[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ]
Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...
╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗ " Dia Yang Menyatukan Kita " ╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝
. . .
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
. . .
Lisa kini sedang berbaring di katil sambil menepuk Allen. Ezra pula sudah berbaring di atas toto.
" Sikit lagi nak terbongkar rahsia kita tadi," ujar Ezra sambil mengiringkan badannya dan menatap Lisa.
" Tu lah. Cuak habis dah aku tadi. Nasib harini, mood Rosé baik, kalau tak, naya aku nak jawab macam-macam soalan dari dia," balas Lisa pula, turut menatap lelaki itu yang berbaring di bawah.
" Esok kita keluar nak? Bawak Allen sekali. Barang dia banyak dah tak ada ni," ajak Ezra tiba-tiba.
" Eh, tak bahaya ke? Kalau ada orang yang kenal kita nampak macam mana?" soal Lisa kerana dia agak ragu untuk keluar bertiga.
" Jangan risau. Kita pergi tempat jauh sikit," balas Ezra sambil membaringkan dirinya di sebelah Allen. Dia mengiringkan badannya untuk menatap Lisa.
" Eh, aku dah lama nak tanya. Apasal, eh, kau tinggal dekat sini? Kan kau anak orang kaya? Kenapa nak duduk dekat apartmentsimple macam ni?" soal Lisa sambil menatap Ezra. Lelaki itu tersengih sebelum menjawab pertanyaan gadis itu.
" Aku saja nak bebas dari mama dan papa aku. So, aku pilih hidup berdikari. Papa aku apalagi, dia sekat semua duit aku. Nasib aku bijak, awal-awal dah ada simpanan sendiri," cerita Ezra sambil tangannya mengusap tangan kecil Allen yang sedang tidur dengan lena.
" Eh, serious lah? Duit simpanan kau cukup ke nak tampung kehidupan kau dekat sini? Ye lah, kau tak kerja kan?" tanya Lisa dengan wajah terkejut. Ezra hanya tersenyum tipis.
" Cukup. Aku ni bukan jenis boros. Duit belanja yang papa aku selalu bagi dekat aku selama ni, aku simpan dalam akaun peribadi aku. Kau jangan risau, duit simpanan peribadi aku lebih dari 5 000 000 USD," jawab Ezra sambil tersenyum senget. Lisa membulatkan matanya, terkejut dengan jumlah wang yang berjaya disimpan lelaki itu.
" Wow. Papa kau memang selalu bagi duit belanja banyak, eh?" soal Lisa lagi.
" Aah. Kadang, dia bagi duit atau cek suruh aku beli kereta ke, rumah ke. Tapi, aku tak beli pun. Aku simpan je. Tu yang jadi banyak tu," terang Ezra.
" Untung kau. Papa kau kerja apa? Kaya betul," tanya Lisa lagi.
" Dia businessman. Dia ada syarikat perkapalan. Kau pernah dengar kapal nama HOWSHARK? Tu nama syarikat papa aku," jelas lelaki itu lagi. Lisa membulatkan matanya.
" Syarikat yang buat kapal tu kan? Hebatnya. Patut kau kaya," puji Lisa dengan wajah kagum.
" Aah. Papa aku memang kaya. Aku pulak anak tunggal. Memang semua aku dapat lah. Tapi, aku bosan hidup macam tu. Terkongkong. Tak bebas. Last sekali, aku pilih nak hidup berdikari. Tu, yang aku start duduk dekat sini," cerita Ezra sambil terus menatap wajah cantik Lisa.
" Oh, okey, faham," balas Lisa sambil mengubah posisinya menjadi telentang.
" Tapi, aku ingat nanti nak cari kerja lah. Ye lah, aku nak sara kau dengan Allen dengan hasil titik peluh aku," ujar Ezra tiba-tiba. Lisa langsung tertawa. Dia menatap lelaki itu kembali.
" Kau ingat aku dengan Allen ni anak, isteri kau? Tak payah. Kerja untuk diri kau pun tak apa dah. Aku dah ada duit sendiri. Ayah aku selalu kirim. Aku pun dah ada simpanan sendiri walaupun tak sebanyak kau. Keluarga aku pun bukan orang susah. Ayah aku tu doktor, ada klinik sendiri lagi," balas Lisa masih dengan sisa tawanya.
" Memang lah. Tapi, kan Allen dengan kau bawah jagaan aku sekarang ni. Jadi, aku kena lah bertanggungjawab atas kau dengan dia," ujar Ezra lagi.
" Hurm, ye lah. Suka hati kau lah," balas Lisa akhirnya sambil memejamkan matanya.
" Eh, kau nak tidur dekat atas ni ke? Tak boleh lah. Nanti tertindih Allen macam mana?" soal Ezra sambil mengejutkan Lisa dengan menepuk perlahan tangan gadis itu. Lisa hanya membuat tidak peduli.
" Bangun atau aku gendong. Tak aci lah aku tidur sorang," ujar Ezra dengan nada tidak berpuas hati.
" Lisa, aku kira sampai tiga, kalau tak bangun, aku gendong. 1, 2, 3. Okey, fine! " Ezra pun langsung mengangkat Lisa.
" Eh, apa ni? Turunkan aku lah!" bentak Lisa dengan suara yang tertahan. Dia tidak mahu Allen terjaga.
" Siapa suruh degil," balas Ezra sambil meletakkan Lisa ke atas toto lalu segera menarik selimut dan mendakapnya erat.
" Eh, lepaslah!" bentak Lisa sambil memukul dada lelaki itu. Namun, itu langsung tidak memberi kesan kepada lelaki itu.
" Hurm, best betul. Hujan-hujan ni, dapat pulak peluk bantal peluk yang special ni," ujar Ezra sambil mendakap Lisa seerat-eratnya.
" Arghhh, geramnya aku dengan mamat sengal ni!" jerit hati Lisa, kesal.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Pagi itu, awal-awal lagi, Lisa dan Ezra membawa Allen keluar dari rumah. Mereka juga berpakaian agak tertutup supaya tiada siapa menyedari siapakah mereka. Akhirnya, mereka berjaya ke kereta Ezra.
" Huh, nasib baik. So, nak pergi mana ni?" soal Ezra sambil menjalankan keretanya.
" Aku ikut je," balas Lisa ringkas.
" Allen, happy tak? Hari ni nak jalan dengan mummy dengan daddy ni," soal Ezra sambil sebelah tangannya mencuit pipi tembam bayi kecil itu. Lisa hanya tersenyum melihat hal itu.
" Rasanya kita kena beli babycot lah untuk Allen. Kalau ada babycot, kita boleh tidur atas katil. Aku sakit belakang dah tidur atas lantai," cadang Ezra sambil menatap gadis di sebelahnya sekilas. Lisa langsung tertawa.
" Aik, baru seminggu dua, dah sakit belakang?" perli Lisa dengan sisa tawanya. Ezra hanya mampu mendengus sebal mendengar kata-kata gadis itu. Setelah itu, mereka pun meneruskan perjalanan ke sebuah gedung membeli belah di LosAngeles.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Nota : Hai, semua! Author is back, wakkakaka😆 Author tengah bahagia kerana Donglis sweet2 dua tiga hari ni, huhu😚 Okey lah, sampai jumpa di bab seterusnya lagi. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan vote, ya😉
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
The power of high-five dan lope2 emoji, wakakkakakaka🤣🤣🤣 Gempar dunia seketika disebabkan nie, hahhaha😂😂😂