🌱06👶

70 4 3
                                    

╔.  ☆☽☆   .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════.  ☆☽☆  .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

Lisa bersiap-siap untuk ke kampus pada hari ini. Dia mengambil beg silangnya dan segera bergegas keluar dari rumahnya.

Disebabkan jarak apartment dan kampusnya tidaklah terlalu jauh, Lisa lebih suka berjalan kaki ke sana. Lagi pula, dia sememangnya seorang yang suka mengamalkan gaya hidup sihat.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba ada kereta yang memecut laju sehingga percikan lopak air yang ada di situ terkena kepada Lisa.

" Woi, kurang ajar lah! Bawak kereta elok-elok lah!" jerit Lisa kerana terlalu bengang. Bagaimana tidaknya, habis bajunya terkena percikan lopak air itu. Mana bajunya berwarna putih lagi.

Pemandu kenderaan itu terlihat memberhentikan Lamborghini biru miliknya. Pemandu itu segera menghampiri Lisa.

" Lah kau rupanya," ujar pemandu itu. Lisa langsung menoleh ke orang itu.

" Kau lagi. Eeee, bawak kereta elok-elok lah. Tengok ni, kotor baju aku. Dah aku nak cepat ni, ada kelas," omel Lisa sambil membersihkan bajunya menggunakan tisu.

Dia sangat kesal kerana dia sudah hampir sampai ke kampusnya. Oleh sebab itu, agak sukar untuk dia berpatah balik untuk menukar baju. Kelasnya juga akan bermula 15 minit lagi.

" Dah, jom. Ikut aku," ujar Ezra sambil menarik Lisa untuk ke keretanya. Gadis itu meronta supaya dilepaskan namun, lelaki itu hanya membuat tidak peduli.

" Eh, nak pergi mana pulak ni?" soal Lisa ketika mereka berdua sudah berada di dalam kereta. Ezra hanya mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di kampus.

" Nah, ambik ni. Pergi tukar dekat tandas. Lepas tu, pergi kelas," ujar Ezra sambil menghulurkan sebuah beg kertas kepada gadis itu.

Lisa pula, mahu tidak mahu, terpaksa juga mengambil beg kertas itu dan bergegas ke tandas. Setelah itu, Ezra pun berlalu kerana dia juga mempunyai kelas pada pagi itu.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


" Lis, cantik lah sweater kau. Baru beli, eh?" soal Rosé sambil membelek pakaian Lisa.

" Tak lah. Aku pinjam je," balas Lisa selamba.

" Hah? Pinjam? Baju siapa pulak kau pinjam ni?" soal Rosé sebelum menyedut minuman.

" Ezra," balas Lisa selamba. Terus tersembur air yang diminum Rosé.

" Woi, pengotor lah kau ni," ujar Lisa sambil mengelap meja yang terkena air yang disembur Rosé.

" Eh, sorry, sorry. Aku terperanjat, hehe," Rosé hanya tersengih menayangkan giginya yang tersusun rapi.

" Nasib tak kena sweater ni," omel Lisa lagi.

" Alah, sayang sangat sweater tu. Mentang-mentang Ezra bagi," balas Rosé kembali.

" Bukan masalah sayang ke apa, ni kan baju dia. Nanti rosak, aku kena ganti. Baju ni dah baju branded. Aku mana ada duit nak bayar," jelas Lisa lagi.

" Tapi kan, macam mana baju dia boleh ada dekat kau? Hah! Dia paksa kau tidur dengan dia, eh? Kau okey je ke, dia apa-apakan kau? Kau tak lawan dia ke?" soal Rosé sambil berdiri dan menggoncang bahu Lisa.

" Shuhhh, diamlah. Kau mengarut apa ni? Fikiran kau boleh bersih sikit tak? Tu je lah kau fikir," balas Lisa sambil menarik Rosé untuk duduk kembali.

" Habis tu, macam mana baju dia boleh ada dekat kau?" soal Rosé lagi. Lisa menghembuskan nafasnya kasar.

" Dia naik kereta, terlanggar lopak air. Lepas tu, terkena baju aku sebab aku kebetulan lalu dekat situ masa nak pergi kampus. So, dia bawak aku pergi kampus naik kereta dia dan pinjamkan sweater ni dekat aku. Tu je. Kau tu je yang fikir bukan-bukan," terang Lisa dengan nada kesal.

" Hehe, sorry. Mana aku tahu. Ye lah, dia kan pernah ugut nak apa-apakan kau. Aku risau lah," balas Rosé membela diri. Lisa hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja mendengar alasan sahabatnya itu.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

Nota : Huhu, akhirnya dapat jugak update cerita nie. Maaf author sekarang jarang update sebab author buzy kerja. Author kerja apa? Rahsia, hahaha. 

Jangan lupa untuk vomment💕💜💛💚

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang