╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝.
.
.||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
.
.
." Hah? Biar betul? Dia ugut kau macam tu?" soal Rosé dengan wajah terkejut. Lisa menganggukkan kepalanya.
" Weh, seram weh. Tak kelakar kalau kau mengandungkan anak dia nanti," sambung Rosé dengan wajah polos. Lisa membulatkan matanya tidak percaya dengan apa yang baru dikatakan sahabatnya tadi.
" Woi, mulut kau. Agak-agak lah," balas Lisa dengan nada geram. Dia turut mencubit lengan gadis itu.
" Aduh, sakit lah. Betul lah apa aku cakap. Dia dah ugut kau macam tu, kau kena hati-hati lah. Orang macam Ezra tu dia tak main-main dengan apa yang dia cakap selalunya," jelas Rosé lagi. Lisa mula berasa seram sejuk.
" Kau biar betul?" soal Lisa dengan nada cuak.
" Ye. Ezra tu jenis serious orangnya. Aku tahu lah. Aku pengikut F4," jawab gadis berkulit cerah itu lagi. Lisa menghembuskan nafasnya berat. Dia mula risau akan keselamatan dirinya.
" Aku kena pastikan yang aku tak terlibat dengan diri dia lagi," bisik hatinya.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
" Akhhh," Lisa menjerit kesakitan apabila sebiji bola terkena bahunya. Nasib baik, dia tidak terjatuh." Opsss, sorry," ujar seseorang dari gelanggang bola keranjang yang terletak di sebelah gelanggang bola tampar, tempat Lisa bermain dengan pasukannya.
Lisa menahan geram apabila melihat lelaki yang baru membaling bola ke arahnya itu ialah Ezra, lelaki yang selalu menjengkelkan hatinya. Dia dapat melihat lelaki itu turut tersenyum mengejek kepadanya.
Tanpa sebarang kata, dia melempar kuat bola itu ke arah lelaki itu semula. Namun, dengan sigap, Ezra dapat menangkapnya. Lisa mendengus sebal apabila melihat lelaki itu tertawa kecil kepadanya.
" Lis, ingat Lis. Jangan cari pasal dengan dia. Kau tak nak kan nanti kena mengandungkan anak dia?" bisik Rosé kepada Lisa. Lisa langsung mencubit Rosé kerana sebal dengan perkataannya. Mana dia sudah kesal dengan lelaki itu, sahabatnya itu pula kini cuba berkata tentang hal yang pelik-pelik.
Di sisi lain, Ezra kembali ke gelanggangnya. Wajahnya kelihatan ceria. Dia sangat puas dapat membuli gadis itu.
" Jahat lah kau, Zra. Kau sengaja je kan baling bola tu dekat dia?" soal June sambil menepuk bahu Ezra. Ezra hanya tersengih. Ketika itu, mereka sudah berhenti dari latihan.
" Aah. Tak baik lah buli perempuan," balas Bobby pula sebelum meneguk minumannya.
" Perempuan? Aku tak anggap dia perempuan. Tengok lah cara dia. Macam perempuan ke? Kasar macam tu. Pemakaian pun macam lelaki," ujar Ezra sambil mengelap peluhnya.
" Eeee, tak baik lah kau. Jangan benci sangat, nanti tersuka, padan muka kau, hahaha," balas Harry sambil tertawa. June dan Bobby turut tertawa terbahak-bahak. Wajah Ezra langsung bertukar masam apabila diketawakan rakan-rakannya.
" Mati hidup semula pun, aku tak nak lah perempuan macam tu," balasnya kesal.
" Hurm, yelah. By the way, kau dah dapat rumah ke? Konon nak hidup berdikari," ejek Bobby. Ezra langsung mengetuk kepala rakannya itu. Bobby pula hanya tertawa.
" Tu lah. Dengan mak ayah pun kau nak merajuk. Apalah kau ni, Zra," tempelak Harry pula. Ezra hanya mendengus sebal.
" Eeee, bising lah korang ni. Suka hati aku lah. Lagi pun, aku dah dapat dah rumah tu. Apartment tu dekat-dekat dengan kampus ni jugak," balas Ezra sambil tersenyum bangga. Akhirnya, dia akan bebas dari kekangan orang tuanya.
" Wuish, pantas," puji June.
" Mestilah. Ni Ezra Howard lah," balas Ezra sambil menepuk dadanya, bangga. Rakan-rakannya hanya terkekeh melihat aksi terlebih bangga lelaki itu.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Nota : Huhu, maaf sebab makin jarang update. Author sibuk dengan kerja sebab baru dapat kerja baru, hehe🌹Jangan lupa vote dan komen, okey🙌. Yang tak follow author, boleh lah follow ☺

KAMU SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼 ✔
Fanfiction[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ] Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...