╔. ☆☽☆ .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════. ☆☽☆ .╝.
.
.||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
.
.
." Kamu dah buka sampul tu? Dah tengok gambar bakal menantu mama tu? " soal Mama Youngja. Sejak dia pulang semalam, ibunya itu tidak habis-habis bertanyakan soalan yang sama.
" Belum, ma. Nanti lah. Malas betul nak tengok, " balas Lisa sambil tangannya ligat membasuh pinggan.
" Ish, kamu ni. Macam tu pulak. Ikut kamu lah nak tengok ke tak. Mama cuma nak bagitahu esok kawan mama, suami dengan anak dia tu nak datang sini untuk makan tengahari. Kamu pakai cantik-cantik esok, " arah Mama Youngja sebelum berlalu pergi. Lisa langsung membulatkan matanya, terkejut dengan apa yang dikatakan oleh ibunya itu. Dia hanya mampu menghembuskan nafasnya perlahan.
Setelah selesai membasuh pinggan, dia pun naik ke bilik. Dia mendudukkan tubuhnya ke atas katil. Dia mencapai beg sandangnya dan mengeluarkan sampul berwarna coklat. Dia memandang lama sampul itu. Tiba-tiba, terdengar dentingan dari telefon bimbit miliknya. Dia cepat-cepat mencapai benda tipis itu dan membuka kotak pesanan.
Mamat Sengal Tapi Manis
Tidur dah ke?🧐
Lisa tersengih melihat pesanan itu. Dia segera membalasnya.
Dah nak tidur. Kau lah kacau🙄
Mamat Sengal Tapi Manis
Oh, sombong, ye kau dengan aku.
Aku nak ucap sweet dream. Jangan
lupa mimpikan aku, kekekke😆Ewww, tak nak aku.
Nanti bukan mimpi indah tapi
jadi mimpi buruk pulak😏
Mamat Sengal Tapi Manis
Jahat lah kau. Sampai hati😢
Lisa hanya tertawa melihat pesanan itu. Dia menutup telefon bimbitnya tanpa berniat membalasnya. Dia membaringkan tubuhnya. Fikirannya melayang kepada memorinya bersama Ezra dan Allen ketika berkunjung ke Chester Zoo." Ah, jangan lah! " Lisa memukul bahu Ezra kerana geram ditolak oleh lelaki itu apabila dia teragak-agak untuk memberi makanan kepada seekor zirafah.
" Apalah itu pun takut. Tengok Allen tak takut pun, " ujar Ezra sambil menggoyangkan tangan Allen. Anak kecil itu asyik tertawa sambil mata bulatnya tidak lepas daripada memerhatikan haiwan berleher panjang itu. Lisa hanya mampu mendengus kasar melihat Ezra mengejeknya.
Lisa tersenyum kecil. Kelakar pula bila diingatkan peristiwa itu. Bagaimana dia begitu takut kepada zirafah. Dengan haiwan lain dia berani pula.
Dia asyik dengan fikirannya sehingga akhirnya matanya mula memberat dan perlahan-lahan tertutup. Dia langsung terlupa untuk membuka sampul yang diberikan ibunya itu.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Lisa membuka matanya apabila panas terik mula dirasakan di tubuhnya. Dia terkejut melihat keadaan sekelilingnya. Dia kini terdampar di hadapan sebuah istana. Dengan langkah perlahan, dia memasuki istana yang tidak berkunci itu.Matanya seketika bersinar memerhatikan keindahan istana tersebut. Dari kejauhan dia, dia melihat seorang lelaki dengan pakaian putera raja sedang menunggunya. Lelaki itu mendepakan kedua tangannya seolah-olah meminta gadis itu ke dakapannya. Lisa agak terkejut melihat lelaki itu ialah Ezra. Dengan pantas dia langsung berlari ke arah lelaki itu.
Namun, belum sempat dia mendakap lelaki itu muncul seorang ahli sihir yang bercermin mata besar yang tiba-tiba sahaja menyimbah sebaldi air kepadanya. Lisa menjerit kuat.
" Akhhh! "
" Ha, bangun pun! Tidur lagi sampai tengahari. Cepat siap! Lagi setengah jam kawan mama nak datang! Dah lah tak tolong masak! " Mama Younja mula membebel sambil meletakkan baldi kecil yang digunakan untuk menyimbah Lisa tadi ke atas meja.
Rupanya, Mama Youngja yang menyimbah Lisa dengan air untuk mengejutkan gadis itu dari mimpi indahnya. Lisa menayangkan muncung panjangnya.
" Yelah. Orang bangun lah ni. Mama ni kejam lah, sampai simbah Lisa dengan air, " omel Lisa, kononnya merajuk.
" Dah kamu tu susah sangat nak bangun. Dah, cepat! Pergi mandi. Pakai cantik-cantik, " arah Puan Youngja sambil mengambi kembali baldi kecilnya dan berlalu pergi. Lisa hanya mampu mendengus sebal.
Tidak lama kemudian, kawan Mama Youngja dan keluarganya pun tiba. Papa Sam, Mama Youngja serta adik-adik Lisa sangat teruja menyambut mereka. Lisa pula hanya melihat dari kejauhan sebelum masuk ke dapur.
Keluarga Lisa menjemput keluarga kawan Mama Youngja untuk duduk di meja makan. Dengan langkah perlahan, Lisa membawa dulang ke meja makan. Matanya hanya memerhatikan dulang yang dibawanya. Dia meletakkan dulang di atas meja.
" Hai, Lisa! " dia automatik mengangkat wajahnya apabila mendengar satu suara memanggilnya. Matanya langsung terbuka luas. Orang dihadapannya itu pula hanya tersengih.
||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||
Nota : Siapa woi siapa??? Wakakkaka🤣 Ending dia macam mana ni?Jangan lupa untuk vote dan komen okey😘
KAMU SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼 ✔
Fanfiction[ BLACKPINK Lalisa Manoban x IKON Kim Donghyuk Fanfiction ] Disebabkan satu kejadian, Lisa dan Ezra telah mengisytiharkan perang di antara mereka. Hal itu menjadi semakin rumit apabila Ezra secara tidak sengaja menyewa di sebelah rumah Lisa dan menj...