aku apabila mendengar bunyi loceng itu. Bising tau tak. Dahlah semalam aku tidur lambat sebab homework berlambak. Aku ni pula jenis buat kerja last minute. Itu lah kau Hana. Orang suruh buat awal-awal taknak. Boleh pula dia pergi main dengan cucu pak cik Samad kampung sebelah tu. Bukan main benda orang dewasa tapi main masak-masak dengan budak tu. Sebab Pak Samad yang suruh sementara mak ayah budak tu nak sampai kampung. Bila nak siap homework kau tu.

Bunyi ketukan pintu kedengaran beberapa kali.

'Hana..Hana. Bangunlah. Dah pukul 7 dah ni. Lambat nanti sampai sekolah. Bangunn'. Sayup-sayup je dengar bunyi suara umi di sebalik pintu yang sedang mengejutkan aku.

Jap. APAA!. Pukul 7!. Mampus aku. Ni kalau Cikgu Don Misai tangkap harini, kena denda aku.

Cepat-cepat aku bangun dari pembaringan. Dari aku mamai terus jadi segar selepas umi cakap pukul 7 dah. Aku terus ambil telefon yang berada di sebelah aku untuk lihat jam.

Jap. Asal pukul 6 ni. Jam telefon aku rosak ke. Tapi cuaca kat luar gelap lagi. Kalau pukul 7 mesti cerah sikit kan. Aku terus ambil loceng di atas meja bersebelahan katil aku. Mantap. Baru pukul 6 gais.

Dahtu umi kejutkan aku cakap pukul 7. Hmmmmmmm. Antara cara yang berkesan seseorang ibu mengejutkan anak mereka. Tengok lah aku sekarang. Berkesan bukan. Terus tercongok atas katil. Hilang terus mengantuk aku tadi.

Umi. Umi.

'Dah bangun ke Hana?'. Laaaa ada lagi ke umi depan pintu. Hahahah.

'Dah umi. Sape tak terkejut kalau cakap dah pukul 7 wahai umi'.

'Dah siap cepat. Nanti hantar nasi lemak dekat warung Mak Mun'.

'Baikk. Otw'.

Aku terus turun dari katil dan menuju ke bilik air. Jap rasa da benda tak kena lah. Mati niat aku untuk pergi ke bilik air. Aku menuju ke almari. Ditarik pintu almari dan perlahan-lahan mengeluarkan uniform sekolah.

Bagus. Tak sempat nak gosok baju semalam sebab letih sangat. Waaa nak nangess. Baju takpe lagi. Tudung ni. Kena pandai sebab taknak berkedut nanti. Nanti tak cantik lah. Eh kalau tudung tak awning, boleh buat mood seseorang wanita ni hilang terus tau. Jadi jangan buat main wahai kaum lelaki sekalian yer.

Aku terus bawa tudung itu ke bilik gosok yang berada di sebelah bilik aku.

'Eh tak mandi lagi ke?'. Soal umi yang berada di sofa ketika itu sambil memegang mathurat.

'Belum. Ni baju tak gosok lagi. Penat sangat semalam sampai malas nak gosok'. Adu aku.

'Hm takpelah. Hana pergi mandi dulu. Letak baju tu atas katil. Nanti umi tolong gosokkan. Umi nak nak habiskan dulu mathurat ni'.

'Yeayyy. Tq umi. Sayang umi'.

'Mengada'.
Dah datang suara yang paling aku benci. Aku berpaling kearahnya yang sedang elok menyandarkan dirinya di pintu bilik.

'Akak kenapa cakap Hana mengada?'. Tak puas hati ni.

'Yer lah. Kau menyusahkan umi kenapa. Tak tengok umi duk baca mathurat tu. Yang kau nak ganggu umi kenapa'.

Besar kecil kecil besar je aku tengok kau ni kak.

'Laa Hana tak ganggu pun. Umi yang nak gosok. Lagipun Hana pun taknak juga ganggu umi. Dah umi tegur Hana bagitau lah. Apa masalah akak sebenarnya'.

'Masalah aku adalah kau tu tak reti nak hormat umi. Dah nampak umi sibuk, tak payah ganggu lah. Dah tahu taknak ganggu umi lain kali gosok baju tu awal-awal. Takpayah nak bagi beban kat orang'.

'Tak sekarang umi tanya kan. Kalu tak jawab berdosa nanti. Hana tak suruh pun umi gosok baju Hana. Umi yang nak tolong Hana'.

Letih aku nak terangkan pada makhluk yang tak reti bahasa ni.

'Alasan. Dah lah kau'.

Dia pun terus masuk kedalam biliknya. Sempat dia menjelirkan lidahnya pada aku. Nasib Umi ada. Kalau tak dah lama lebam muka kau kak.

'Takpelah umi. Hana gosok sendiri baju Hana ye. Umi sambung lah baca mathurat tu sampai habis. Hana nak mandi pula nanti'. Belum sempat menunggu balasan dari umi, terus aku masuk kedalam bilik gosok tersebut.

********

Fuh sikit lagi nak pukul 7.30 pagi. Nasib baik sempat sampai. Kalau tak, kena bebel lah dengan Cikgu Don Misai tu.

Masuk sahaja ke dalam kawasan sekolah, aku terus menuju ke tempat parking basikal. Selepas siap kunci basikal, terus aku menuju ke tapak perhimpunan.

'Hoi'.

Sapa pula panggil aku hoi tu. Umi aku pun tak pernah panggil aku camtu kecuali si kakak durjana tu. Sempat erk kau Hana kutuk kakak sendiri. Kesah apa aku.

Aku berpaling ke belakang untuk melihat gerangan sipemanggil itu. Kelihatan Nadia terhegeh-hegeh menuju kearah aku. Senyuman manis terukir diwajahnya. Tak aku sangkal yang Nadia sangat cantik dan manis. Kalau aku jadi lelaki, aku akan ajak Nadia ni jadi awek aku hahhaha. Lagi-lagi dia ada lesung pipit. Menawan tau.

'Hah kau. Terpekik-pekik panggil aku pahal. Slow sikit tak boleh ke. Sekolah ni minah'. Marah aku.

'Hahah lek sudah. Masa aku panggil kau tadi takde pun orang kisah. Kau je pekak tak dengar aku panggil'.

Amboi mulut hang. Nak kena cili ke apa.

'Sesedap abc je kau cakap camtu kan. Takde orang kisah. Kau tak nampak yang ketua pelajar tu tengok-tengok kat kita'.

'Alah. Dia tengok crush dia apa salahnya. Jarang-jarang. Hahahah'. Selamba je mulut minah ni jawab kan. Kang ada yang terbang kasut sekolah ni kang. Tak pasal-pasal kena cop orang gila.

'Ye lah kau. Hah kenapa terjerit-jerit panggil aku tadi. Semak je'. Padan muka kau.

'Sampai hati kau cakap aku semak. Takde apa-apa. Saje je. Rindu kau'. Act nak tanya kau dah siap ke kerja sejarah yang cikgu Mariana bagi tu?'.

Tersengih-sengih ada lah tu. Nak tiru heh.

'Kenapa. Asal kau tak siap lagi. Kau pergi merayap kat mana semalam. Aku yang kena paksa pergi rumah Pak Samad tu pun siap kerja sejarah'. Siasat dulu.

'Hehe. Kau tahu lah kan. Semalam ada keluarga baru pindah sebelah rumah aku. Aku ni masa tu terlebih rajin pergi lah tolong tanya khabar diorang. Mana tahu nak minta pertolongan ke apa. Maklumlah kita ni orang lam kat kampung tu. So apa salahnya. Ye dok'.

Something fishy you know.

'Kau susah nak tolong orang. Kalau orang paksa sekalipun belum tentu kau nak tolong orang tu. Mesti ada mamat hensem kau yang ada sekali kan. Kau tak gila nak pergi tolong orang mudah-mudah macam tu je. Aku kenal lama dah kau. Takpayah nak menipu lah'.

'Hehehe. Camne kau tahu babe'.

Ting. Kan dah cakap.

'Eh kau baby yang duk sebelah katil aku masa kat hospital dulu. Hahahah'.

Pakk.

'Kau asal gila. Sakit tau tak'. Sambil menggosok bahu yang Nadia tampar tadi.

'Kau kenapa nyah. Dah lah. Jom pergi perhimpunan'.

Tanpa disedari, ada sepasang mata yang melihat perlakuan mereka dari jauh dengan senyuman.







Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now