🌱04👶

68 4 0
                                    

╔.  ☆☽☆   .══════👫👶═╗
" Dia Yang Menyatukan Kita "
╚═.🌱🏢══════.  ☆☽☆  .╝

.
.
.

||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||

.
.
.

Lisa berjalan perlahan ke rumahnya. Dia telah tinggal di apartment itu 6 bulan yang lalu setelah dia memasuki semester pertama di kampusnya. Setelah memasuki semester kedua, dia masih terus tinggal di situ.

Dia suka berada di situ. Keadaan di situ agak bersih dan keselamatan juga terkawal. Kos sewa di situ juga agak murah. Jadi, dia telah merancang untuk tinggal di situ selama dia belajar di Cardiff University.

 Jadi, dia telah merancang untuk tinggal di situ selama dia belajar di Cardiff University

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Sebaik sahaja, dia tiba di dalam rumah, dia langsung membaringkan dirinya di katil. Pada hari ini, dia hanya mempunyai dua kelas pagi dan tiada kelas petang. Oleh itu, dia telah pulang ke rumah lebih awal.

Kini, dia hanya bermain telefonnya. Bosan sebenarnya apabila hidup bersendirian. Namun, dia tiada pilihan selain hidup berdikari kerana ibu dan bapanya yang tinggal jauh dari pekan ini.

Tiba-tiba, Lisa merasa perutnya sedikit lapar. Dia sebenarnya masih tidak makan tengahari lagi. Dengan langkah perlahan, dia menuju ke dapur.

" Alamak, barang banyak dah tak ada lah pulak. Kena turun bawah lah nampaknya ni, hurm," keluhnya perlahan. Dengan segera, dia pun mencapai beg silangnya dan menuju ke bawah untuk mencari makanan.

Sesampainya di kedai runcit, dia membeli beberapa barang keperluan seperti gula, susu, tepung, roti, majerin, sos, kicap, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam serta daging. Setelah selesai, dia pun pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, dia baru terperasan yang apartment di sebelah rumahnya itu telah diduduki orang. Ini kerana, dia melihat pintu rumah tersebut telah terbuka dan ada beberapa kotak di hadapan pintu rumah tersebut. Dia ingin menegur jiran barunya, namun, dia terpaksa membatalkan niatnya kerana perutnya meronta ingin diisi dengan segera.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


Jam menunjukkan pukul 8:00 malam. Lisa mula bosan apabila dia hanya menonton televisyen seharian sepanjang berada di rumah pada hari ini. Dia pun mengambil keputusan untuk pergi makan malam di sebuah restoran di tingkat bawah.

Sesampainya di sana, di langsung memesan Lamb Chop, Beef Burger dan Apple Juice. Makanan di situ sangat lazat sekali sehingga Lisa sering berkunjung ke situ.

Sedang dia asyik makan, tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Dia melihat ada pesanan yang masuk.


Rosé
Lis, esok jangan lupa

Ye, aku ingat

Rosé
Bagus. Nanti jumpa dekat
Fire Mall

Okey, madam✌


Setelah selesai makan, Lisa pun bergegas untuk pulang ke rumah. Sedang dia asyik berjalan, dia merasakan ada orang yang mengikutinya dari belakang.

Dia mula ketakutan. Dia pun semakin mempercepatkan langkahnya. Namun, lelaki itu masih di belakangnya. Kerana terlalu takut, dia pun akhirnya menjerit.

" Tolong! Tolong say...!" teriakannya terpotong apabila lelaki itu menutup mulutnya dan menolaknya ke dinding di sebuah lorong gelap.

" Shhhh! Diam lah! Kau dah kenapa?" soal lelaki itu dengan nada kesal. Lisa menepis tangan lelaki itu yang menutup di mulutnya.

" Kau tu kenapa ikut aku?" bentak Lisa geram. Dia sungguh ketakutan tadi.

" Aku ikut kau? Jangan perasan, okey. Aku nak balik rumah aku lah," balas Ezra sambil menatap gadis yang dihadapannya itu.

" Hah? Ye ke? Aku tak pernah nampak kau pun dekat sini sebelum ni," soal Lisa tidak percaya. Ezra menghembuskan nafasnya kasar.

" Rumah aku dekat situ. Aku baru pindah hari ni," balas Ezra, lelah. Sudah lah dia masih letih kerana berkemas seharian, kini dia perlu berhadapan dengan gadis yang menjengkelkan hatinya ini pula.

" Eh, biar betul? Aku pun duduk dekat situ jugak," ujar Lisa terkejut. Ezra juga terkejut apabila mengetahui gadis itu tinggal di tempat yang sama dengannya.

" Biar betul? Kau tinggal dekat apartment mana? Tingkat berapa? Nombor berapa?" soal Ezra bertubi-tubi. Lisa tersenyum sinis.

" Buat apa aku beritahu kau? Entah-entah kau tipu je. Kau ni bukan boleh percaya sangat," ujar Lisa dengan berani. Ezra mula tersenyum jahat.

" Mulut kau ni memang tak pandai nak kawal kan?" ujar Ezra sambil jarinya mula mengusap bibir mungil gadis itu.

" Ish, apa pegang-pegang ni. Dah lah, sana. Aku nak balik," balas Lisa mula tidak selesa. Dia menolak keras tubuh lelaki itu dan berjalan pantas menjauhi tempat itu.

Namun, dia menyedari lelaki itu tetap berada di belakangnya walau bagaimana cara sekalipun dia cuba melarikan diri. Dia segera menekan lif. Namun, lelaki itu berjaya menahan lif itu dan memasukinya bersamanya.

" Apasal kau ikut aku?" soal Lisa sedikit ketakutan. Ezra hanya tersenyum tipis sambil bersandar di dinding lif.

" Kan aku dah cakap, yang aku tinggal dekat sini," balas lelaki itu sambil menatap gadis itu lama. Dia berasa seronok apabila melihat wajah ketakutan gadis itu.

" Ting!" lif berdenting. Lisa langsung berlari menuju ke apartment miliknya. Dia benar-benar risau jika lelaki itu mengikutinya lagi. Dengan kelam kabut, dia cuba membuka pintu rumah.

" Nampaknya kita berjiran," Lisa mendengar Ezra menegurnya. Lisa menoleh ke arah kanannya. Dia melihat Ezra sedang menatapnya sekilas sebelum lelaki itu masuk ke dalam rumahnya yang terletak di sebelah rumah Lisa. Gadis itu hanya mampu tergamam.

" Dugaan apakah ini?" bisik hatinya, lelah.


||───▫▪🌱 ·⭐ 👶 ⭐ ·🌱 ▪▫───||


Nota : Huhu, Ezra dah jadi jiran Lisa lah pulak. Apa akan jadi? Tunggu, ye. Teruskan sokong author, okey😙🌹

𝐁𝐚𝐛𝐲 🅐🅝🅓 𝐔𝐬 || 𝐏𝐈𝐍𝐊𝐎𝐍 || 𝓓𝓸𝓷𝓰𝓵𝓲𝓼  ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang