chapter 6

947 32 0
                                    

"Kau kenapa Hana? Dari tadi lagi aku tengok kau termenung. Tembus dinding belakang aku ni kang. Makanan tu dah sejuk dah". Tegur Nadia.

Hana masih lagi dalam dunianya. Tidak perasan akan teguran Nadia pada dia.

"Woi!".

Terkejut Hana. Nasib baik kerusi ni kukuh. Kalau tak arwah dia kat cafe ni.

Hana menjeling Nadia di berada dihadapannya dengan pandangan maut. Nasib baik tak campak je garfu ni dekat minah senget.

"Kau kenapa? Terkejut aku gila. Nasib baik tak arwah je aku kat sini. Kalau tak, aku dah standby nak hantui hidup kau". Hana menjegilkan matanya.

"Eh cakap aku gila pula. Kau tu yang gila. Dah aku panggil banyak kali tak jawab. Duk tengok belakang aku ni dah kenapa? Nasib baik tak pecah je dinding ni tau".

Ish kuat bebel betul lah minah ni. Stress aku.

"Kau termenung apa babe? Aku tengok semenjak dua menjak tiga menjak ni kau asyik termenung je. Taknak share dengan aku ke? At least kalau aku takleh tolong pun, boleh lah kurangkan beban kau sikit kan". Ujar Nadia setelah beberapa minit kamu mendiamkan diri. Hana mengeluh mendengar pertanyaan Nadia.

"Takdelah. Cuma penat sikit je. Maklumlah ramai customer  yang datang nak dapat rawatan kucing diorang. Tu sebab aku letih sikit. No worries okay babe". Senyuman paling manis Hana berikan pada Nadia untuk menutup kegusaran pada wajahnya. Walaupun Hana tahu senyuman dia itu nampak hambar.

"Orang tanya sebab orang risau pasal dia pastu cakap takde apa-apa. Bila ada masalah, muka ni juga dia cari nanti. Menangis-nangis cari muka ni juga".

Sambil membebel, sempat dia menyuap mi goreng ke dalam mulut dia. Kan aku dah cakap, minah ni dengan makanan tak boleh nak dipisahkan. Datanglah banyak-banyak masalah pun, makanan tetap menjadi keutamaan dia barulah dia risau pasal benda lain. Ada fahamm??

"Amboi mulut kau. Aku cili kang. Aku cakap takde, takde lah. Bukan nak sorok benda dari kau pun. Masalah dekat klinik je".

"Hnmm yer lah. Kalau kau rasa ada benda nak share aku sentiasa ada dengan kau tau. Ingat. Aku ni sahabat kau. Susah senang bersama. Jangan kalau aku susah kau ada untuk aku. Tapi time kau susah kau settlekan benda tu sorang-sorang. Aku nak ada dengan kau tak kira susah senang okay babe?"

"Ye sayang. Aku ingat. Dah makan lah. Aku banyak benda lagi nak settle kat klinik sana".

"Okay okay. Kau belanja eh".

Sempat kau erk Nadia oii. Patut lah nasihat aku panjang tadi. Ada maksud tersirat rupanya.

Hana menjeling Nadia. Pandai kau senyum eh Nad. Dah buat salah boleh senyum pula.

"Bolehlahh Hana. Boleh eh. Sekali sekala je".

"Banyak lah kau punya sekali-sekala tu. Tiap kali kau datang sini selalu suruh aku belanja. Kalau macam ni lah gayanya, bankrupt jugak aku nanti". Seloroh Hana sambil membuat senyuman sinis.

"Alaaa. Kata member. Takkan tak boleh belanja member rapat kot". Nadia menayangkan muka simpatinya pada Hana sambil mengelipkan matanya beberapa kali. Hana yang melihat menarik nafas panjang sebelum fihembuskan perlahan.

"Dah makan. Ye aku belanja".

Tak sempat nak alaa panjang. Nanti kang merajuk minah ni. Tak keluar bilik kang sehari. Baik cakap belanja terus.

Wajah Nadia bertukar ceria setelah mendapat green light yang Hana akan belanja dirinya pagi ini.

"Hehe terima kasih sayangku Hana. Love you muahhhhhhh". Nadia memberi flying kiss pada Hana sambil membuat muka cute yang tidak seberapa cute.

"Tumbuk kang. Makan". Hana menjegilkan matanya sambil menunjukkan penumbuk kecilnya diawangan.

"Hehe okay okay. Aku makan sekarang". Suapan mi diteruskan lagi sambil matanya ligat memandang sekeliling keaddan cafe.

Layan kau Nad sampai ke sudah tak habis. Kang tak siap kerja aku yang berlambak dekat klinik layan otak mereng kau ni Nad.

*********

Butang interkom ditekan.

'Rasya. Masuk sekejap'.

'Baik tuan'.

Beberapa saat, bunyi ketukan di pintu kedengaran.

'Masuk'.

Seketika, personal asisstent aka Rasya masuk dan menuju ke meja bosnya.

'Ada apa tuan panggil saya'. Soal Rasya.

'Saya nak awak sediakan dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk meeting dengan Tengku Farid pasal perumahan tu esok'.

'Baiklah tuan. Ada apa-apa lagi yang perlu saya sediakan tuan?'.

Haris memikirkan apa lagi yang perlu dia suruh PAnya lakukan. Tiba-tiba terukir senyuman di bibirnya.

'Saya nak awak siasat seorang perempuan ni. Semua yang berkaitan dengan dirinya. Pastikan semuanya tentang dirinya ada dalam sampul surat nanti. Boleh kan?'. Haris menaikkan sedikit kening kanannya apabila melihat PAnya tidak menjawab soalannya tadi.

'Susah ke tugas yang saya bagi pada awak Rasya? Saya rasa senang je. Bukan saya suruh awak bunuh ke culik orang. Saya suruh awak siasat pasal diri dia je. Yang lain saya settle sendiri'.

'Hm boleh tuan. Nanti saya aturkan seorang bodyguard untuk siasat orang yang tuan nak'. Jawab Rasya setelah beberapa detik mendiamkan diri.

'Good. Now ni gambar perempuan tu. Pastikan semua maklumat lengkap. Saya taknak tercicir satu pun benda. Faham?'.

'Faham tuan. Bila tuan nak maklumat ni?'. Soal Rasya semula.

'As soon as possible'. Ringkas bukan.

Tahulah Rasya bahawa bosnya mahukan maklumat dengan kadar yang segera. Tidak boleh melengah-lengahkan tugas yang diberikan oleh bosnya. Mahu kena pecat nanti.

Haris Iskandar. Seorang yang berkarisma. Pantang mengalah walau halangan sebesar tembok cina. Kalau dia nak A, A lah jawabnya. Tidak boleh kata B. Tugas yang diberikan olehnya perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Jangan tangguh-tangguh. Ada yang arwah nanti. Sebab itulah syarikatnya, HI holding sentiasa menjadi bualan orang ramai. Kerja siap ontime. Bapanya, Tengku Kamal juga seorang ahli perniagaan yang berjaya. Menjadi terkenal dengan jenama barangnya yang unik. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

'Noted tuan. Kalau takde apa-apa, saya keluar dulu tuan'.

Haris hanya menganggukkan sedikit kepala membenarkan PAnya keluar dari ruang pejabatnya.

Haris bangkit dari kerusinya menuju kearah cermin pejabatnya. Melihat suasana kota yang terlalu sibuk dan bising dengan kenderaan-kenderaan dan ragam manusia di luar sana.

Tersungging senyuman sinis di wajahnya memikirkan apa yang akan dilakukan olehnya nanti tentang Hana. Just wait and see.

Hana Raudhah. Nama yang selalu menjadi bahan bualan di sekolah dulu. Tanpa disangka, turut menarik perhatian seorang lelaki bernama Haris untuk turut meminati seorang gadis kecil ini.




Vote dan comment.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now