[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ]
Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...
╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗ " Dia Yang Menyatukan Kita " ╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝
. . .
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
. . .
Memandangkan hari ini hari minggu, Lisa pun merajinkan diri untuk mengemas apartment miliknya itu. Awal-awal pagi lagi, dia sudah membersihkan rumahnya itu. Kini, dia sedang sibuk menjemur baju di penyidai baju yang diletakkan di kawasan balkoni rumahnya.
" Ekhem, rajin nampak," tegur seseorang. Lisa pun segera menoleh ke arah sumber suara itu. Sebaik melihat siapakah gerangan orang yang menegurnya itu, wajah gadis itu langsung bertukar kesal.
" Sibuk je," omel Lisa. Ezra tersengih.
" Tegur pun tak boleh?" soal Ezra sengaja ingin menjengkelkan hati gadis itu. Ketika itu, dia sedang bersantai di balkoni rumahnya sambil meminum kopi.
" Tak boleh!" balas Lisa, garang. Ezra langsung tertawa. Dia tahu mengapa gadis itu tiba-tiba bersikap seperti itu kepadanya.
Mahu dijadikan cerita, pada hari semalam, Ezra telah berjanji untuk menumpangkan Lisa ke pasaraya. Namun, Ezra terlupa tentang hal itu dan tertidur. Maka, berakhirlah Lisa yang pergi sendiri ke pasaraya dengan menaiki teksi. Oleh sebab itu, gadis itu kini merajuk dengan Ezra.
" Merajuk lagi ke pasal semalam?" soal Ezra sambil tersengih, mengusik.
" Diam lah. It's over. Aku tak nak cakap dengan kau," balas Lisa dengan wajah masam sebelum berlalu masuk ke dalam. Ezra hanya tertawa melihat wajah cemberut gadis itu.
" Kalau tengok lama-lama, comel jugak minah ni," puji Ezra di dalam hati dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Setelah selesai mengusik Lisa, Ezra pun masuk ke dalam rumah. Dia mahu menyiapkan tugasannya. Dia pun segera ke meja belajarnya dan membuka laptop.
Dia pun mula mengerjakan tugasannya. Sedang dia asyik membuat kerjanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi bayi menangis.
" Eh, anak siapa pulak menangis ni?" Ezra mula tertanya-tanya. Dengan langkah perlahan, dia pun berjalan menghampiri pintu rumahnya.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, dia terkejut apabila melihat seorang bayi yang diletakkan di dalam bakul di depan pintu rumahnya. Terdapat juga sebuah beg pakaian di situ.
Ezra mula bingung mahu melakukan apa. Mana, bayi itu masih menangis lagi. Tanpa berfikir panjang, dia pun membawa bakul yang berisi bayi itu serta beg pakaiannya ke dalam rumahnya.
Dia pun cuba menenangkan bayi itu. Akhirnya, bayi itu pun tertidur. Ezra kini menjadi buntu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Tiba-tiba, dia terfikir untuk memanggil Lisa. Dengan segera dia pun bergegas ke rumah gadis itu.
" Lis! Lisa!" panggil Ezra sambil mengetuk pintu rumah Lisa dengan bertalu-talu. Tidak lama kemudian, Lisa pun muncul.
" Apasal kalut-kalut ni? Nasib tak roboh pintu rumah aku ni," bebel Lisa sambil menatap Ezra dengan wajah bengis.
" Alah, jangan banyak bunyi. Jom, ikut aku!" ujar Ezra sambil menarik tangan Lisa untuk mengikutinya.
" Eh, apa tarik-tarik ni? Ada apa sebenarnya?" soal Lisa sambil cuba melepaskan genggaman Ezra di tangannya.
" Ni masalahnya," ujar Ezra sambil menunjukkan bayi tersebut kepada gadis itu. Mata Lisa automatik terbuka luas.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
" Eh, anak siapa pulak ni? Kau culik, eh?" soal Lisa sambil menjauhkan diri dari Ezra. Ezra hanya mampu mendengus sebal.
" Bukan lah. Aku pun tak tahu anak siapa. Aku jumpa dekat depan pintu rumah aku tadi," jawab Ezra sambil mendudukkan dirinya di atas sofa.
" Kau tak tipu aku kan?" soal Lisa, masih curiga. Ezra menghela nafasnya panjang, lelah dengan sikap gadis itu yang terus mencurigainya.
" Tak sayang," balas Ezra dengan nada geram.
" Eeee, buat tabiat ke apa panggil orang sayang," omel Lisa, jengkel. Dengan hati-hati, dia pun mengangkat bayi kecil yang masih tertidur itu dan menggendongnya.
Ezra sedikit tersenyum apabila melihat Lisa menimang-nimang bayi itu. Sesekali, gadis itu juga mencium pipi anak kecil itu. Namun, mata lelaki itu mula menangkap ada sesuatu yang diletakkan di dalam bakul itu.
" Eh, ada surat lah," ujar Ezra sambil mengambil surat yang terdapat di dalam bakul itu. Lisa pun mula mendudukkan dirinya di sebelah Ezra sambil memangku bayi itu.
" Okey, aku baca, eh. Hai. Kepada tuan/puan yang baik hati, saya pertama sekali ingin meminta maaf dahulu. Dengan rendah hati, saya ingin meminta tolong tuan/puan untuk menjaga anak saya. Atas urusan yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa meninggalkan anak saya kepada tuan/puan. Saya akan pergi selama dua bulan. Saya harap tuan/puan boleh jaga anak saya dengan baik. Anak saya sangat mudah dijaga. Dia juga sihat dan tiada apa-apa alahan. Segala dokumen dan pakaian anak saya ada di dalam beg pakaiannya. Maaf menyusahkan. Saya janji, bila saya balik nanti, tuan/puan akan dapat ganjarannya," Ezra menyelesaikan bacaannya. Lisa dan Ezra hanya mampu berpandangan sesama sendiri.
" Mampus," ujar mereka serentak sambil kedua-duanya tersandar di sofa. Nampaknya, ada cabaran besar yang bakal menanti mereka.