BAB 29

284 21 0
                                    

"Syarat dia...awak kena masak my favourite food malam ni." Ujar Farish. Farsya tergelak. Hek eleh, setakat masak je pun kan. Bukan susah pun.

"Masak je? Boleh, tapi apa makanan favourite awak? Hehe, tak pernah tahu." Ujar Farsya.

"Pergi tanya mama. Okey? Janji eah, malam ni tau. Janji?" Ujar Farish.

"Ye cik abang sayang, janji. Masak je pun. No hal lah." Ujar Farsya. Farish tersenyum melihat Farsya. Finally dapat jugak rasa masakan isteri sendiri.

Farsya mencari Puan Zakiah hampir satu rumah namun tidak dijumpai. Dia ternampak Fareez sedang bermain telefon di ruang tamu. Erm boleh lah, adik dia kan. Mesti tahu.

"Reez..."panggil Farsya. Fareez memandang ke arah Farsya seketika lalu kembali memandang telefonnya.

"Ye kakak ipar ku yang cantik, nak apa?" Ujar Fareez. Farsya tersengih.

"Sya nak tanya boleh tak?" Tanya Farsya.

"Apa dia? Tanya je lah."

"Apa favourite food Farish?" Tanya Farsya berterus terang. Fareez memandang ke arah Farsya. Eah, bini pun tak tahu?

"Sya tak tahu ke? Teruk punya abang, bini sendiri tak nak bagitau. Ish ish ish. Makanan favourite dia...." ujar Fareez lalu membisikkan sesuatu kepada Farsya.

"Ouh, tak tipu eah ni? Betul betul kan ni?" Tanya Farsya inginkan kepastian. Almaklumlah, dua beradik ni kan suka mengusik.

"Ye betul, tak percaya pergi tanya mama. Mama ada dekat luar." Ujar Fareez lalu sambung bermain dengan telefonnya.

Farsya menuju ke pintu utama lalu dia mencari kelibat ibu mertuanya itu. Akhirnya jumpa jugak!

"Mama, Sya nak tanya sikit boleh tak?" Tanya Farsya.

"Boleh, apa dia tu?" Balas Puan Zakiah. Farsya tersenyum lalu duduk di hadapan Puan Zakiah.

"Betul ke ma, udang masak lemak favourite food Rish?" Tanya Farsya. Puan Zakiah tergelak mendengar pertanyaan menantunya itu.

"Haah betul lah tu. Kenapa tiba tiba tanya?" Ujar Puan Zakiah.

"Anak mama tu lah, dia mintak Sya masak dekat dia." Ujar Farsya. Nasib sayang.

"Ha, kalau nak masak udang masak lemak tu..masak lebih. Sebab favorite Fareez jugak tu." Ujar Puan Zakiah.

"Baik ma. Sya masuk dulu ya." Ujar Farsya lalu masuk ke dalam rumah.

Malam.

"Wow, lain macam malam ni. Ada apa apa ke?" Tanya Tengku Khairul. Puan Zakiah tersenyum sebelum mengangguk.

"Malam ni special sikit, sebab bukan saya yang masak udang ni. Tapi menantu abang yang masak." Ujar Puan Zakiah.

"Ni mesti Rish yang request kan? Sya tahu kan ni favourite dia?" Tanya Tengku Khairul. Farsya mengangguk mengiyakan.

"Ha tu dah turun tu." Ujar Puan Zakiah.

"Wow, patutlah tanya Reez makanan favourite Rish tadi. Rupanya nak masak malam ni. Hmm ni untuk Reez sekali kan, akak ipar ku cayang." Ujar Fareez sambil tersengih.

"Aip, ni aku sorang je. Kau nak, gi suruh future wife kau gi masak." Ujar Farish melarang adiknya itu untuk mengambil lauk udang masak lemak.

"Alo, boleh lah. Jangan kedekut ngan adik sendiri, ngak baik dong." Ujar Fareez.

Farsya, Tengku Khairul dan Puan Zakiah menggelengkan kepala mereka. Sebab makanan pun nak gaduh, haih.

"Share lah. Tak baik kedekut tau..share ea." Ujar Farsya. Farish mencebik tidak mahu.

"Eii mengada. Sejak bila ketua pengawas garunk ni manja ni?" Usik Farsya.

"Sejak kenal Tengku Farsya Ilma." Ujar Farish.

"Ehem, nak bersweet tu aku tak kisah walaupun jiwa single aku ni merana. Tapi..aku nak makan sekarang. Kalau kau tak nak masak lemak tu, bagi kat aku. Biar aku habiskan." Ujar Fareez.

"Eah dah lah menyibuk, pastu nak habis kan pulak. Nasib baik aku ni abang yang paling baik hati nak share dengan kau. Untung kau dapat abang macam aku ni tau." Ujar Farish selamba.

Suasana di meja makan itu akhirnya sunyi apabila kedua dua beradik itu diam. Aman dunia,fuhh.






Farsya membuka pintu lalu dia tersenyum melihat Farish tekun menyiapkan kerja sekolahnya. Dia menarik kerusi di sebelah Farish lalu duduk. Farsya memandang ke arah Farish. Kenapa eak dia hensem malam ni?

"Saya tahu saya handsome, jangan tenung macam tu. Malu." Ujar Farish shy shy cat.

"Eah dia malu lah, nak tenung lagi lah." Ujar Farsya. Farish menarik buku teks subjek Matematik lalu dijadikan penghadang.

"Mana boleh macam tu, saya tarik ea." Ujar Farsya lalu perlahan lahan menarik buku itu.

"Janganlah." Ujar Farish. Farsya masih mengusik suaminya.

"Eii bencilah macam ni. Tak nak kawan, huh." Ujar Farish berpura pura merajuk.

"Abang marah sayang ke?" Sengaja Farsya bertanya.

'"hmm" Farsya tersenyum memandang ke arah Farish.

"Abang jangan marah marah, takut nanti lekas tua. Nanti sayang cari yang lain." nyanyi Farsya.

"hmm lagu tiktok..dahlah sesuka hati je tukar lirik." ujar Farish tanpa memandang ke arah Farsya. Nak sambung merajuk.

"Eiii cute lah. Suami sape cute sangat ni."

"Suami Tengku Farsya Ilma." Ujar Farish selamba.

"Alihlah buku tu. By the way, dah maafkan saya kan?" Ujar Farsya. Farish memandang ke arah Farsya seketika lalu mengalih buku tadi.

"Hmm dah." Ujar Farish. Farsya tersenyum suka.

"Yeay. Okey nak tanya tu je tadi. Bye." Ujar Farsya lalu menuju ke katil. Farish mencebik.

"Cakap bye macam tidur bilik lain. Padahal satu bilik jugak." Ujar Farish.

"Kalau bye saya tu maksud dia lain macam mana?" Ujar Farsya. Farish mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Farsya.

"What do you mean? Bye yang macam mana?" Ujar Farish tidak faham.

"Nothing..good night. Jangan tidur lewat tau." Ujar Farsya lalu membaringkan badannya.

Farish masih memandang ke arah Farsya dengan hairan. Apa maksud isterinya ini? Bye maksud yang lain? Apa maksud dia?

Farish sambung menyiapkan homeworknya sambil memikirkan tentang kata kata Farsya.


To be continue...

Bidadari Tengku Farish IrshadWhere stories live. Discover now