chapter 69✔️

735 16 1
                                    

Haris masuk ke dalam biliknya. Matanya melilau mencari kelibat isterinya.

"Sayang...". Panggil Haris. Tetapi tiada sahutan. Dahinya berkerut.

Seketika pintu bilik air dibuka. Terpampang wajah Hana yang baru sahaja selesai mandi. Hana sibuk dengan kain tualanya mengelap rambut sehingga kelibat Haris tidak perasan. Cemberut wajah Haris apabila Hana tidak perasan akan dirinya. Kakinya dihentakkan dengan sedikit kuat.

Hana terkejut lalu memandang Haris. Dahinya berkerut memandang Haris tajam tajam memandang wajahnya.

"Abang kenapa?". Soal Hana lembut. Haris hanya diam. Dia memeluk tubuh lalu wajahnya dipalingkan kearah lain. Merajuk!

Hana tersenyum lalu menggeleng. Dah mula dah perangai manja dia.

Hana bergerak perlahan kearah Haris yang sedang duduk di tengah katil. Dipanjat katil dengan berhati-hati lalu bersila menghadap Haris.

"Abang ..". Panggil Hana meleret. Tetapi masih tidak diendahkan oleh Haris. Tercetus ketawa oleh Hana yang sedari tadi menahan. Haris memandang Hana dengan pandangan tajam.

"Sayang dah kenapa gelak?". Soal Haris.

"Abang lah. Dah kenapa muka macam tu. Cemberut je. Hana ada buat salah ke dekat abang?". Soal Hana lembut. Tangannya mengusap rambut Haris.

Haris angguk laju. Dia kemudian memandang Hana dengan pandangan geram.

"Sayang dah kenapa tinggal Abang dekat bawah sorang-sorang. Lepas Abang siap berbual dengan Farhan, tengok sayang dah takde dekat dapur. Puas Abang cari tau. Sikit lagi Abang nak call polis bagitau isteri abang ni hilang haaa..". Balas Haris. Tangannya siap bergerak-gerak. Teruja bercampur marah bercampur geram apabila melihat ketiadaan isterinya dibawah.

Hana tersengih. Dia mencubit sedikit pipi Haris lalu diusap. Sama seperti kejadian hari itu.

"Abang sayang. Hana lupa nak bagitau. Hana penat sangat. Sebab itu Hana naik dulu. Hana tengok yang abang rancak je berbual dengan Abang Farhan jadi Hana naik dulu la. Takmo lah marah-marah". Pujuk Hana seraya mencium pipi Haris. Seketika Haris tersengih. Dia menepuk tangannya berkali-kali persis kanak-kanak. Dahi Hana berkerut. Dah kenapa macam budak-budak suaminya.

Tapi tidak lama apabila Haris memasamkan muka kembali. Dia memandang tajam sekali lagi Hana.

"Sayang panggil Farhan apa? Abang Farhan? What? Kenapa nak panggil dia macam tu hah?". Soal Haris sedikit geram. Berdesing je telinga dia selepas mendengar isteri kesayangannya memanggil lelaki lain dengan gelaran abang. Hana meletuskan ketawanya.

Abang, Abang..

"Tak, tak. Farhan. Haih abang ni. Cemburu ke?".

"Cemburu la! Sayang tu boleh panggil Abang je abang. Jantan lain tak boleh!". Keras suara Haris.

Hana membulatkan matanya. Jantan? Marah sangat ni. Hahahah.

"Okay okay. Hana panggil Farhan je. Takde abang abang . Kenapa abang ni? Pelik je Hana tengok semenjak dua menjak ni?". Soal Hana. Haris hanya angkat bahu. Dia pun tidak tahu. Dia hanya tahu bahawa dia ingin berada bersama Hana sahaja. Menempel dengan Hana sehingga tidak boleh berenggang.

Haris kemudian membaringkan badannya. Kepalanya diletakkan diatas peha Hana. Lalu wajah Hana ditatap lembut sebelum matanya dipejam rapat.

"Lama tak tidur atas peha sayang macam ni. Rindunyaaa..". Ujar Haris sambil matanya terpejam erat. Tetapi dia kembali membuka mata bersama mukanya yang dicemberutkan.

"Sayanggg. Belailah rambut abang. Macam ni haaa". Haris mengambil tangan Hanaalu diletakkan diatas kepalanya. Dipaksa Hana untuk membelai rambutnya. Hana menyimpan senyuman lalu dengan perlahan dia membelai rambut suaminya. Dia menggeleng.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now