🌱18👶

24 4 0
                                    

╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

" Saya mintak maaf sebab tinggalkan Allen dengan cara macam tu. Saya betul-betul terdesak. Saya dan isteri berkahwin pada usia muda dan perkahwinan kami ditentang oleh ibu bapanya kerana perbezaan negara dan budaya. Mertua saya mengambil isteri saya dan membawanya pulang ke Perancis, meninggalkan saya dan Allen. Mereka juga membenci saya dan Allen. Oleh sebab tu, saya terpaksa meninggalkannya di sini untuk mengelakkan Allen menjadi target mereka sementara saya ke Perancis untuk menyelesaikan masalah kami. Sekarang, semuanya dah selesai. Keluarga isteri saya sudah mampu menerima saya dan Allen. Setelah ini, saya, isteri dan anak saya, Allen akan terus tinggal di sini. Saya bersyukur kalian dah jaga Allen dengan baik. Masa saya tinggalkan Allen dekat sini, saya hanya mampu berserah dan berharap kalian orang yang tepat untuk menjaga Allen. Ternyata memang benar telahan saya. Terima kasih, " terang Viini, bapa Allen panjang lebar. Somi, ibu Allen hanya menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata suaminya itu.

" Oh, macam tu. Faham. Tak ada apa lah. Kami okey je jaga dia. Dia budak baik dan sangat senang dijaga. Saya pun bernasib baik sebab ada dia ni yang tolong saya jaga Allen, " ujar Ezra sambil menuding jari ke arah Lisa yang duduk di sebelahnya. Lisa hanya tersenyum ke arah pasangan suami isteri itu. Bobby, Harry dan June hanya mampu menjadi pemerhati. Kini, mereka faham apa yang sudah terjadi.

Setelah itu, mereka semua pun berbual-bual kosong. Bobby, Harry dan June mengambil kesempatan bermain dengan Allen. Viini dan Somi juga membenarkan Ezra, Lisa dan rakan-rakannya jika mahu melawat Allen. Viini juga memberikan alamat dan nombor telefonnya kepada Ezra supaya senang jika mereka mahu berkunjung ke rumah mereka nanti.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


Lisa mengemas beg pakaiannya. Pada hari ini, dia akan pulang ke rumah ibu bapanya memandangkan cuti semesternya masih berbaki dua minggu. Lisa telah pulang ke rumahnya setelah Allen dipulangkan kepada ibu bapanya.

Sudah empat hari dia kembali ke rumahnya. Sejak itu, dia tidak pernah bertemu Ezra kerana lelaki itu awal-awal pagi sudah tiada di rumah kerana bekerja. Lelaki itu pula lebih sering pulang lewat ke rumah. Dia tidak sempat langsung bertemu lelaki itu. Hanya semalam, baru lelaki itu ada menghantar pesanan kepadanya bertanya khabar. Nampaknya, Ezra benar-benar sibuk.

Dengan langkah segera, dia bergerak keluar dari rumah dengan menggalas begnya. Dia juga turut membawa membawa beg sandangnya bersama. Dia hanya membawa sedikit sahaja barangannya memandangkan barangannya di rumah sudah ada. Sedang dia mengunci pintu rumahnya, satu suara menyapanya.

" Lisa? Kau nak pergi mana? Dengan beg galas semua? " soal Ezra yang ketika itu sedang memakai kasutnya. Nampaknya lelaki itu juga ingin keluar. Lelaki itu hanya memakai seluar track hitam, t-shirt putih dan jaket sukan berwarna hitam, merah.

" Oh, aku nak balik rumah mama dengan papa aku. Tu nak cepat ni. Takut tertinggal bas, " ujar Lisa sambil menyimpan kunci rumahnya di dalam beg sandangnya yang berwarna biru.

" Lah, ye ke? Ni kau nak pergi stesen bas naik apa? " soal Ezra lagi.

" Oh, naik teksi. Dekat depan tu senang je dapat teksi, " jawab Lisa pula.

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang