[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ]
Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...
╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗ " Dia Yang Menyatukan Kita " ╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝
. . .
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
. . .
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
" Lisa, macam mana dengan kuliah kamu? Okey? " soal Papa Sam.
" Okey je, papa. Setakat ni semua okey," balas Lisa sambil tersenyum.
" Eh, mama dengan papa datang ni ada sebab. Ada benda kami nak bincang dengan kamu, " Mama Youngja mengutarakan niat mereka ke situ. Lisa mengerutkan dahinya, kebingungan.
" Nak bincang apa? Ada apa-apa yang jadi dekat rumah ke? " soal Lisa yang masih kebingungan. Mama Youngja memandang Papa Sam sekilas sebelum menatap anak gadisnya itu kembali.
" Ada orang nak kahwin dengan kakak! " jerit Will sambil tertawa bersama Ben. Papa Sam cepat-cepat menutup mulut Will. Mama Youngja pula membulatkan matanya kepada dua anak lelakinya itu. Tetapi, dua kanak-kanak itu malah melarikan diri dan bermain-main di sofa. Lisa pula hanya mampu terkebil-kebil di situ.
" Hurm, adik kamu lagi cepat dari mama. Jadi, apa kata kamu? " soal Mama Youngja.
" Ha? Apa ni? Aduh, tak faham lah, ma. Cuba cakap betul-betul, " Lisa semakin kebingungan dengan situasi itu.
" Ada orang melamar kamu. Anak kawan mama. Baik budaknya. Handsome, " puji Mama Youngja, mempromosikan anak kawannya itu.
" Aduh, mama. Lisa kan tengah belajar lagi. Apa kahwin-kahwin pulak ni," balas Lisa dengan wajah sebal.
" Alah, kamu kenal-kenal lah dia dulu. Dia tu budak universiti kamu. Dia dah lama suka kamu, " ujar Puan Youngja lagi.
" Ha? Budak universiti Lisa. Biar betul? Siapa nama dia? " soal Lisa penasaran. Dia tidak menyangka ada pelajar dari universitinya yang meminatinya.
" Dalam ni ada semua maklumat dia, " ujar Puan Youngja sambil tersenyum sebelum menghulurkan satu sampul berwarna coklat kepada Lisa.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
" Papa, mama dengan adik-adik kau dah balik ke? " soal Ezra sambil mendukung Allen.
" Dah balik dah, " balas Lisa sambil berjalan masuk ke dalam rumah Ezra. Dia mengambil Allen dari dukungan Ezra.
" Diorang datang kenapa? " soal Ezra. Dia mengekori Lisa ke sofa.
" Oh. Saja melawat. Dah aku tak balik, " jawab Lisa sambil mengusap kepala Allen perlahan.
" Aah. Sekarang kan cuti semester. Eh, Nak tak kita bawak Allen jalan-jalan dekat zoo hujung minggu ni? Aku dapat cuti dua hari, " cadang Ezra tiba-tiba. Lisa berfikir sejenak.
" Hurm, boleh jugak. Daripada duduk dekat rumah je, baik keluar, " Lisa akhirnya bersetuju dengan cadangan Ezra.
" Tapi, tu lah. Kena hati-hati. Kalau orang yang kenal kita nampak, masak kita, " ujar Ezra sambil mengusap dagunya seolah-olah berfikir.
" Tu lah, " balas Lisa yang turut sama risau akan keadaan itu.
" Tak apa. Kita pergi jauh sikit," akhirnya, Ezra membuat keptusan untuk mencari tempat yang kurang berisiko untuk mereka.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Nota : Alamak! Siapa pulak yang nak kahwin dengan Lisa ni?!!! 😱 Habislah! Apakah yang akan berlaku? Ezra X Lisa? Atau ..... X Lisa? Adakah akan berlaku plottwist? Nantikan kesinambungannya di bab seterusnya🌷