🌱13👶

48 4 2
                                    

╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

Setelah 15 minit menempuh perjalanan, mereka pun tiba di Cloud Mall. Dengan segera, mereka pun masuk ke dalam gedung membeli belah itu untuk mencari tempat makan. Akhirnya, mereka pun memilih untuk pergi ke sebuah restoran yang terletak di situ.

" Kau nak makan apa?" soal Ezra sambil menatap Lisa yang kini sedang memberikan susu botol kepada Allen.

" Hurm, aku nak Chicken Chop dengan Chocolate Ice," ujar Lisa sambil menatap menu yang diletakkan di hadapannya itu. Ezra pun segera memesan makanan mereka. Tidak lama kemudian, makanan mereka pun sampai.

Ezra pun langsung melahap Lamb Chop yang telah dipesannya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Ezra pun langsung melahap Lamb Chop yang telah dipesannya. Sedang asyik makan, baru dia tersedar yang gadis di hadapannya itu langsung tidak menjamah makanannya kerana masih sibuk memberi susu botol kepada Allen yang kini sudah hampir terlena.

" Buka mulut kau," arah Ezra sambil menyuakan segarfu ayam ke mulut Lisa. Lisa menatap lelaki itu dengan kebingungan sebelum akhirnya dia membuka mulut menerima suapan Ezra. Wajahnya kelihatan merah kerana segan.

" Terima kasih," balasnya tanpa menatap lelaki kacak di hadapannya itu.

" Baru suap sikit dah malu. Kalau kahwin dengan aku nanti, tak tahu lah macam mana," usik Ezra sambil tersenyum senget.

" Mana ada malu," balas Lisa sambil berpura-pura marah. Padahal dalam hatinya, mula berlagu riang. Ezra hanya tertawa melihat wajah gadis itu yang semakin kemerahan.

Tiba-tiba, Lisa menangkap figura beberapa orang yang dikenalinya. Dia cuba mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.

" Apasal muka kau macam tu? Kau tengok apa?" soal Ezra dengan wajah hairan. Dia turut mencari apa yang dilihat oleh Lisa.

" Tu bukan kawan-kawan kau ke? Eh, ye lah! Kawan kau lah!" ujar Lisa sambil menuding jari ke belakang Ezra. Ezra cuba memerhatikan dengan saksama.

Matanya langsung terbeliak sebaik sahaja, dia melihat siapa gerangan orang yang baru masuk ke restoran itu. Mereka ialah Harry, Bobby, Jessi dan Jennie. Mereka sedang mencari tempat duduk di dalam restoran itu.

" Ah, sudah! Kita kena pergi cepat ni! Makan dulu," Ezra menyuap Lisa untuk makan beberapa suap lagi. Gadis itu hanya menurut. Setelah itu, mereka pun segera ke kaunter bayaran.

Nasib baik, keduanya memakai topi dan penutup muka. Jadi, agak sukar untuk orang mengecam mereka. Dengan langkah pantas, mereka pun keluar dari restoran itu.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


" Kita beli yang ni lah. Senang sikit nak bawak," cadang Ezra sambil menunjukkan sebuah baby cot kepada Lisa yang berada di sebelahnya.

" Okey jugak. Ni pun cantik," balas Lisa yang kini sedang mendukung Allen yang sudah terlena di bahunya. Ezra pun segera mengambil baby cot tersebut.

" Lagi nak cari apa ni?" soal Ezra lagi.

" Penat nak dukung dia macam ni. So, kita beli baby carrier  untuk dia. Senang nak bawak dia ke mana-mana kalau ada baby carrier," balas Lisa sambil menatap Ezra.

Lelaki itu menganggukkan kepalanya sebelum bergerak untuk mencari barang yang dikatakan Lisa itu. Mereka turut membeli beberapa permainan untuk Allen. Setelah selesai, mereka pun segera membayar dan beredar dari situ.

Namun, belum sempat mereka keluar dari situ, kedua mereka melihat sepasang pasangan dari arah kiri mereka. Mereka ialah June dan Rosé yang kini sedang berjalan beriringan sambil berpegangan tangan. Dalam masa yang sama, Harry, Jennie, Bobby dan Jessi pula turut muncul dari sebelah kanan mereka.

Ezra dan Lisa mula menelan air liur mereka dengan susah payah. Ini benar-benar bakal menjadi malapetaka untuk mereka. Dengan langkah pantas, mereka masuk semula ke kedai tadi dan menyorok di dalam sana sambil mengintai pergerakan pasangan-pasangan itu yang kini telah bergabung dan berjalan bersama.

" Lah, triple date rupanya. Ingat double date," ujar Lisa, separuh berbisik. Ezra hanya menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata gadis itu. Setelah pasangan-pasangan itu pergi, mereka pun keluar dari situ.

" Huh, selamat," ujar Lisa menarik nafas lega.

" Tahu tak apa. Kalau tak, habis lah kita. Tapi, sejak bila June dengan kawan kau pulak?" soal Ezra sambil menatap wajah Lisa.

" Entah. Tak ada pulak Rosé cakap apa-apa. Eh, tapi kan, kalau June dah dengan Rosé, maksudnya kau sorang je lah single dalam group kau kan? Hahaha, kesian kau," balas Lisa sambil tertawa. Ezra mendengus sebal apabila gadis itu mengejeknya. Namun, dia kembali tersenyum senget.

" Tak lah. Mana ada aku single. Kan aku dah ada kau. Kau isteri aku kan? Macam-macam aku boleh buat dengan kau," ujar Ezra sambil berbisik mesra di telinga Lisa. Bulu roma Lisa automatik meremang kerana seram dengan perkataan lelaki itu.

" Ish, sana lah," balas Lisa sambil menolak wajah lelaki itu yang terlalu hampir dengan wajahnya. Gadis itu terus berjalan pantas meninggalkan Ezra. Lelaki itu pula hanya tertawa keras sebelum mengikuti langkah gadis itu.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


Nota : Wakakkaka, lari dari emak jumpa member - member  lah pulak, lol🤣 Nasib tak kantoi,kalau tak puas nak menjawab. Suka bab ni?  Kalau suka jangan lupa untuk vote dan comment, okey🥰

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang