BAB 23

350 19 6
                                    

2 bulan kemudian...

Farsya sudah mula terima kenyataan dan takdir. Namun hatinya tetap merasakan kehilanga insan tersayang. Walau apa pun, hidupnya harus diteruskan. Masih ada menyayanginya, dan juga yang setia di sisinya iaitu Tengku Farish Irshad.

"Hoii Cik Farsya oii, termenung apa tu." Tegur Syafiqah membuatkan Farsya terkejut.

"Kau ni kan! Nasib baik aku takde heart attack, kalau tak dah lama aku mati kat sini." Ujar Farsya geram dengan Syafiqah.

"Hehe, sorry. Dah kau tu termenung dari tadi. Teringat sape? Cik suami ke? Tak jauh pun, dia depan kau je. Selang dua meja je." Ujar Syafiqah mengusik Farsya. Farsya pantas mencubit lengan Syafiqah.

"Sakit ngok! Ala, bukan orang dengar pun. Aku ni ada masa jugak telan mic." Ujar Syafiqah.

"So selama ni kau pernah telan mic lah? Patutlah mic kat sekolah ni selalu hilang, rupanya dalam perut kau." Ujar Aisya lalu meletakkan begnya di sebelah Farsya. Sejak pemergian Aira, Aisya mengambil keputusan untuk duduk di sebelah Farsya.

"Ana mana?" Tanya Farsya hairan.

"Ouh, dia dating kot." Ujar Aisya selamba. Membulat mata Syafiqah dan Farsya mendengar kata kata Aisya.

"Betul betul lah."

"Nak tahu betul atau tak..kau tengok sape baru masuk tu. Dah macam belangkas aku tengok. Lagi teruk dari orang yang dah kahwin aku tengok." Ujar Aisya. Syafiqah dan Farsya memandang ke arah pintu kelas.

Haiqal dan Riana masuk ke dalam kelas 5 Emerland serentak.

"Ehem, lambat bertugas? Aku rasa, kau check blok B je. Bukan satu sekolah." Tegur Farish selamba.

"Aku...sakit perut. Pergi tandas jap tadi." Ujar Haiqal mencari alasan.

"Ouh pergi tandas. Heh, kau ingat kitaorang 3 orang kat sini buta ke? Kitoarang nampak kau masuk kelas dengan Ana." Ujar Haris. Haiqal hanya tersengih lalu menuju ke mejanya.

Skip.(dekat rumah)

"Assalamualaikum mama."

"Waalaikumussalam, hmm balik dah. Pergi masuk bilik, mandi lepstu rest dulu ya. Nanti mama panggil." Ujar Puan Zakiah.

Selepas pemergian Tengku Faizal dan Puan Dahlia..Puan Zakiah memberi cadangan agar Farsya duduk bersamanya. Fakhrul bersetuju dengan cadangan Puan Zakiah. Bukan dia tidak mahu menjaga adiknya,namun..dirinya sekarang sedang mengambil alih company arwah papanya. Outstation sana sini.

"Mama nak masak ke? Sya tolong mama lah, kejap lagi Sya turun balik." Ujar Farsya. Pantas Puan Zakiah menghalang menantunya itu.

"Eah, tak payah. Pergi rehat,takpe mama tak kisah pun. Sya rehat dulu ya." Ujar Puan Zakiah. Farsya mengangguk pasrah.

Pintu bilik dibuka lalu Farsya merebahkan dirinya di atas katil. Farish menggelengkan kepalanya melihat Farsya yang hampir terlelap.

"Sya sayang,pergi lah mandi dulu. Lepas mandi baru tidur." Ujar Farish. Farsya menggeleng tanda tidak mahu.

"Malaslah. 5 minit please." Rayu Farsya. Farish tersenyum sebelum menyilangkan tangannya ke dada.

"Now or..erm.." sengaja Farish meleretkan kata katanya. Farsya terus bangun lalu menuju ke bilik air.

"Eah, tadi kata malas mandi." Ujar Farish sengaja mahu mengusik.

"Lebih rela mandi dari layan perangai orang yang terpeluk buluh ni." Ujar Farsya lalu meloloskan diri ke dalam bilik air.

Farish mengerutkan dahinya. Bila masa aku peluk buluh? Mana datangnya buluh ni, pergi hutan pun tak pernah. Ni kan pulak nak peluk buluh. Buluh kan miang, mana boleh peluk.


Bidadari Tengku Farish IrshadWhere stories live. Discover now