BAB 13

382 29 1
                                    

Kedengaran suara dj radio memecah sunyi suasana dalam kereta itu. Farsya membuat halnya manakala Farish fokus pada pemanduannya. Fikirannya juga turut memikirkan apa yang diperkatakan oleh daddy-nya tadi.

[Flashback]

"Ada apa daddy?" Tanya Farish hairan.

"Daddy nak kamu berhati hati lepas ni." Ujar Tengku Khairul. Farish mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"Daddy, kenapa nak jumpa Reez tadi?" Tanya Fareez muncul dari dalam rumah.

"Daddy tak tahu apa yang akan berlaku selepas ni, but both of you need behave after this. Better always behave." Ujar Tengku Khairul.

"Wait, apa maksud daddy ni?" Hairan Farish.

"Sampai masa nanti, kamu berdua dan Sya akan tahu. But not now, okey. And Rish, jangan bagitau Sya hal ni." Ujar Tengku Khairul. Farish mengangguk faham.

"Daddy ada upah beberapa orang bodyguard untuk perhatikan kamu bertiga, but dari jauh." Ujar Tengku Khairul. Farish dan Fareez hanya mengangguk walaupun mereka berdua tidak faham apa yang sedang daddynya sampaikan.

Wahai otak, dimanakah engkau.

[End Flashback]




"Rish, kau okey tak?" Tanya Farsya. Dari tadi dia perasan lelaki itu seperti dalam masalah.

"Okey, kenapa?" Farish cuba berlagak selamba.

"Takde lah dari tadi aku tengok kau macam ada masalah. Daddy cakap apa dekat kau?" Farsya cuba mengorek rahsia dari Farish.

"Err, dia suruh bawak kereta elok elok tu je. Lepas tu ada lah hal laki, sibuk je." Ujar Farish. Farsya masih tidak berpuas hati dengan jawapan mamat kerek sebelahnya ni.

Kereta Farish memasuki perkarangan rumah Tengku Faizal. Beberapa orang yang sedang sibuk memasang khemah memandang ke arah mereka berdua seketika. Puan Dahlia dan Tengku Faizal menyambut kepulangan puteri bongsu mereka.

"Assalamualaikum ibu, papa." Ujar Farsya. Puan Dahlia dan Farsya berpelukan melepas rindu.

"Waalaikumussalam, jom masuk." Ajak Puan Dahlia.

"Ibu, along mana?" Tanya Farsya.

"Tu tengah makan tu." Ujar Puan Zakiah. Farsya terus memeluk abangnya dari belakang.

"Hello bakal pengantin!" Ujar Farsya riang. Fakhrul menolak adiknya menjauh.

"Geli tau tak." Ujar Fakhrul sambil menepuk nepuk bahunya.

"Ok fine! Tahulah tak rindu aku, aku je yang beria rindu kau." Ujar Farsya berpura pura merajuk.

"Alololo merajuk la tuew. Merajuk lah tak kisah pun." Ujar Fakhrul. Farsya menjelingnya sebelum mengangkat kaki menuju ke biliknya.

Farish tergelak melihat Farsya yang manja dengan abangnya.

"Tengok apa, pergi lah pujuk bini kau tu." Ujar Fakhrul.

"Eah, dia merajuk dengan kau bukan dengan aku. Aku naik bilik dulu lah." Ujar Farish lalu menuju ke bilik Farsya.




"Sya?" Farish menutup pintu bilik. Dia mencari Farsya satu bilik. Dia terkejut apabila Farsya tiba tiba keluar dari tandas. Farsya hampir terjatuh ke lantai namun Farish sempat menahan.

"Kau okey?" Tanya Farish lalu menarik Farsya supaya berdiri tegak semula. Farsya hanya mengangguk. Farish memandang ke arah Farsya, terasa ada yang pelik.

"Wait, kau cabut balutan tu ke? Dah okey ke tangan kau?" Tanya Farish.

"Dah tak sakit mana, cuma sakit lagi. Rimas lah dengan pembalut tu, tu yang aku cabut." Ujar Farsya. Farish sengaja memegang tangan Farsya.

Bidadari Tengku Farish IrshadWhere stories live. Discover now