╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝.
.
.||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
.
.
.Lisa meniarap di atas katil sambil bermain telefon. Sesekali gadis itu tertawa.
" Kau chat siapa tu?" soal Ezra sambil cuba merebut telefon Lisa. Nada suaranya kedengaran cemburu.
" Mana ada siapa. Jangan kacau lah," balas Lisa menyorokkan telefonnya. Ezra mendengus sebal.
" Kalau tak ada apa-apa, apasal kau nak sorok? Bak sini aku nak tengok," ujar Ezra masih mencuba mengambil telefon bimbit gadis itu. Terjadilah pergelutan di atas katil itu yang berakhir dengan Ezra yang berjaya merampas telefon bimbit Lisa.
" Hai, saya Brian. Selamat berkenalan, si cantik," Ezra membaca pesanan itu dan menatap Lisa tajam.
" Siapa ni?" soal Ezra dengan wajah kesal.
" Kan kau dah baca tadi. Nama dia Brian. Dia chat aku dekat instagram. Aku baru nak kenal dia," balas Lisa cuba mengambil telefonnya kembali. Dengan selamba, Ezra memadam chat itu dan menekan butang unfollow. Sebelum itu, dia juga menghantar pesanan supaya lelaki itu jangan menganggu Lisa lagi. Dia juga mengaku bahawa dia suami Lisa.
" Nah. Ambik lah telefon kau," ujar Ezra sambil berbaring di atas katil itu dengan wajah gembira kerana dapat menyingkirkan lelaki itu dari hidup Lisa.
" Weh, kau buat apa ni? Mana chat tadi?" soal Lisa sambil mencari pesanan lelaki itu.
" Aku dah padam dan aku dah unfollow dia. Aku cakap jangan ganggu kau dan aku suami kau. Padan muka," jawab Ezra tanpa rasa bersalah.
" Hah? Eeee, jahat lah kau ni. Aku baru nak kenal dia. Ckkk, dah aku tak ingat username dia apa," omel Lisa dengan nada kesal. Ezra hanya tersengih melihat wajah cemberut Lisa.
" Kau nak kenal dia buat apa? Kau nak boyfriend sangat ke?" soal Ezra sambil menatap Lisa yang kini sedang duduk di atas katil dengan wajah masam.
" Ye lah. Rosé dah ada boyfriend. Aku pun nak jugak ada boyfriend. Tapi, kau rosakkan segala-galanya," balas Lisa sambil menatap Ezra dengan wajah bengang. Ezra hanya tersenyum senget.
" Kau fikir kau boleh dapat boyfriend ke? Kalau kau dapat pun, confirm lepas tu putus. Percayalah cakap aku," ujar Ezra sambil tersengih.
KAMU SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼 ✔
Fanfiction[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ] Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...