chapter 57✔️

719 14 0
                                    

"Saya nak jumpa pesakit bernama Hana Raudhah. Dia ada dekat bilik mana ye?".

Nurse sibuk mencari nama Hana Raudhah.

"Pesakit berada di wad 107 ye".

"Terima kasih".

Nurse itu mengangguk lalu tersenyum.

Dia menuju ke arah wad tersebut. Sampai sahaja, dia mengintip dahulu bilik itu sebelum masuk. Takut ada orang lain selain dia sahaja di wad itu.

Line clear...

Tombol pintu dibuka. Dia memandang sekeliling bilik sebelum matanya memandang wajah Hana yang diulit mimpi. Senyuman sinis terukir.

"Tidur ye sayang..".

Dengan perlahan langkahnya diatur ke katil. Dia menarik kerusi yang disediakan bersebelahan katil lalu duduk. Dia menyilangkan kaki lalu wajah Hana dipandang bersama satu senyuman sinis.

Tangannya bergerak mendekati wajah Hana. Diusap perlahan wajah yang nyenyak tidur itu.

"Kenapa lah kau masih hidup? Kalau tak, takkan kau merana macam ni Hana".

"Dan aku pastikan Haris menjadi milik aku tanpa kau yang akan ganggu aku dengan Haris nanti..". Dania tergelak.

Dia membayangkan bagaimana kehidupannya jika tiada seorang pun yang akan menggangu kebahagiaan dia. Dan yang pasti, ramai yang akan menyokong wanita perampas ini jika dia ingin bersama Haris.

Jadi, macam mana kalau dia hapuskan Hana kalau dia mahu bersama Haris? Takde lah orang nak halang hubungan dia walaupun daddy nya sendiri.

Betul tak?

Hehheheh

Tetapi bukan dia yang akan kotorkan tangan untuk menghapuskan Hana tapi..

Nadia sendiri.

Kawan baik Hana sendiri.

Best kan?

***********

Nadia termenung di pangkin di bawah pokok mangga. Dia sebenarnya berasa bersalah dengan Hana. Sangat bersalah. Kerana dia lah, rumah tangga Hana porak peranda. Dia mahu menceritakan hal sebenar pada Haris tetapi dirinya diugut oleh Dania jika dia membuka cerita. Bagaimana lagi harus dia lakukan untuk pulihkan hubungan suami isteri itu? Selepas kejadian itu, dia tidak lagi menunjukkan muka pada Hana. Dia takut yang dia tidak kuat untuk berhadapan dengan Hana.

Tepukan di bahu menyedarkan Nadia yang sedang termenung.

"Buat apa kat sini?". Soal Naufal.

Nadia senyum sedikit.

"Saje je. Ambil angin petang".

"Lama dah Hana tak balik sini. Dia tidak rindu mak ke? Mak selalu sebut nama Hana. Si Risa tu pun sama, sampai mengigau sebut nama Hana sebab rindu..". Jelas Naufal.

Nadia sedikit terkejut. Dia tidak tahu ingin menunjukkan reaksi apa. Sedangkan semua salah dia. Sebabkan dia.

Nadia hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Kau tak call dia ke tanya".

Nadia menggeleng.

"Kau takde mulut ke nak jawab soalan Abang?". Nadia menggeleng lagi.

Naufal menggeleng. Dia sedikit pelik dengan keadaan Nadia. Dia ni okay tak? Pelik je.

"Nad ada masalah ke? Kalau ada, share lah dengan Abang". Ujar Naufal. Dia tahu adiknya ada masalah tetapi dia tidak mahu bercerita . Pendam sahaja pun tak kemana kan.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now