Pelajar Nive Highschool yang menyertai program berkhemah, mengemas barang barang mereka. Selesai berkemas, aktiviti bebas diadakan sementara menunggu arahan cikgu supaya masuk ke dalam bas.
Black roses melarang Farsya untuk bergerak jauh.
"Hai..masam je muka tu kenapa?" Tanya Farish.
"Bosan! Arahan dari 3 orang tu ha, diorang tak bagi bergerak or aktif sangat." Ujar Farsya. Farish tersenyum melihat isterinya itu. Alolo sian dia.
"Sian dia, sabar ea. 2 jam lagi..saya teman sayang dekat sini." Ujar Farish lalu bangun dari duduknya.
"Ha tengok tu, tinggal sayang sorang dekat sini. Kata nak teman!" Ujar Farsya.
"Saya nak pergi amik phone lah. Tak lama pun sayang, 3 minit pun tak sampai. Jap." Ujar Farish. Farsya menahan malu. Ha padan muka!
Tidak lama selepas itu Farish muncul. Farsya mengalihkan pandangannya ke arah lain. Farish masih lagi pandang ke arahnya.
"Apa pandang pandang?"
"Pandang bini sendiri pun salah? Hmm takpe lah, tak pandang dah. Tinggal lah awak sorang dekat sini, bye." Ujar Farish berpura pura merajuk.
"Eah, janganlah. Sayang bosan tau tak. Jangan lah merajuk, please." Pujuk Farsya. Farish masih lagi tidak pandang ke arah Farsya. Mengada!
"Tengok tu, saje lah tu nak merajuk? Eiiii mengada lah dia ni! Janganlah merajuk, please."
"Boleh kalau tak nak saya merajuk, tapi..ada syarat." Ujar Farish.
"Okey apa syarat dia?"
"Dalam bas nanti duduk sebelah saya." Ujar Farish selamba. Lama Farsya mendiamkan diri sebelum mengangguk perlahan. Tersenyum lebar Ketua Pengawas kesayangan readers ni.
Cikgu Syarif mengarahkan semua Pelajar Highschool masuk ke dalam bas setelah mengisi beg beg mereka dalam perut bas. Syafiqah membantu Farsya untuk naik tangga lalu dia mengajak Farsya duduk di sebelahnya. Namun Farsya menolak apabila Farish berdehem.
"Syaf, sorry tau. Tapi aku dah janji dengan orang tu." Ujar Farsya serba salah. Syafiqah menjeling Farish.
"Hmm ye lah. Takpe aku okey je, well aku still boleh kacau kau. Sebab kau depan aku je." Ujar Syafiqah. Farsya duduk di tepi tingkap.
Beberapa orang Pelajar Highschool yang berada dalam bas itu sudah tertidur kerana kepenatan. Farish meletakkan earphonenya di telinga untuk menghilangkan bosan. Dia sedikit terkejut apabila kepala Farsya terkena bahunya.
"Lah, patutlah diam. Tidur rupanya." Ujar Farish sendirian. Dia mendekatkan sedikit badannya lalu dia menarik perlahan lahan kepala Farsya.
Bas berhenti di kawasan sekolah. Cikgu cikgu yang berada di hadapan mengejutkan seorang demi seorang anak murid mereka yang sedang dibuai mimpi. Farish terjaga dari lenanya lalu cepat cepat mengejut Farsya. Kalau cikgu sampai dulu, mampus kantoi.
"Sya, sya..sayang bangun." Farish menggoyangkan sedikit tubuh Farsya supaya gadis itu sedar.Farsya menggosok matanya. Lalu dia memandang ke arah Farish.
"Kenapa?" Tanya Farsya mamai. Farish tersenyum melihat Farsya. Alahai tengah mamai pun comel.
"Bangun sayang, dah sampai." Ujar Farish.
"Yang belakang semua dah bangun?" Tanya Cikgu Suhaila. Farish mengangguk tanpa memeriksa terlebih dahulu.
"Oii tak semua! Ni mangkuk hayun ni tak bangun lagi." Ujar Haris sambil menunjukkan ke arah Fareez yang sedang tidur.
YOU ARE READING
Bidadari Tengku Farish Irshad
Romance"Eah, berapa kali aku nak cakap dengan kau ha?! Kau memang dasar perempuan yang tak sedar diri patutnya dari dulu lagi aku ceraikan kau!" amarah Farish semakin membuak buak melihat muka Farsya. "kalau itu yang awak nak, ceraikan saya sekarang. Bebas...