chapter 24

566 18 1
                                    

Keesokan harinya, aku bangun seawal 5.30 pagi. Semasa di bilik air, aku melihat wajah aku di cermin. Wajah aku kelihatan sembab kerana aku menangis semalaman. Mengenangkan peristiwa semalam membuatkan aku tidak berdaya untuk menduduki exam hari ini selepas apa yang umi beritahu pada abah. Malas berfikir, aku cepat-cepat bersiap. Selepas mandi, aku menuju ke meja belajar. Aku ingin membuat sedikit latih tubi dengan soalan-soalan percubaan tahun lepas sebagai persediaan.

Pukul 6.30 pagi aku berhenti. Aku bersedia untuk menyiapkan diri untuk ke sekolah. Peperiksaan pada hari ini akan bermula pada pukul 8.30 pagi bermula dengan kertas bahasa melayu kertas 1. Aku menggosok pakaian seragam sekolah itu selama 15 minit. Kemudian aku ke dapur untuk bersarapan.

Aku turun ke dapur. Kelihatan umi dengan Kak Intan sudah berada di meja makan. Mereka tidak langsung mengalihkan muka mereka daripada menatap makanan di hadapannya. Aku sedikit terusik dengan tindakan mereka. Mungkin bayang aku pun mereka taknak tengok. Hmm.

Selepas aku menjamah sedikit roti yang aku sendiri bakar, aku bersedia untuk ke sekolah.

Kenapa aku tak makan makanan yang dimasak oleh umi? Sebab Umi tak izin aku untuk jamah makanan yang dia buat. Aku sekali tengok makanan Umi dah terliur tapi apakan daya hanya mampu melihat. Kalau makan nanti tak berkat pula. Jadi aku ambil keputusan mulai sekarang aku akan masak sendiri makanan aku. Sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Semua aku buat. Aku takkan lagi suruh Umi buatkan untuk aku.

*********

Sampai di sekolah, kelihatan banyak kenderaan yang terparkir di halaman sekolah. Ramai ibu bapa yang datang ke sekolah untuk memberi semangat pada anak-anak mereka. Haaa mesti korang pelik kan. Percubaan je pun. Memang adat sekolah kami sejak dari dahulu lagi. Walaupun exam trial je, guru-guru kami membenarkan ibu bapa kami untuk datang ke sekolah memberi semangat pada anak-anak mereka sebelum beransur masuk ke dalam dewan. Pengetua kami bersetuju dengan cadangan itu yang dikemukan oleh bapa kepada salah seorang kawan sekelas kami iaitu Amir. Beliau memberitahu yang lebih elok jika sekolah ini membenarkan ibu bapa untuk datang bagi support pada anak sebelum masuk dewan. So inilah hasilnya. Gembira melihat muka-muka para pelajar form 5 apabila ibu bapa mereka datang.

Aku?

Tidak berteman. Hanya bertemankan sebuah buku contoh karangan dan buku peribahasa menemani aku sebelum aku masuk ke dewan. Aku hanya dapat mengukir senyuman hambar apabila ditanya oleh guru dimana keberadaan ibu bapa aku. Takkan aku nak jawab yang Umi aku taknak datang sebab dia dah tak mengaku aku sebagai anak dia. Jadi sebagai jawapan, hanya gelengan dan senyuman yang dapat aku lemparkan pada guru aku.

Biarlah tiada teman, asalkan diri ini tidak terus terasa jika Umi berada dengan aku. Melemparkan kata-kata kesat. Aku sabar sahaja.

Masih ada 45 minit lagi sebelum pengumuman dibuat menyuruh pelajar masuk ke dewan. Bila waktu masih berbaki lagi, aku membuat keputusan untuk pergi ke meja yang berada di tepi bangunan perpustakaan untuk belajar sedikit. Hanya ingin membaca contoh karangan supaya nanti ada idea untuk mengarang.

Sedang asyik aku membaca, tiba-tiba seseorang menyergah aku dari belakang. Aku terkejut seraya membaling buku itu tepat mengenai kepala si dia.

'Aduh kepala aku'.

Aku berpaling kebelakang untuk melihat gerangan yang menyergah aku tadi. Kelihatan kak Farah sedang menggosok kepalanya yang baru sahaja terkena buku yang aku baling tadi.

Aku terkejut dengan kehadiran akak yang secara tiba-tiba hari ini. Aku bangun dari kedudukan aku lalu berjalan tergesa-gesa ke arah kak Farah. Aku melihat dia sedang menggosok kepalanya sambil membebel sesuatu yang aku sendiri tidak dapat dengari dengan jelas.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now