[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ]
Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...
╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗ " Dia Yang Menyatukan Kita " ╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝
. . .
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
. . .
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Suasana di majlis perkahwinan di hotel besar itu berjalan dengan meriah sekali. Mana tidaknya, anak pemilik syarikat perkapalan terbesar di Wales, HOWSHARK dan anak seorang doktor serta pemilik klinik persendirian, SAM CLINIC hari ini telah disatukan. Mereka berdua juga merupakan anak kepada dua orang bekas atlet negara mereka. Ibu di pihak perempuan, ialah bekas atlet angkat berat manakala ibu di pihak lelaki pula ialah bekas atlet renang. Mereka berdua berkawan baik kerana pernah berlatih di pusat latihan yang sama selama bertahun-tahun.
" Tak sangka impian kita nak satukan anak kita tercapai juga, " ujar Mama Youngja kepada besannya.
" Aah kan. Tapi, tak sangka pulak anak aku lebih cepat dari aku. Dia mintak aku lamar anak kau. Tak sangka yang dia suka tu anak kau, hahaha " balas Mama Jiah sebelum tertawa.
" Aku pun terkejut bila kau bawak gambar anak aku. Tapi, nasib baik kau dah kenal dia sebab aku pernah tunjuk gambar anak aku tu kan. Kalau tak, pening jugak, hahahha " ujar Mama Youngja, turut tertawa. Mereka berdua sangat gembira.
Di lain tempat, kelihatan dua orang manusia yang baru disatukan sedang melayan para tetamu. Tadi sudah selesai sesi pernikahan dan majlis resepsi mereka. Para tetamu kini perlahan-lahan meninggalkan majlis.
" Terima kasih lah sudi datang majlis kami, " ujar Ezra sambil tersenyum kepada sepasang manusia yang hadir bersama bayi kecil. Mereka ialah Viini, Somi dan Allen.
" Eh, tak ada apa lah. Kami berterima kasih sangat kalian berdua sudi undang kami. Apa-apa pun, tahniah, ye. Kamu berdua sepadan sangat, " puji Viini yang sedang mendukung Allen. Somi hanya nenganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.
" Terima kasih," balas Ezra sambil memeluk Viini. Begitu juga dengan Lisa dan Somi yang juga saling berpelukan. Ezra dan Lisa juga mengambil peluang seketika untuk bermain dengan Allen. Setelah itu, Vinii, Somi dan Allen pun pulang. Ezra dan Lisa mula menghampiri rakan-rakannya yang masih sibuk berbual di meja makan. Kesemua rakan Ezra dan Lisa serta kekasih-kekasih mereka telah tahu semua yang terjadi kepada Ezra dan Lisa termasuk hal Allen serta hal perkahwinan mereka.
" Eherm, pengantin baru dah datang! " Bobby mula mengusik. Ezra dan Lisa hanya tersengih sambil mengambil tempat untuk menyertai rakan-rakannya.
" So, apa perancangan lepas ni? " soal Harry sambil tersenyum.
" Apa punya soalan lah kau ni? Mestilah honeymoon, hehe, " June mula memandai-mandai. Wajah Lisa langsung bertukar merah. Rosé pula langsung mengetuk kepala June dengan penumbuknya. Lelaki itu hanya mampu mengaduh kesakitan. Ezra pula hanya tersengih sambil melirik Lisa yang sudah merah wajahnya itu.
" Honeymoon tu semestinya, " balas Ezra sambil menyenggol bahu Lisa untuk mengusiknya. Lelaki itu turut tersengih nakal. Jawapan Ezra itu mengundang pekikan dan usikan daripada June, Bobby dan Harry. Rosé, Jennie dan Jessie hanya mampu tertawa. Lebih-lebih lagi, apabila melihat wajah Lisa yang kini bertambah merah.
" Eeee, buat malu je lah awak ni, " bisik Lisa kepada Ezra sambil menahan geram.
" Malam ni pra-honeymoon kita, okey, " bisik Ezra sengaja mengusik Lisa. Lisa langsung memukul kuat paha suaminya itu. Ezra hanya terkekeh perlahan. Senang dia dapat mengusik isterinya itu.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Malam itu, Lisa hanya bersantai di balkoni hotel sambil menatap lampu-lampu malam dari bandar berdekatan. Ezra yang baru siap mandi menatap Lisa yang berada di luar sana. Dia berjalan menghampiri isterinya itu sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.
" Buat apa dekat sini? " soal Ezra sambil memeluk Lisa dari belakang. Dia turut menghirup harum rambut isterinya itu. Lisa sedikit gugup dengan tingkah mesra lelaki itu. Namun, dia membiarkannya sahaja.
" Tak buat apa. Saja tengok lampu-lampu ni. Tengok bintang, tengok bulan," balas Lisa sambil menoleh sedikit untuk melihat wajah suaminya itu yang masih memeluknya erat. Lelaki itu turut menatapnya sebelum mencium dahinya sekilas. Wajah Lisa langsung bertukar rona. Dia cepat-cepat menatap ke hadapan semula.
" Tak sangka cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar kita dah habis study dan hari ni dah kahwin. Lama jugak kita bertunang kan? " soal Ezra sambil memusingkan badan Lisa menghadapnya.
" Aah. Tak sangka saya kahwin dengan awak jugak akhirnya, hehe, " balas Lisa sambil tersengih. Dia sebenarnya malu dan merasa canggung dengan Ezra.
Sejujurnya, ketika mereka mula menjadi tunang, hubungan mereka berubah seratus peratus daripada hubungan mereka yang sebelum itu. Setiap masa Ezra melayaninya dengan sangat romantik dan dia juga sentiasa berdebar-debar dengan perlakuan lelaki itu. Sehingga sekarang, setelah mereka berkahwin, dia masih merasa berdebar apabila berada di dekat lelaki itu.
Ezra memeluk pinggang ramping Lisa dan semakin memeluknya erat. Matanya tidak lepas menatap wajah cantik isterinya itu. Lisa sedikit malu apabila ditatap sebegitu. Ezra memegang dagu Lisa mendongakkan wajah isterinya itu. Dia mengucup dahi Lisa lama sebelum mendakap gadis itu erat.
" I love you, " ujarnya perlahan. Lisa hanya mampu tersenyum bahagia di dalam dakapan suaminya itu.
" I love you too," balasnya sambil mengeratkan pelukan mereka. Mereka terus berpelukan sambil menikmati kesejukan malam. Hanya bahagia yang dirasai mereka. Perkenalan yang dimulai rasa benci yang akhirnya berubah menjadi cinta. Itulah yang dinamakan jodoh. Tiada siapa yang tahu.
TAMAT
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Nota : Yeay!!! Happy ending!!! Akhirnya tamat jugak cerita ni. Author nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang tak jemu-jemu support cerita ni. Jumpa lagi di cerita-cerita yang lain😉😘😍