🌱01👶

304 5 0
                                    

╔.  ☆☽☆   .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════.  ☆☽☆  .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

Kelihatan para pelajar mula berpusu-pusu meninggalkan universiti kerana sesetengah daripada mereka sudah tamat masa pembelajaran

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Kelihatan para pelajar mula berpusu-pusu meninggalkan universiti kerana sesetengah daripada mereka sudah tamat masa pembelajaran. Lisa dan Rosé juga turut berada di dalam gerombolan pelajar tersebut. Mereka berhasrat untuk makan di kafe kampus mereka sebentar sebelum pulang ke rumah.

" Lis, kau tak takut eh, duduk apartment tu sorang-sorang? Kalau aku, memang tak lah. Seram, weh," soal Rosé sambil bergidik ngeri. Lisa langsung tertawa.

" Hahahha, nak buat macam mana, family aku kan jauh. Kena lah hidup sendiri. Kau boleh lah tinggal dengan mak ayah sebab diorang ada dekat sini," jawab Lisa sambil tertawa kecil. Keluarga Lisa tinggal di London manakala universiti mereka, Cardiff University terletak di Wales.

" Ye tak ye jugak kan. Eh, katanya apartment sebelah kau tu tak ada yang sewa lagi, eh?" tanya Rosé lagi.

" Aah. Tapi, aku dengar cerita dah ada orang yang tanya-tanya pasal apartment sebelah tu," balas Lisa pula sekadar menjawab persoalan sahabatnya itu. Rosé hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


Setelah selesai makan, mereka berdua pun mahu bergegas pulang. Ketika mereka ingin keluar dari kafe, tanpa sengaja Lisa terlanggar seseorang.

" Aduh," kedengaran suara lelaki yang mengaduh sakit. Makanannya pula sudah terdampar di lantai. Kejadian itu telah menarik perhatian ramai yang terkejut apabila mendengar ada pinggan yang terjatuh.

" Eh, sorry, sorry, " Lisa meminta maaf.

" Sorry, sorry. Makanan aku ni macam mana? Ada mata tengok lah betul-betul," bentak lelaki itu kesal.

" Aku dah mintak maaf kan. Apa masalah kau ni?" kini Lisa pula yang turut kesal dengan lelaki itu.

" Eh, kau nak marah aku pulak. Kau yang salah dekat sini," bentak lelaki itu masih tidak berpuas hati. Lisa langsung menyeluk saku seluarnya.

" Nah! Ambik ni, pergi beli spaghetti kau tu!" bentak Lisa menolak duit tersebut ke dada lelaki itu sebelum berlalu pergi. Lelaki itu hanya terdiam di tempatnya, menahan amarah di hatinya.

" Dah lah, Zra. Biar je lah," ujar rakan lelaki tersebut yang bernama June.

" Aah. Kau duduk sini, aku beli makanan lain," seorang lagi rakannya yang bernama Bobby turut cuba membantunya.

" Ni, minum air kau ni dulu," rakannya yang bernama Harry pula cuba menenangkannya.

Ezra, lelaki yang dilanggar Lisa tadi, kini sedang mengepalkan tangannya kuat. Bertemu dengan gadis yang suka menentang sangat menguji kesabarannya.

" Kalau aku jumpa minah tu lagi, siap lah aku kerjakan dia nanti," ujar Ezra masih mengepalkan tangannya. June dan Harry hanya mampu menelan air liur.

Antara mereka berempat, Ezra adalah yang paling menakutkan jika sedang marah. Lelaki itu juga adalah orang yang jenis berpegang kepada kata-katanya. Oleh itu, mereka agak risau dengan keselamatan gadis itu.

Ezra jika sudah menggila, tiada siapa yang boleh melawannya. Gadis itu sememangnya sudah tersilap langkah kerana bermain dengan api.

" Kau nak apakan budak tu? Ish, jangan buat gila, wei," ujar June dengan wajah sedikit cuak. Ezra hanya tersengih. Harry sudah mula resah.

" Korang tengok je lah nanti," balas Ezra sambil menayangkan senyuman yang menakutkan. Dia memang sakit hati dengan apa yang dilakukan gadis itu tadi. Oleh itu, dia akan membuatkan gadis itu menyesal kerana menentangnya.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

Nota : Macam mana dengan Bab 1? Suka tak? Kalau suka dan nak tahu sambungannya, kena vomment lah ye supaya author semangat nak update, haha😄

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang