🌱02👶

111 5 0
                                    

╔.  ☆☽☆   .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════.  ☆☽☆  .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

" Lisa, kau tahu tak siapa mamat-mamat tu tadi?" soal Rosé sambil menghentikan pergerakan gadis itu.

" Siapa? Entah. Mana aku kenal. Tak ingin pun nak kenal dengan mamat bajet bagus macam tu," kutuk Lisa dengan wajah kesal.

" Kalau kau nak tahu tu lah geng F4 universiti kita ni," ujar Rosé dengan wajah teruja.

" F4? Acah macam drama je. Eee, menyampah aku," balas Lisa semakin jengkel dengan lelaki-lelaki itu.

" Aah. Sebab diorang tu pakej. Handsome, popular, kaya pulak tu. Aku paling suka dengan June," Rosé kini tersipu malu.

" June? Siapa? Yang mana satu?" soal Lisa kembali. Dia agak ngeri melihat Rosé yang malu-malu kucing itu.

" Ala yang tinggi-tinggi tu. Yang tu lah June. Dia tu jenis kelakar-kelakar sikit. Yang pakai topi macam hipster sikit tu namanya Bobby. Dia tu kekasih ratu cantik U kita ni tau, si Jessi tu. Dia ni jenis sempoi je," cerita Rosé bersungguh-sungguh.

" Serious lah. Dia dengan Jessi?" soal Lisa dengan wajah tidak percaya. Mana tidaknya, Jessica Downson itu merupakan gadis paling cantik di universitinya.

" Ye. Lepas tu, si Harry, yang putih-putih tu, dia bercinta dengan Jennie, ketua cheerleader U kita yang popular tu. Dia ni lah ketua F4," terang Rosé sambil menatap Lisa yang sedikit berfikir. Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

" Yang last sekali, kau memang kena tahu. Ni pasal lelaki yang kau langgar tadi. Yang tu nama dia Ezra. Antara empat orang tadi, dia ni yang paling pendiam dan misteri. Lagi satu, dia ni yang paling kuat antara diorang semua sebab dia ni ketua pasukan tinju U kita. Dia ni main boxing, woi. Mati lah kau," sambung Rosé sambil bergidik ngeri. Lisa automatik membeliakkan matanya.

" Ye ke?" soal Lisa tidak percaya.

" Ye, woy. Kau dah buat silap besar lah pergi lawan dia. Semua orang dekat kafe tadi dah cuak habis tengok kau gaduh mulut dengan dia," ujar Rosé dengan wajah cuak.

" Ah, lantak lah. Ingat aku kisah," balas Lisa, tidak peduli.

" Suka hati kau lah. Yang penting aku dah beritahu kau. Kalau apa-apa jadi, jangan cakap aku tak ingatkan pulak," ujar Rosé yang kesal dengan sikap keras kepala Lisa. Lisa hanya membuat tidak kisah.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


Lisa melangkah perlahan menuju ke perpustakaan universitinya. Dia perlu mencari bahan untuk kerja kumpulan.

Dia pun mula ke rak buku untuk mencari bahan rujukan untuk subjek perdagangan. Dia sangat fokus sampai tidak menyedari ada orang yang berada di laluannya.

" Bukkk!" kedengaran bunyi buku-buku yang berterabur.

" Eh, alamak sorry, sorry," ujar Lisa sambil mengutip buku-buku yang terdampar di atas lantai lagi.

" Kau lagi yang langgar aku. Menyusahkan betul!" kedengaran suara lelaki yang menempelaknya. Lisa automatik memandang ke hadapannya. Wajahnya langsung bertukar keruh apabila menyedari siapa yang dilanggarnya tadi. Dia langsung berdiri.

" Kalau aku tahu tu kau, memang tak lah aku nak minta maaf tadi," ujar Lisa sebelum berjalan pergi. Ezra mendengus sebal sebelum mengejar gadis itu untuk menghalangnya dari pergi.

" Arghhh!" gadis itu terjerit kecil apabila tubuhnya ditolak ke dinding dengan kasar. Tangannya turut dikunci di dinding.

" Kau nak buat apa, hah?" soal Lisa mula cuak.

" Tahu takut. Lain kali jangan berlagak. Sekali aku kiss, menangis kau," ujar Ezra sambil tersenyum jahat. Lisa menjadi gelisah.

" Mak, ayah tolong Lisa! Ada laki gila! Hua, tolong aku, Ros!" jerit hatinya. Ezra tersengih apabila melihat wajah resah gadis itu. Dia pun melonggarkan pegangannya.

" Ingat, jangan main-main dengan aku. Kalau tak...," Ezra mengantungkan ayatnya sambil matanya menatap nakal gadis itu dari atas ke bawah. Dia turut tersenyum jahat. Lisa semakin ketakutan. Ngeri apabila memikirkan apa yang akan berlaku jika dia menentang lelaki itu.

" Okey, okey! Aku mintak maaf. Kau nak apa lagi?" balas Lisa akhirnya. Dia turut menolak tubuh lelaki itu. Namun, lelaki itu kembali menolaknya ke dinding.

" Ingat, eh. Kalau tak, nahas kau," ujar Ezra sebelum melepaskan Lisa. Gadis itu langsung berlari meninggalkan tempat itu sebaik sahaja dia dilepaskan. Ezra terkekeh kecil. Gembira dapat menakut-nakutkan gadis yang suka menentangnya itu.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

Nota : Akhirnya, author update jugak cerita ni, hahaha😂 Jangan lupa untuk vote & comment 

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang