🌱05👶

76 4 0
                                        

╔.  ☆☽☆   .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════.  ☆☽☆  .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

" Kau apasal dari tadi monyok je ni? Kau ada masalah apa sampai muka macam dah tak nak hidup je ni?" soal Rosé yang hairan dengan sikap Lisa yang tiba-tiba berubah menjadi pendiam. Lisa menghembuskan nafasnya berat.

" Entah lah. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Yang pastinya, hidup aku ni memang malang lah," jawab Lisa dengan wajah cemberut.

" Apasal? Kau bosan jadi single ke? Sebab tu ke muka kau sedih macam ni?" teka Rosé dengan alasan yang tidak masuk akal. Lisa memutarkan bola matanya ke atas.

" Apalah kau ni. Mengarut je. Tak ada makna lah aku nak sedih sebab tu. Lagipun, bukan aku sorang je single, ramai lagi. Kau pun, single jugak. Jadi, tak ada sebab aku nak sedih sebab aku single," jawab Lisa dengan nada kesal. Rosé hanya tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

" Aah. Betul jugak kan. So, sebab apa ni? Cerita lah," rengek Rosé sambil menggoyangkan lengan sahabatnya itu. Lisa kembali menghela nafasnya panjang.

" Kau tahu kan Ezra suka cari pasal dengan aku?" soal Lisa sambil menatap Rosé yang berada di sebelahnya. Rosé berfikir sejenak sebelum menganggukkan kepalanya.

" Kalau kau nak tahu, sekarang ni, dia dah jadi jiran aku! Dia dah pindah sebelah rumah aku!" cerita Lisa dengan nada kesal. Suaranya juga sedikit meninggi.

" Apa???" kini suara Rosé pula yang meninggi kerana terkejut.

" Shhhh, diam lah. Kau pergi jerit buat apa?" bisik Lisa geram dengan tingkah Rosé.

" Sorry, sorry. Aku terkejut sikit. Sumpah lah?"soal Rosé, masih sukar mempercayai apa yang diceritakan rakannya itu. Lisa mengangguk cepat.

" Sumpah! Tak kan aku nak tipu pulak. Aku rasa dunia memang tak adil, weh. Apasal mesti mamat senget tu, haish!" keluh Lisa, sebal.

" Mungkin ini dinamakan jodoh," balas Rosé, berlagak bijaksana. Lisa langsung mencubit perut gadis itu kerana terlalu kesal dengan kata-kata sahabatnya itu

" Aduhhh, sakit, Lis," Rosé mengaduh kesakitan. Dia cuba melepaskan diri dari cubitan Lisa.

" Kau kalau sehari je tak menyakitkan hati aku tak sah kan?" balas Lisa sambil mendengus sebal. Rosé pula hanya mampu tersengih sambil mengusap perutnya yang terasa pedih setelah terkena sengatan berbisa sahabatnya itu.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


Lisa kini berada di rumahnya memandangkan hari ini merupakan hari minggu. Dia juga awal-awal pagi sudah bangun untuk membuat pancake yang akan dijadikannya sarapan pada pada hari itu.

Dia turut mengeluarkan beberapa bahan seperti madu, strawberry jam  dan wip cream sebagai pencicah. Setelah siap, dia pun segera menghidangnya di meja makan dan menjamahnya bersama milo panas.

" Eh, mamat sebelah tu dah sarapan ke tak eh? Nak bagi sikit ke? Ah lantak lah," bisik hatinya yang mula berperang sama ada untuk berbuat baik kepada lelaki itu atau tidak.

" Tapi dia kan jiran aku. Haish, bagi je lah," akhirnya gadis itu mengalah. Dengan segera, dia bergegas ke dapur untuk mengambil sebuah bekas kosong. Setelah itu, dia pun mengisi pancake bersama semua bahan pencicah ke dalam bekas kosong tersebut.

Kemudian, dia pun mula melangkah untuk ke rumah Ezra, yang terletak di sebelah rumahnya. Sebaik tiba di sana, dia pun menekan loceng rumah lelaki itu. Tidak lama kemudian, lelaki itu pun membuka pintu.

" Kenapa datang pagi-pagi ni?" soal Ezra sambil menatap Lisa dengan wajah hairan. Lisa menghembuskan nafasnya perlahan.

" Nah," Lisa menghulurkan bekas makanan itu kepada lelaki itu. Dengan teragak-agak, lelaki itu pun menyambutnya.

" Apa ni?" soal Ezra sambil membelek bekas makanan itu.

" Pancake," balas Lisa ringkas.

" Kau masak?" soal Ezra lagi. Lisa menganggukkan kepalanya.

" Kau tak bubuh racun kan?" soal lelaki itu lagi dengan nada curiga. Lisa mengecilkan matanya dan menatap lelaki itu dengan wajah bengang. Dia sangat geram apabila Ezra malah mencurigainya setelah dia berbuat baik kepada lelaki itu.

" Nak makan, makan. Tak nak makan, buang je. Orang dah buat baik, bukan nak berterima kasih, tuduh bukan-bukan pulak," luah Lisa, sedikit merajuk. Ezra pula malah tersenyum kecil apabila melihat gadis itu mengomelinya.

" Jom masuk," ajak Ezra sambil menarik tangan Lisa, masuk ke dalam rumahnya. Lisa pula langsung tidak sempat mengelak.

" Eh, apasal nak suruh aku masuk pulak ni?" soal Lisa sambil cuba melepaskan lengannya dari cengkaman Ezra.

" Dah duduk sini. Teman aku makan," ujar Ezra sambil mendudukkan Lisa di kerusi di ruangan makan. Lelaki itu pula langsung ke dapur untuk mengambil piring dan cawan. Kemudian, dia juga turut membawa satu jug teh panas yang telah dibuatnya sebelum kedatangan Lisa.

 Kemudian, dia juga turut membawa satu jug teh panas yang telah dibuatnya sebelum kedatangan Lisa

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

" Kau makan lah sekali," ajak Ezra.

" Eh, tak apalah. Aku dah makan dah. Aku bawak untuk kau je," balas Lisa sedikit canggung. Mana tidaknya, hanya mereka berdua yang berada di situ.

" Kau dah lama ke duduk sini?" soal lelaki itu tiba-tiba. Lisa terdiam sejenak sebelum menjawab.

" Lama jugak lah. Dalam 9 ke 10 bulan macam tu," jawab Lisa sambil mengingat kembali waktu pertama kali dia menyewa di situ.

" Hurm, lama jugak. Kau tinggal sorang je ke?" tanya Ezra lagi. Lisa hanya menganggukkan kepalanya tanda ya.

" Kau tak takut duduk sorang-sorang? Kalau kau takut, aku boleh temankan, hahaha," sambung lelaki itu sambil tertawa keras. Lisa langsung memasang wajah kesal.

" Tak apa. Terima kasih je lah. Aku rasa, aku lagi selamat duduk sorang-sorang dari duduk dengan kau," balas Lisa sambil tersenyum sinis.

" Hahaha, aku gurau je lah. Ni, minum lah air ni. Jangan risau aku tak bubuh racun," ujar Ezra sambil tersenyum.

Dia turut menolak perlahan cawan yang berisi teh panas itu kepada gadis di hadapannya itu. Lisa kelihatan teragak-agak untuk menghirup minuman itu. Namun, akhirnya, dia meminum juga air tersebut.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

Nota : Huhu, so, korang suka tak bab ni? Kalau suka jangan lupa untuk vote dan komen, ye😙 

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang