Aisya menuju ke dapurnya lalu melihat nasi goreng siap terhidang di atas meja makan.
"Morningg" Ujar Farsya dengan senyuman yang sedikit manis.
"Awal bangun. Baru nak masak breakfast tadi." Ujar Aisya lalu menyedok nasi goreng ke dalam pinggan di hadapannya.
"Hmm kalau ye pun kau kebulur, bagilah nasi tu sejuk sikit. Baru keluar dari kuali tau tak." Ujar Farsya. Aisya tersengih kambing.
"Assalamualaikum, Aisya ooo Aisya gemuk" panggil seseorang dari luar pintu rumah Aisya.
Aisya membuka pintu lalu dia tercengang melihat 2 orang sahabatnya berdiri di hadapan pintu rumahnya sambil tersengih.
"Ha nak apa pagi pagi buta datang rumah aku ni?" Tanya Aisya.
"Nak lepak lah, alang alang tu aku nak breakfast kat rumah kau. Dah aku nak masuk." Ujar Riana lalu terus masuk ke dalam rumah diikuti dengan Syafiqah.
"Eah Sya? Kau ada dekat sini? Bila sampai?" Tanya Syafiqah terkejut.
"Semalam." Ujar Farsya
"Semalam? Rish bagi pulak kau tidur sini?" Ujar Syafiqah hairan. Farsya hanya berdiam diri.
"Aisya, aku naik bilik kejap tau. Korang makanlah dulu." Ujar Farsya lalu mendaki tangga menuju ke biliknya.
Syafiqah dan Riana saling berpandangan hairan dengan sikap Farsya.
Farsya berdiri di tingkap biliknya memandang ke luar. Air jernih, setitik demi setitik mengalir membasahi pipinya.
mengapakah cinta sering saja menghukumku
mungkin kerana ku amat mencintaimu
tuhan tunjukanlah aku jalan yang terbaik
agar dapat ku pertahankan cintaku ini
Farsya tidak dapat menahan perasaan yang terpendam dihatinya. Sungguh dirinya tidak mampu bertahan untuk berjauhan dengan suaminya. Namun apakan daya, demi rumah tangganya..dia sanggup berkorban hati dan perasaannya.
Syafiqah masuk ke dalam bilik Farsya yang tidak bertutup. Di sudut hatinya kuat mengatakan bahawa Farsya memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaannya. Dengan situasinya sekarang, sahabatnya adalah merupakan kekuatan untuk dirinya.
"Sya.." Panggil Syafiqah.
Farsya berjalan menuju ke sofa di penjuru biliknya itu diikuti dengan Syafiqah.
"Syaf, aku.."
"Shh..aku dah tahu cerita sebenar. Aisya dah ceritakan semuanya. Ye aku tahu, sakit untuk terima semua ni. Aku tahu, kau tak mampu berjauhan dengan Rish kan? And now, you miss him right?" Ujar Syafiqah. Farsya mengangguk lemah.
"Okey aku faham. Sekarang, apa yang mampu kau buat adalah berdoa dengan allah. Minta dekat allah, tabahkan hati kau." Ujar Syafiqah.
"But, he doesn't love me anymore Syaf. He hate me!" Ujar Farsya separuh tangisnya.
"Shh, don't say like that please. Sya, aku yakin..dia cintakan kau. Kau bidadari hati dia, hanya kau. Hanya kau yang layak dicintai oleh Farish. Just only you." Ujar Syafiqah.
"Dah, jom kita pergi makan nak? Muka kau tu pucat sangat tu. Nanti sakit, sape susah?" Ujar Syafiqah. Farsya memaksa dirinya untuk bangun. Tiba tiba Farsya tidak dapat seimbangkan badannya dan jatuh ke lantai. Syafiqah menjerit terkejut.
"Eah Sya! Riana, Aisya!!" Jerit Syafiqah. Riana dan Aisya berlari dari bawah menuju ke bilik Farsya.
"Eah ya allah, Sya bangun Sya." Ujar Aisya sambil menepuk nepuk pipi Farsya supaya sedarkan diri namun tiada sebarang reaksi.
YOU ARE READING
Bidadari Tengku Farish Irshad
Romance"Eah, berapa kali aku nak cakap dengan kau ha?! Kau memang dasar perempuan yang tak sedar diri patutnya dari dulu lagi aku ceraikan kau!" amarah Farish semakin membuak buak melihat muka Farsya. "kalau itu yang awak nak, ceraikan saya sekarang. Bebas...