Bunyi ketukan pintu yang bertalu talu menganggu Farish yang sedang lena dibuai mimpi.
"TENGKU FARISH IRSHAD!! Bangunlah" jerit Puan Zakiah mengejut anak sulungnya itu.
"Ye ma, dah Rish dah bangun lah ni." Kata Farish menyahut namun matanya masih tertutup rapat dan masih lagi berada di atas katil.
"Farish, bangun dah pukul 7.00 ni sayang oii!"
"Hah?! Pukul 7.00? Mampus aku, janaham punya adik, kau tunggu Fareez!!" Rungut Farish lalu berlari ke dalam bilik air. Tergesa gesa dia bersiap untuk ke sekolah.
"Ma, Reez mana?" Tanya Farish sambil memakai kasut sekolahnya.
"Dah pergi sekolah lah, tu lah bangun lambat lagi. Nasib baik mama kejut, kalau tak terlajak sampai tak pergi sekolah lah kamu. Lain kali jangan tidur lepas solat subuh, kan dah lambat." Bebel Puan Zakiah.
"Bye ma, assalamualaikum." Farish berlari ke arah keretanya selepas menyalam tangan mamanya.
Tiba di sekolah, Farish tergesa gesa berlari menuju ke pagar sekolah. Mujurlah dia bertugas di pagar hari ini. Sedang dia berjalan menuju ke pagar, seseorang terlanggarnya sehinggakan dua dua terjatuh.
"Aduh! Woii kau takde mata ke ha?!" Marah Farish. Matanya tiba tiba memandang susuk tubuh yang melanggarnya itu.
"Siapa pulak minah ni? But cantik, eah tak tak." Kata Farish dalam hatinya.
"M-maafkan s-saya. S-saya tak sengaja." Kata perempuan itu sambil menunduk. Farish bingkas bangun sambil menepuk nepuk seluarnya. Dia menghulurkan tangannya.
"Cepatlah, nak aku tolong ke tak nak? Tak nak sudah." Kata Farish dingin.
"Terima kasih." Balas gadis itu. Farish sempat mengerling ke arah name tag yang tertera di tudung gadis itu.
"Farsya Ilma, hmm sedap jugak nama. Eah tapi kenapa aku tak pernah tengok minah ni?" Getus hatinya. Dia berjalan menuju ke pagar sekolah untuk menjalankan tugasnya.
Selesai bertugas, Farish menuju ke kelasnya. Kelas seperti biasa, bising bagaikan di pasar. Ice's prince mengangkat tangan memanggil Farish. Beberapa orang pelajar perempuan di dalam kelas itu tidak berkelip mata memandang Farish. Siapa tidak kenal Farish dan juga kawan kawannya ataupun lebih dikenali sebagai Ice's prince yang terdiri daripada 4 orang, mereka dikenali kerana rupa paras mereka yang mampu memukau pelajar perempuan. Dengan perwatakan mereka yang agak dingin membuatkan mereka digelar Ice's prince.
"Yow bro, eah asal tangan kau?" Tanya Haris, kawan baik Farish.
"Ada minah mana entah langgar aku tadi. Nak je aku ambik nama dia tu, tapi.."
"Tapi minah tu cantik?" Usik Adrian, sepupu kepada Farish.
"Takde makna nya cantik, biasa je aku tengok. Aku rasa minah tu budak baru, maybe form 3 or 4 kot. Kalau nak kata form 1 mustahil, sebab dia tak lah pendek sangat." Kata Farish.
"Mengutuk tu bro, jadi bini kau nanti padan muka." Usik Haiqal pula.
"Eah, sorry sikit. Memang tak lah." Jawab Farish
Cikgu Suhaila masuk ke kelas 5 Emerland, setelah memberi salam Cikgu Suhaila memberitahu mereka satu berita gembira.
"Ok kelas, harini ada pelajar baru yang akan masuk. Jadi cikgu tak nak dengar, yang ada orang buli dia. Pengawas yang dalam kelas ni, kamu semua mata mata cikgu tau. Ice's prince, make sure pelajar baru tu tak kena buli. Faham?" Kata Cikgu Suhaila bersuara lembut namun arahannya tegas.
"Faham cikgu." Jawab Adrian mewakili Ice's prince.
"Special sangat ke budak baru tu sampai kita kena make sure dia tak kena buli bagai." Bisik Haiqal.
YOU ARE READING
Bidadari Tengku Farish Irshad
Romance"Eah, berapa kali aku nak cakap dengan kau ha?! Kau memang dasar perempuan yang tak sedar diri patutnya dari dulu lagi aku ceraikan kau!" amarah Farish semakin membuak buak melihat muka Farsya. "kalau itu yang awak nak, ceraikan saya sekarang. Bebas...