Nisa turun ke dapur. Matanya melilau seakan mencari sesuatu. Puan Rita yang sibuk dengan ikan di tangannya terangkat muka melihat kelakuan Nisa.
"Cari siapa Nisa?".
Nisa berpaling melihat Puan Rita. Dia menggaru kepalanya yang berbalut tudung bawal itu. Dia tersengih memandang Puan Rita.
"Hehe. Cari Hana Umi. Umi tahu dia kat mana?". Soal Nisa tanpa berbasi basi.
Puan Rita memuncungkan mulutnya ke arah pintu dapur itu.
"Ada dekat parkir tu. Tengah tengok report klinik dia kata. Pergilah".
Nisa mengangguk. Dia berlalu pergi. Sampai di pintu dapur, dia menjengukkan kepala melihat parkir. Memang betul! Hana berada di sana bersama laptop yang berada di atas riba beserta kertas yang sedikit berterabur di atas parkir. Nampak serious Hana bila bekerja. Nisa senyum. Dia menyarungkan selipar.
"Ehem. Sibuk sangat ke tu. Berkerut je dahi tu akak tengok". Tegur Nisa. Hana mengangkat kepala memandang Nisa. Hana tersenyum.
"Eh akak. Bila datang. Sorry tak perasan". Nisa tersenyum. Macam mana nak perasan kalau dia asyik hadap laptop je. Nisa duduk di sebelah Hana. Tapi sedikit jauh daripada kertas kertas itu. Takut terkena nanti kang susah.
Nisa mengambil satu kertas yang nampak menarik di pandangannya. Dia meneliti isi kandungan kertas itu. Terdapat lukisan seekor kucing beserta penyakit yang ditulis di tepi kertas itu. Seperti nota kaki.
"Cantik". Ujar Nisa.
Hana berpaling. Dia tergelak. Nisa memandang Hana dengan kerutan.
"Kenapa?".
"Cantik apa. Tu tak berapa cantik akak". Nisa tergelak. Punyalah cantik lukisan ni, dikatanya tak cantik. Ish apa la.
"Apa tak cantik. Kalau akak lah kan, dua hari dua malam tak tidur pun belum tentu buleh dapat lukisan macam ni tau".
Nisa meletakkan kertas itu di atas parkir semula. Kemudian dia memandang Hana yang khusyuk dengan reportnya. Nampak terlalu sibuk. Dia memandang sisi Hana. Bibir kemerahan. Bulu mata yang tajam. Alis cantik. Mukanya bersih tanpa sebarang jerawat yang meliar. Hmm sempurna. Dipadankan dengan bawal berwarna biru muda beserta blouse menambahkan lagi kecomelan Hana. Hana dah la kecil molek. Pakai baju yang sedikit besar itu nampak seperti budak tingkatan 4 sahaja. Hahahhah.
"Cantik". Desis Nisa.
Nisa terfikir, tergamak Haris berbuat sedemikian pada Hana dahulu. Bagi dia, Hana terlalu baik untuk dibuli oleh orang. Tapi kenapa adiknya sanggup buli budak ni sampaikan dia dibuang keluarga 7 tahun lepas. Sesekali Nisa menggeleng kepala.
"Kenapa kak?". Soal Hana yang kebetulan dia melihat Kak Nisa yang tergeleng geleng.
Nisa angkat muka. Dia memerhati wajah Hana dengan tekun. Terbit satu senyuman nipis pada bibirnya.
"Kamu ni cantik lah Hana. Tapi kan kenapa sampai sekarang tiada yang tersangkut dengan Hana?" . Soal Nisa tanpa berselindung.
"Erk...."
Tercetus ketawa kecil daripada Nisa melihat kegagapan Hana. Gotchaa.
"Kamu tunggu Haris ke?".
Tersedak Hana mendengar. Dia tunggu Haris? Serious? Pftt....
"Mana ada kak...apa tunggu Haris..saya mana sesuai dengan dia Kak..Keturunan Tengku kot...nak dibandingkan dengan saya yang takde apa apa ni apa sangat..."
Nisa memandang Hana yang secara tiba tiba berubah mendung apabila berbual mengenai hal ini. Berkerut dahi Nisa mendengarnya. Tak sesuai? Hmmm...
"Akak nak tanya..."

YOU ARE READING
Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)
AcakDisebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya Haris Iskandar • "Kau kalau dah tak pandai tak pandailah. Tak payah acah-acah bijak. Kau ingat kalau kau buktikan pon ada orang nak percaya...