🌱17👶

28 5 0
                                    


╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

Lisa membuka laci di sebelah katilnya. Sudah dua hari, namun, dia masih belum membuka sampul berwarna coklat itu. Dia membelek sampul itu. Dengan pergerakan perlahan, dia membukanya.

" Ting tong! " loceng rumahnya tiba-tiba berbunyi. Lisa tersentak. Aktivitinya tadi langsung terbantut. Dia cepat-cepat menyimpan kembali sampul itu sebelum bergerak ke muka pintu untuk melihat siapa yang datang.

" Eh, kenapa kau datang sini? " soal Lisa sambil menarik daun pintu dengan luas. Dia menatap Ezra yang sudah berdiri tegak di hadapan rumahnya.

" Kau lama sangat. Aku nak pergi gym ni. Ada training boxing. Allen ada dekat katil dia. Nanti kau tengok-tengokkan lah. Aku nak gerak dah ni, " ujar Ezra.

" Oh, okey, okey. Hati-hati, " pesan Lisa.

" Okey, " balas lelaki itu sebelum berlalu pergi.

Tanpa berlengah, Lisa langsung mengambil laptopnya dan ke rumah Ezra. Dia asalnya pulang ke rumahnya untuk mengambil laptopnya yang tertinggal di atas meja. Dia mahu menonton filem yang baru diambilnya dari Rosé.

Ketika tiba di rumah Ezra, dia melihat Allen sedang tertidur pulas. Mungkin letih setelah bermain bersama Ezra tadi.

" Kejap je dah besar kamu, ye, " bisik Lisa sambil tangannya mengusap perlahan kepala Allen. Dia tersenyum sendirian melihat bayi kecil itu. Jauh di sudut hatinya, dia berharap satu hari nanti, dia juga bakal mempunyai anak secomel itu. Memikirkannya sahaja, membuatkan hatinya berbunga-bunga. Entah kenapa tiba-tiba sahaja wajah Ezra muncul difikirannya.

" Ish, kenapa aku terfikir pasal dia pulak ni? Mengarut betul! " omel Lisa sendirian, cuba membantah apa yang diterjemahkan oleh mindanya.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


" Kau tak kerja hari ni? " soal Lisa sambil menyediakan sandwich yang sudah dihidang cantik di atas meja

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

" Kau tak kerja hari ni? " soal Lisa sambil menyediakan sandwich yang sudah dihidang cantik di atas meja. Dia turut menuangkan teh untuk Ezra dan dirinya. Gadis itu turut menyediakan dua pinggan nasi goreng untuk mereka berdua.

" Tak. Aku cuti hari ni. Hari tu kan, aku ganti orang. So, aku sambung cuti lagi hari ni, " balas Ezra. Lisa hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Mereka pun mula makan.

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang