Black roses sedang bergelak ketawa. Syafiqah dan Riana menumpang tempat duduk Haris dan Haiqal. Ice's prince pergi bertugas walaupun sebenarnya masing masing malas. Sedang mereka bergelak ketawa, seseorang menegur mereka berempat.
"Hai korang, hai Sya. Happy nya korang." Ujar Iqram. Serta merta gelak tawa mereka terhenti. Aisya dan Farsya mengalihkan pandangan mereka ke arah lain.
"Kenapa korang diam? Korang takut ke? Janganlah takut, aku baik lah. Kan Sya?" Ujar Iqram sedikit tersenyum. Dia berharap Farsya membalas pertanyaannya namun sepatah perkataan pun tidak jawab oleh Farsya. Iqram masih tidak berputus asa. Dia tahu Farsya mungkin tidak akan layannya namun sekarang, hatinya sudah mula suka pada gadis yang duduk di kerusi Farish. Iaitu Aisya.
"Dari semalam aku tanya nama korang tiga. Bagitaulah nama, at least aku tahu nama classmate aku sendiri." Ujar Iqram. Syafiqah membuat muka menyampah mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Entah mengapa tapi dia memang tidak suka akan lelaki itu.
"Tak sangka pulak kau BUTA. Terang terang kitaorang semua pakai name tag. Ke kau nak kitaorang junjung name tag ni atas kepala?" Ujar Syafiqah dingin.
"Hehe, tak perasan. By the way, kau ni memang garang ke Fiqah?" Ujar Iqram sesuka hati memberi nama gelaran kepada Syafiqah.
"Siapa Fiqah? Aku ke? Eah, takde sape pernah guna nama Fiqah tu tau tak." Ujar Syafiqah.
"Kalau macam tu baguslah, aku orang first panggil kau Fiqah." Ujar Iqram.
"Kalau takde sape guna, maksudnya..AKU. TAK. SUKA. DENGAN. NAMA PANGGILAN TU. FAHAM?" Ujar Syafiqah meninggikan sedikit suaranya. Black roses pantas menenangkan Syafiqah.
Ice's prince berlari masuk ke kelas apabila terdengar suara Syafiqah yang sedikit tinggi. Haris terus menuju ke arah Syafiqah.
"Syaf, awak okey tak ni? Kenapa ni?" Tanya Haris risau. Dia memandang ke arah Iqram lalu ditenungnya bagaikan mahu ditelan.
"Kau buat apa ha?! Kalau kau tak kacau geng diorang ni tak boleh ke?" Ujar Haris geram.
"Sabar Ris." Ujar Haiqal menenangkan kawannya itu. Farish menuju ke arah Farsya.
"Dah tahu kau tu budak baru, jangan nak buat hal lah. Kau ingat, kau budak baru kitaorang kena layan kau macam putera diraja lah? Huh, kalau kau nak layanan macam tu..kau boleh pergi sekolah bapak kau." Ujar Farish dingin.
"Mana lah aku tahu dia tak suka panggilan nama tu. Lagipun salah ke kalau aku nak kenal and rapat dengan classmate sendiri? Tak salah pun kan?" Ujar Iqram mahu membela diri.
"Salah. But just untuk kau je! Kau ingat kitaorang bodoh ke? Kau nak rapat sengan diorang sebab Sya kan? Sya berkawan dengan diorang. Kau nak dekatkan diri kau dengan Sya. And kau nak berkenalan lebih rapat dengan Aisya, kan? Kitaorang tak bodoh lah Iqram Huzaimi!" Ujar Adrian. Dari semalam dia menyimpan geram terhadap lelaki ini di dalam hati.
"Better kau pergi kat kerusi kau before kitaorang jadi syaitan." Ujar Haiqal sambil merenung tajam je arah Iqram. Iqram tersenyum sinis lalu menuju ke kerusi nya.
Kelas yang tadi senyap sunyi kembali bising apabila Ice's prince memandang ke arah satu kelas. Faham dengan isyarat Ice's prince. Lebih baik mereka berpura pura tidak nampak perbahasan tadi before 4 orang putera ni jadi syaitan yang sememangnya syaitan tu..but hanya pada lelaki ya anuck ii sekalian.
"Sayang okey tak? Dia kacau awak ke?" Tanya Farish risau.
"Okey." Ujar Farsya. Farish tersenyum lega.
"Korang okey tak?" Tanya Farish kepada Aisya,Syafiqah dan Riana.
"Okey."
Skip.
YOU ARE READING
Bidadari Tengku Farish Irshad
Любовные романы"Eah, berapa kali aku nak cakap dengan kau ha?! Kau memang dasar perempuan yang tak sedar diri patutnya dari dulu lagi aku ceraikan kau!" amarah Farish semakin membuak buak melihat muka Farsya. "kalau itu yang awak nak, ceraikan saya sekarang. Bebas...