Farish membuka pintu bilik lalu meletakkan dulang yang berisi makanan di atas meja tepi katilnya.
"Sya,jom makan. Dari semalam kau tak makan apa apa." Ujar Farish risau.
Farsya menggeleng tidak mahu.
"Sya, hey..makanlah sikit. Kalau ibu ada, mesti dia sedih kalau kau tak makan. Makan ea? Aku suapkan." Ujar Farish lalu menyuakan sudu yang dipenuhi dengan nasi ke arah mulut Farsya. Namun Farsya tidak membuka mulutnya.
"Sya, please. Kalau kau sakit nanti macam mana? Makan lah, sikit je. Please..." rayu Farish. Namun Farsya tetap berdegil tidak mahu membuka mulutnya.
Bunyi ketukan pintu mengalih perhatian Farish.
"Rish, boleh kitaorang masuk?" Tanya Syafiqah meminta izin. Orang dah bersuami, kenalah minta izin. Kalau sahabatnya itu masih single, mereka main terjah masuk je.
"Masuk lah." Ujar Farish.
"Sya makan tak?" Tanya Aisya perlahan. Farish menggelengkan kepalanya menandakan tidak.
"Kalau kitaorang cuba pujuk dia boleh?" Ujar Riana memberi cadangan. Farish mengangguk mengizinkan.
"Kalau dia makan, nanti korang letak je dulang ni atas meja tu tau. Korang pujuk lah dia dulu. Apa apa panggil aku kat bawah." Ujar Farish sebelum keluar dari bilik itu. Black roses mengangguk lalu mengalihkan perhatian mereka kepada Farsya.
"Sya, makan sikit nak? Please.." ujar Aisya memujuk Farsya.
"Sya, jangan macam ni. Ya aku tahu kau sedih atas kehilangan ibu dengan papa kau. Tapi, kau janganlah macam ni. Cuba kau bayangkan reaksi arwah ibu kau bila tengok kau macam ni. Kau tak kesian kan arwah ibu kau?" Ujar Syafiqah.
"Betul cakap Syaf tu, kalau kau kesiankan arwah ibu kau..kau kena makan. Pilih 3 orang kakak pungut depan kau ni. Kau nak sape suap?" Tanya Riana. Sengaja dia mahu menceriakan suasana.
"Gilir gilirlah, meh aku suapkan dulu. Cepat cepat, bukak mulut. Aaaaa" ujar Syafiqah melayani Farsya seperti budak kecil. Akhirnya Farsya membuka mulutnya. Syafiqah tersenyum suka melihat Farsya sudah mula makan.
Syafiqah menghulurkan pinggan kepada Aisya. Aisya menyambut pinggan itu lalu disuakan sudu yang berisi nasi ke dalam mulut Farsya. Kini giliran Riana pula.
"Nah, bukak mulut cepat. Aku nak kau jadi macam dulu balik, ceria..suka kacau kami. And..banyak soalan kitaorang nak tanya kau." Ujar Riana sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut Farsya.
"Sampai hati kau tak bagitau kitaorang yang kau dengan Rish dah kahwin." Ujar Syafiqah berpura pura sedih. Farsya hanya tersenyum memandang Syafiqah.
"Nanti aku cerita dekat korang ea..dari A sampai Z aku cerita." Ujar Farsya. Ketiga tiga sahabatnya mengangguk setuju. Mereka bertiga tidak paksa untuk Farsya bercerita, mereka hanya mahu menceriakan Farsya.
Syafiqah membawa dulang ke dapur. Dia terserempak dengan Farish.
"Kan aku suruh kau letak je dalam bilik tu. Kenapa kau bawak jugak?" Tanya Farish.
"Biarlah, aku rajin nak bawak. By the way nak bagitau, Sya tengah tidur." Ujar Syafiqah sebelum menuju ke sinki dapur.
Farish menuju ke ruang tamu, dia memandang ke arah Aisya dan Riana.
"Berjaya ke korang pujuk dia tadi?" Tanya Farish. Tidak sempat dia mengusya pinggan di dalam dulang yang di bawa oleh Syafiqah tadi.
"Well, ni black roses lah. Kau jangan risau, lepas ni kau suap je dalam mulut dia tu. Kitaorang dah jampi dia tadi." Ujar Riana selamba.
![](https://img.wattpad.com/cover/276606406-288-k319398.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari Tengku Farish Irshad
Romansa"Eah, berapa kali aku nak cakap dengan kau ha?! Kau memang dasar perempuan yang tak sedar diri patutnya dari dulu lagi aku ceraikan kau!" amarah Farish semakin membuak buak melihat muka Farsya. "kalau itu yang awak nak, ceraikan saya sekarang. Bebas...