BAB 6

401 23 0
                                    

Farsya mengurung dirinya dalam bilik. Hari ini, dia bakal berjumpa dengan keluarga mertuanya. Phone nya tidak lekang dari tangan. Dari tadi dia main Ig dan scroll tiktok. Budak zaman sekarang tak lepas dengan tiktok hehehhe.

"Sya, ibu panggil." Fakhrul mengetuk pintu bilik adiknya. Farsya mengeluh perlahan sebelum membuka pintu biliknya.

"Perlu ke aku tunjuk muka? Malas lah." Ujar Farsya. Fakhrul memandang adiknya tidak puas hati.

"Kau jangan cari pasal. Jangan nak mengada ngada cepat pergi pakai tudung lepas tu turun. Aku bagi masa 3 minit." Ujar Fakhrul lalu menuruni tangga. Farsya mengeluh perlahan.

"Kejap lagi dia turun bu, dia tengah pakai tudung." Ujar Fakhrul. Puan Dahlia mengangguk faham.

"Ha tu dah turun." Tegur Puan Zakiah menunjukkan ke arah Farsya yang sedang menuruni tangga.

Farsya memaniskan mukanya lalu menyalam tangan Puan Zakiah.

"Sya, ni kawan papa dengan ibu. Uncle Khairul dengan Aunty Zakiah." Ujar Tengku Faizal memperkenalkan kawannya kepada Farsya. Farsya hanya tersenyum manis yang dibuat buat untuk menyedapkan hati kedua dua belah pihak.

"Sya sekolah dekat mana?" Tanya Tengku Khairul.

"Dekat Nive Highschool uncle." Ujar Farsya dengan sopan dan lembut. Jelas lagikan nyata Tengku Khairul dan Puan Zakiah terkejut.

"Nive Highschool? Jadi, Sya dah kenal ke anak aunty?" Tanya Puan Zakiah pula. Hampir luruh jantung Farsya apabila dapat tahu bahawa bakal suaminya juga bersekolah di situ. Dia kenal? Siapakah orang itu?

"Siapa nama lelaki tu wey?" Bisik Farsya kepada Fakhrul. Fakhrul tersenyum sinis lalu memandang ke arah ibunya.

"Ibu, Sya tanya siapa nama bakal suami dia tu." Ujar Fakhrul selamba. Farsya terasa pipinya mula merah akibat malu.

"Sya malu ya? Nama anak aunty, Farish. Tengku Farish Irshad." Terkejut Farsya apabila sudah tahu nama penuh bakal suaminya.

Apakah? Mimpi atau reality? Aku memang dengar depan mata ke aku tengah angau? Readers tampar aku jap, nak tahu ni reality ke fantasi. Musuh jadi suami? Apakah?! Aku taknak!

"Aku tak mimpi kan?" Tanya Farsya kepada Fakhrul.

"Kau nak aku tampar kau ke macam mana ni? Ni bukan mimpi Sya, betullah bakal suami kau tu nama dia Farish. Kenapa? Kau kenal ke?"

"Kenal lah. Dia musuh pertama aku dekat sekolah tu. Dah lah classmate pulak tu."

"Sya kenal ke dengan Rish?" Tanya Puan Zakiah.

"K-kenal aunty. Sya satu kelas dengan Rish." Ujar Farsya perlahan.

"Lah baguslah kalau dah saling kenal. " ujar Puan Zakiah diakhiri senyuman.

Memang bagus! Musuh ketat jadi suami? Mimpi kah? Boleh tak aku nak lari time aku tunang nanti?, gumam Farsya.








Keesokannya...

"Hai Sya." Tegur Syafiqah.

"Hai, happy harini? Ada apa apa ke?" Tanya Farsya. Syafiqah tersengih kambing depan Aira dan Farsya.

"Bukan setiap hari ke aku happy?" Ragu Syafiqah.

"Memanhlah setiap hari kau happy, cuma..harini lain sangat happy tu." Ujar Farsya. Aira menjeling Syafiqah yang sedang tersipu malu anjing.

"Kau tak payah nak malu malu anjing sangat lah, menyampah aku. Eii geli pulak aku duduk sini. Kenapa lah aku tak bertugas harini." Ujar Aira. Farsya memerah otaknya, apa yang dia tertinggal?

Bidadari Tengku Farish IrshadWhere stories live. Discover now