🌱09👶

59 4 0
                                        

╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

" Kau berapa paper lagi ni?" soal Ezra sambil memangku bayi kecil yang bernama Allen itu di atas ribanya.

" Hari ni last paper," jawab Lisa sambil memakai lip gloss di bibirnya.

" Kau balik pukul berapa ni? Kau jangan lama-lama sangat. Aku cuak nak jaga Allen sorang-sorang ni," ujar Ezra lagi dengan wajah resah.

" Habis exam aku balik lah. Mungkin dalam pukul 5 kot. Aku ada dua paper harini, pagi dengan petang. Jangan risau lah, dah last paper," balas Lisa sambil berjalan ke pintu utama. Ezra turut mengikuti langkah Lisa sambil tangannya mendukung Allen.

" Ye lah. Ingat, jangan lama-lama tau," pesan Ezra lagi. Lisa yang sedang memakai kasut hanya mampu memutarkan bola matanya ke atas.

" Ye, kejap je. Allen, mummy pergi dulu, ye. Tinggal dengan daddy kejap, okey," ujar Lisa sambil mengusap pipi Allen. Ezra hanya tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Mereka telah bersetuju untuk menggunakan panggilan itu untuk Allen.

" Okey, mummy," ujar Ezra menirukan suara anak kecil. Lisa hanya tersenyum senget, menanggapi hal itu. Setelah itu, dia pun segera ke kampus. Ezra menghembuskan nafasnya berat sebelum menatap Allen.

" Allen, main dengan daddy dulu, okey?" Ezra berbicara dengan Allen. Anak kecil itu hanya tertawa comel dan bertepuk tangan. Ezra mencuit hidung Allen kerana geram dengan dengan tingkahnya. Setelah itu, dia pun menbawa bayi yang berusia satu tahun itu kembali semula ke dalam rumah.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


" Yeay, akhirnya kita dah habis paper. Habis jugak sem ni. Lepas ni, dah boleh cuti panjang," teriak Rosé kegirangan. Lisa hanya tersengih melihat tingkah sahabatnya itu.

" Lis, jom kita pergi kafe. Aku nak raikan kebahagiaan aku ni," ajak Rosé sambil menggoyang-goyangkan lengan Lisa. Lisa mula resah. Ezra sudah berpesan supaya dia pulang awal. Namun, dia juga tidak sampai hati menolak ajakan gadis itu.

" Errr, aku rasa hari ni tak boleh lah. Lain kali, okey" jawab Lisa dengan wajah serba salah.

" Alah, kau ni, selalu macam tu. Cakap lain kali, tapi sejak akhir-akhir ni, kau tak keluar dengan aku pun. Apasal eh? Ada apa-apa ke dekat rumah kau?" soal Rosé dengan wajah curiga. Lisa menelan air liurnya dengan susah payah.

" Apa aku nak cakap ni? Kalau aku  cakap yang sebenarnya, memang lagi panjang lah cerita dia," batin Lisa dengan wajah gelisah.

" Weh, aku tanya ni?" Rosé menepuk bahu Lisa.

" Hah? Apa? Apa?" soal Lisa yang terperanjat dengan tepukan di bahunya.

" Apa lah kau ni. Aku tanya, dekat rumah kau tu ada apa? Ye lah, sampai tak nak keluar. Lepas tu, kau selalu balik awal pulak tu. Kau kenapa?" tanya Rosé dengan wajah kesal. Lisa mula berfikir keras untuk mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Rosé.

" Oh, tak. Aku malas je. Lagipun, aku selalu tak nak keluar seminggu ni sebab kita kan final exam. So, aku nak fokus. Lepas tu, harini, aku tak nak keluar sebab aku nak rest lah lepas dah susah payah study selama ni. Ha, sebab tu lah," jawab Lisa bersungguh-sungguh.

" Maafkan aku Rosé," batin Lisa, merasa bersalah kerana terpaksa menipu sahabatnya itu.

" Oh, macam tu. Kalau macam tu, esok kita keluar, eh. Aku bosan lah terperap dekat rumah," rengek Rosé lagi. Lisa hanya tersengih.

" Okey, esok petang kita keluar," putus Lisa akhirnya.

" Yeay!" Rosé berteriak girang. Dia turut memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Lisa hanya tersenyum sambil membalas dakapan Rosé.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


Nota : Yeay,  dapat update jugak akhirnya. Hampir lupa dah. Huhu, macam mana bab ni?  Suka? kalau suka, macam biasa lah, vote dan comment, okey😘

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang