╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝.
.
.||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
.
.
." Apa lagi yang tak beli?" soal Ezra yang kini mendukung Allen. Lisa pula membawa barang-barang yang dibeli mereka.
" Okey, tadi dah beli susu, pampers, tisu basah dengan barang masakan kita. Jadi, tinggal nak beli pakaian, mainan dengan alatan keperluan dia macam baby cot dengan baby carrier," balas Lisa sambil menatap Ezra.
" Okey, kalau macam tu, kita pergi beli pakaian Allen dulu lah," ajak Ezra sambil melangkah ke sebuah kedai yang menjual barangan bayi. Lisa hanya mengikuti arah tujuan lelaki itu. Setelah sampai di sana, mereka pun melihat-lihat pakaian di situ. Lisa turut meletakkan barangan mereka di tepi dinding kedai sebentar supaya memudahkan pergerakannya untuk memilih pakaian untuk bayi kecil itu.
" Allen, sini. Mummy nak cuba pakaikan topi ni," ujar Lisa sambil melambai kepada Allen. Ezra pun mula membawa Allen menghampiri gadis itu. Lisa pun dengan segera memakaikan sebuah topi musim sejuk atau beanie kepada Allen.
" Eeee, comelnya anak mummy ni," puji Lisa sambil menggoyangkan tangan kecil Allen. Allen juga kelihatan sangat gembira. Bayi kecil itu asyik tertawa girang apabila Lisa mengajaknya bicara.
" Anak daddy, mestilah comel, hurm," ujar Ezra sambil mengucup kepala Allen yang berbalut beanie berwarna biru laut itu. Allen semakin tertawa girang apabila Ezra turut bermain dengannya. Ezra dan Lisa turut tertawa apabila melihat anak kecil itu tertawa. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga bahagia.
" Jealous mak cik tengok. Bahagia sungguh," tegur seorang wanita yang agak berumur.
" Eh, tak ada lah, mak cik. Biasa je," balas Lisa dengan nada kekok. Ezra pula hanya tersenyum kepada wanita tua itu.
" Berapa umur anak kamu ni?" soal wanita tua itu. Lisa menatap Ezra sekilas.
" Setahun baru," balas Lisa agak kaku. Dia segan sebenarnya kerana wanita tua itu menganggap Allen ialah anak dia dan Ezra.
" Lama dah kahwin?" soal wanita itu tua itu dengan ramah. Lisa menelan air liurnya kelat. Dia mula gelisah. Dia menatap Ezra untuk meminta bantuan.
" Baru dua tahun. Mak cik datang sini cari barang budak jugak ke?" soal Ezra, mengalihkan pembicaraan mereka.
" Aah. Cari barang cucu dengan anak menantu mak cik. Tu ada dekat sana," ujar wanita tua itu lagi sambil menudingkan jarinya kepada sepasang suami isteri dan seorang bayi. Terdapat juga seorang anak kecil dalam lingkungan 7 tahun bersama mereka.
" Oh. Okey lah mak cik, kami nak pergi bayar dulu," ujar Ezra sambil tersenyum manis. Wanita itu menganggukkan kepalanya tanda faham. Setelah itu, mereka pun segera ke kaunter bayaran dan langsung beredar dari situ.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
" Huish, nasib baik. Mampus kalau dia tanya banyak lagi," ujar Lisa setelah mereka keluar dari kedai itu. Ketika itu, mereka sudah jauh dari kawasan tadi. Mereka kini sedang menuju ke kedai lain pula." Eh, alamak!" teriak Ezra tiba-tiba. Dia menarik Lisa untuk menyorok.
" Apasal?" soal Lisa dengan wajah kebingungan.
" Mama aku!" ujar Ezra dengan nada berbisik. Wajahnya sudah pucat habis.
" Hah? Mana?" soal Lisa sambil matanya meliar mencari gerangan orang yang dipanggil mama oleh Ezra itu.
" Ish, sana tu. Nampak tak? Yang baju merah tu," Ezra menarik wajah Lisa untuk memandang ke arah yang dihalakannya. Terdapat dalam tiga orang wanita dalam lingkungan 40an yang sedang membeli belah di sebuah kedai kasut berjenama.
" Oh, tu mama kau. Cantiknya," puji Lisa, terpegun dengan keanggunan wanita itu.
" Ah, tu bukan masalahnya. Sekarang ni, kita kena pergi dari sini secepat mungkin. Kalau mama aku nampak ni, masak lah. Tak pasal-pasal, aku kena kurung dalam rumah nanti," ujar Ezra dengan nada gelisah.
" Kalau macam tu, jom lah cepat. Kita ikut sana. Tu ada lif," balas Lisa sambil menarik jaket Ezra. Ezra pun langsung mengikuti langkah Lisa untuk ke lif. Nasib mereka agak baik kerana ketika itu, orang tidak ramai di sana. Oleh itu, dengan mudah sahaja mereka dapat menaiki lif yang kosong.
" Huh, selamat," Ezra menarik nafas lega sebaik sahaja mereka sudah berada di dalam lif.
" So, lepas ni, kita nak pergi mana ni? Banyak barang Allen tak beli lagi ni," soal Lisa sambil menatap Ezra yang kelihatan kelelahan menggendong Allen.
" Hurm, kita pergi makan dulu, lepas tu kita pergi cari barang Allen. Kita pergi mall lain lah. Takut terserempak mama aku lagi nanti," jawab Ezra sambil bersandar di dinding lif.
" Okey. Bagi Allen dekat aku. Kau macam penat je. Kau pegang barang ni je. Ringan sikit," ujar Lisa sambil mengambil Allen dari Ezra. Ezra langsung tersengih.
" Sayang jugak kau dekat aku, eh?" balas Ezra sambil menatap gadis di hadapannya itu. Dia turut mengambil barang-barangan yang diletakkan Lisa di dinding lif di sebelahnya.
" Perasan," balas gadis itu, jengkel. Ezra hanya tertawa mendengar kata-kata gadis manis yang kini perlahan-lahan mula mendapat tempat di hatinya itu.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Nota : Huish, nasib baik tak kantoi dengan mama si Ezra, lol😂 Suka tak bab ni? Kalau suka jangan lupa untuk vote dan komen, okey😘 Author dah buat cover cantik-cantik untuk korang dah tu, kekekeke🤣
KAMU SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼 ✔
Fanfiction[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ] Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...