chapter 44

422 12 0
                                    

"Tania, Dania jangan lari laju sangat. Nanti jatuh". Ujar seorang wanita pada anak-anaknya. Tania sedang melarikan diri kerana dikejar oleh sang kakaknya, Dania.

Wanita itu menggeleng kepala sambil tersenyum. Susah sangat anak-anaknya nak mendengar kata kalau mereka sedang seronok bermain. Terbit satu senyuman nipis pada wajah tuanya apabila melihat gerangan seseorang sedang menghampiri mereka.

"Abang". Seru wanita itu.

Lelaki itu melemparkan senyuman manis pada isterinya yang sedang elok bersimpuh di atas tikar yang mereka bawa.

Mereka sekeluarga datang bercuti di sebuah tasik sempena menyambut hari ulang tahun anak mereka, Tania yang ke-12 tahun. Sudah besar anak mereka. Dania pula, baru sahaja menginjak umur 15 tahun.

"Buat apa Zurin? Dari tadi abang tengok yang awak tersenyum-senyum". Ujar lelaki itu sambil duduk di sebelah isterinya.

"Takde lah abang. Zurin suka tengok diorang bermain macam tu. Gelak. Buat hari saya makin indah. Kalau salah seorang takde kan, macam mana lah ye. Tak boleh saya bayangkan". Tengku Affendy, suami kepada Tengku Zurin berpaling memandang isterinya. Dia menggeleng kepala dengan kata-kata isterinya. Dia kemudian mencapai tangan isterinya lalu dia mengusap lembut tangan itu sambil tersenyum.

"Apa awak cakap macam tu. Kita sebagai parents diorang doakan yang baik-baik untuk mereka. Insya Allah takde apa yang jadi". Ujar Tengku Affendy memujuk sang isteri. Dia juga turut tidak senang melihat perilaku isterinya. Cara isterinya seperti sudah tahu bakal terjadi perkara buruk dalam hidupnya.

Tapi, apa benda?

Tengku Zurin menguntum senyuman nipis. Dia juga tidak tahu mengapa dia boleh berfikiran sebegitu. Hati dia terasa tidak tenang. Macam akan berlaku sesuatu.

Astaghfirullah.

Mereka berpaling apabila melihat kedua anak mereka sudah berdiri di hadapan mereka sambil bercekak pinggang.

"Amboi, daddy mummy. Nak romantik pulak dekat sini. Ingat kakak tak nampak ke?". Soal Dania.

"Yer lah kakak. Tania pun nampak tadi. Tahu lah kita single. Jangan lah tunjuk macam tu dekat kita. Kan kakak?". Soal si adik, Tania.

Tengku Affendy dan Tengku Zurin tergelak. Amboi, belajar dekat mana lah diorang ni hah? Single pulak.

Siapa ajar?

"Amboi kamu berdua. Siapa ajar cakap macam tu hah? Kawan ajar ke?". Soal Tengku Zurin dengan nada perlahan. Saja, mahu mengusik.

"Bukan kawan ajar. Daddy yang ajar". Ujar Tania sambil menuding jari pada Tengku Affendy. Tengku Affendy membulatkan mata.

"Bila masa pulak daddy ajar. Daddy tak pernah ajar ye anak-anak daddy macam tu. Ish!". Tengku Zurin memandang suaminya dengan lama. Mencari kepastian. Kelihatan yang Tengku Affendy sedang melarikan pandangan jika bertembung dengan Tengku Zurin.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now