╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝.
.
.||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
.
.
." Aduh, macam mana ni?" soal Ezra yang kini asyik ke hulu ke hilir di hadapan Lisa. Lisa hanya memerhatikan sahaja lelaki itu yang kelihatan sangat resah.
" Alah, kau jaga je lah dia," balas Lisa.
" Aku jaga dia? Aku ni lelaki, muda pulak tu. Mana aku pandai jaga budak," ujar Ezra pula sambil kembali duduk di sebelah Lisa.
" Habis tu tak kan aku pulak?" soal Lisa pula sambil memasang wajah kesal.
" Yelah. Kau kan perempuan, mesti kau pandai jaga budak," balas Ezra pula. Lisa menghembuskan nafasnya berat.
" Tapi, kau jumpa dia. So, dia tanggungjawab kau. Aku boleh nak jaga dia, tapi, aku tak boleh bawak dia balik ke rumah aku. Kalau orang nampak, mesti diorang fikir yang budak ni anak luar nikah. Yelah, mak ada, bapak tak ada," bidas Lisa semula.
Ezra mula memangut-mangut dagunya. Ada betulnya juga apa yang dikatakan Lisa. Pasti orang akan berfikir yang buruk-buruk jika melihat Lisa menjaga bayi itu di rumahnya sendirian. Tiba-tiba, dia mendapat idea bernas.
" Ha, apa kata kau tinggal je dekat sini. Orang tak cakap buruk pasal kau dan aku tak perlu bersusah payah nak jaga budak ni sendiri. Bernas tak idea aku?" Ezra tersenyum bangga. Lisa memasang wajah jengkel.
" Untung untuk kau. Tak nak aku. Nanti orang fikir ni anak aku dengan kau pulak. Lagipun, kau tu bukan boleh percaya," tolak Lisa.
" Alah, kalau ada orang tanya, cakap je lah kita suami isteri. Apa yang susahnya. Lagi satu, kau tak payah risau lah. Aku ni baik. Tak adanya aku nak apa-apakan kau. Kalau ye pun, aku akan bertanggungjawab, hehe," ujar Ezra sambil tersengih. Lisa langsung memasang wajah jijik.
" Eeee, miang. Ckkk, haish, macam mana, eh?" Lisa kelihatan masih ragu.
" Tak payah fikir banyak. Kau ikut je cakap aku. Nanti bayaran bulanan apartment kau, aku bayar separuh. Lagipun, jimat air dengan elektrik kau jugak kalau kau tinggal dekat sini dengan aku. Alah, kalau kau nak balik kejap, boleh je. Kan sebelah rumah aku je," ujar Ezra cuba memujuk gadis itu. Lisa berfikir sejenak.
" Ckkk, okey lah. Tapi, kau jangan lebih-lebih," putus Lisa akhirnya. Ezra menarik nafas lega.
" Baiklah," balas lelaki itu sambil tersenyum lebar.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
" Eh, budak ni nak tidur mana ni?" soal Lisa. Ketika ini, dia sudah mula tinggal bersama Ezra. Dia hanya membawa beberapa pakaiannya dan keperluannya sahaja." Letak je lah atas katil tu," balas Ezra sambil menatap Lisa sekilas sebelum kembali menonton televisyen. Lisa pun meletakkan bayi itu di situ dan meletakkan bantal di bahagian kiri katil itu supaya bayi itu tidak jatuh. Setelah itu, dia turut menyertai lelaki itu menonton televisyen.
" Kau tak nak makan ke?" soal Lisa sambil menatap Ezra di sebelahnya.
" Nak. Kau masaklah. Aku makan je apa-apa. Guna je barang dalam peti ais tu," jawab Ezra sambil matanya masih fokus ke layar kaca di hadapannya itu. Lisa hanya menganggukkan kepalanya dan segera ke dapur. Dia juga sememangnya sudah lapar.
Dengan segera dia pun mencari barang masakan di peti ais. Dia tersenyum lebar apabila melihat barang yang diinginkan ada di situ. Setelah itu dia pun segera memasak. Kemudian, apabila sudah siap, dia pun menghidangkannya di atas meja.
" Jom, makan," ajak Lisa sambil membawa dua gelas air putih.
" Okey," balas Ezra sambil bangkit dari sofa dan menuju ke meja makan.
" Hurm, sedapnya bau. Kau suka makan Spaghetti Bolognese, eh?" soal Ezra sebelum menyuap makanannya.
" Aah. Kebetulan dalam peti kau ada. Aku pun masak je lah," balas Lisa sebelum meminum airnya.
" Sedap. Pandai kau masak. Aku ingat kau tak pandai masak, hahaha," ujar Ezra sambil tertawa. Lisa memutarkan bola matanya ke atas.
" Sorry, sikit. Tengok tangan lah," balas Lisa dengan nada jengkel apabila dikatakan sebegitu.
" Mana aku tahu. Yelah, kau nampak kasar. Pakai pun macam gaya lelaki," jelas Ezra lagi. Lisa menghembuskan nafasnya kasar.
" Sebab tu jangan pandang orang dari luaran je," tempelak Lisa pula. Perkara sebegitu sememangnya sudah biasa terjadi kepada dirinya. Ezra hanya tersenyum dan meneruskan makannya.
Setelah selesai makan, mereka pun berkira untuk tidur. Namun, yang menjadi persoalannya, di manakah mereka mahu tidur?
" Weh, aku nak tidur mana ni?" soal Lisa. Ezra berfikir sejenak. Dia pun membuka almari dan mengeluarkan sesuatu.
" Nah. Bentang toto ni. Tidur dekat bawah," ujar Ezra sambil menghulurkan toto tersebut kepada Lisa. Lisa hanya menuruti perintah lelaki itu.
Entah mengapa, sejak tinggal di sini dari petang tadi, dia hanya mengikuti sahaja kata-kata lelaki itu. Mungkin kerana pembawakan watak isteri mithali yang kini dipegangnya.
" Kau tidur mana?" soal Lisa sambil menatap Ezra yang sedang menyusun bantal dan meletakkan selimut di atas toto itu.
" Tidur dekat sini lah," balas Ezra sambil menarik Lisa untuk merebahkan diri ke atas toto itu bersamanya. Dengan gerakan pantas, lelaki itu turut menarik selimut untuk menyelimutkan tubuh mereka.
" Apa ni? Lepas lah!" ujar Lisa sambil memukul tangan Ezra yang memeluknya dari belakang.
" Shhhh, tidur, sayang. Isteri yang baik tak boleh melawan suami," balas Ezra sambil terus mengeratkan dakapannya. Lisa hanya mampu mendengus.
" Okey, tak apa. Hari ni, kau menang. Tapi, ingat, eh, kalau kau apa-apakan aku, aku sumpah kau jadi katak, huh!" balas Lisa, mengancam Ezra.
Lelaki itu pula hanya tertawa keras mendengar ancaman yang langsung tidak menakutkannya itu. Dia malah mengeratkan pelukannya di tubuh gadis itu. Lisa pula hanya mampu pasrah dengan sikap keras kepala lelaki itu.
" Apasal lah aku percaya cakap lelaki miang ni," keluh hatinya.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||Nota : Huhu, maaf sebab jarang update. Terus vote dan comment, ya😘
By the wsu, berita semalam sudah kudugong, wakakaka. Tahniah GD X Jennie. Just support them, okay🥰
Kepada shipper GD atau Jennie, nak cakap satu je. Bertabahlah😅
Ha, lagi satu, satu kapal YG X YG dah berlayar, kapal YG X YG yang lain tak nak berlayar ke? Bobsoo, Junrose, Donglis?😂 Bigpink dah ade. Konpink/Pinkon bila? Wakakakka😆😆😆
KAMU SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼 ✔
Fanfic[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ] Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...