Farsya mengunci keretanya lalu mencari tempat duduk yang sesuai untuk dirinya bersendirian.
Angin lembut bertiup membuatkan Farsya melayan perasaannya yang terbuku di hati.
"Saya rela berjauhan dengan awak, walaupun hati berat untuk tinggalkan awak. Demi hubungan kita, saya rela. Saya harap, dengan cara ni..hubungan kita kembali macam dulu." Ujar Farsya dalam hatinya.
Tanpa sedar, air jernih mengalir membasahi pipinya. Semakin lama, semakin deras air matanya mengalir.
Aisya berlari menuju ke arah Farsya.
"Sya!" Panggil Aisya.
"Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Tanya Farsya.
"Kau lupa ke? Ni kan tempat kita selalu lepak dulu. Aku yakin kau ada dekat sini." Ujar Aisya. Farsya hanya tersenyum nipis.
"Jom balik?" Farsya menggelengkan kepalanya.
"Sya, kau tak kesian ke tengok mama tadi?" Tanya Adrian
"Kesian, tapi..kalau aku ada dalam rumah tu masalah ni takkan selesai. Masalah ni akan makin keruh Ad." Ujar Farsya lemah.
"Habis, kau ingat dengan cara ni masalah boleh selesai?" Ujar Aisya.
"Dia yang mintak aku keluar dari rumah tu, mungkin itu jalan penyelesaiannya." Ujar Farsya.
"Tu bukan jalan penyelesaiannya Sya. Jangan dengar apa yang orang takde otak tu cakap dekat kau." Ujar Fareez tanpa perasaan. Apa? Betullah orang macam tu takde otak. Kalau dia ada otak, dia takkan buat perangai macam tu. Orang yang ada otak, akan bincang elok elok..cari dulu maklumat yang kukuh.
"Reez, orang yang kau cakap tu..abang kandung kau tau. Suami Sya. Biarlah buruk mana pun perangai dia, dia tetap suami Sya. Sya tak ambik hati pun dengan apa yang dia cakap." Ujar Farsya.
"Abang? Eah, dia bukan abang aku selagi kau tak masuk balik dalam rumah tu. Aku takde abang macam tu. Abang aku, orangnya ada otak. Apa apa masalah mesti bincang dulu. Tadi tu bukan abang aku." Ujar Fareez.
"Dah tu sape?"
"Entah, setan kot. Setan bertanduk sepuluh." Ujar Fareez selamba. Farsya tergelak kecil mendengar loyang buruk adik iparnya.
"Sya, kau memang tak nak balik ke ni?" Tanya Adrian.
"Ye. Pasal mama tu, nanti aku call lah dia. Korang janganlah risau, aku okey je."Ujar Farsya.
"2 mangkuk ni kau boleh tipu, tapi aku kau tak boleh tipu. Aku tahu, kau tak tahu nak pergi mana kan?" Ujar Aisya. Adrian mengetap gigi menahan geram.
"Apa dia? Cakap lagi sekali, tak dengar lah." Ujar Adrian. Aisya menjelirkan lidahnya menganjing Adrian.
"Korang ni, bila nak ke jinjang pelamin?" Tanya Farsya selamba. Aisya tersedak air liur mendengar pertanyaan kawannya.
"Tengoklah, hujung bulan ni kot." Ujar Adrian.
"Ouh, kalau aku panjang umur..aku datang majlis korang." Ujar Farsya. Aisya menepuk bahu Farsya dengan geram.
"Kau mengarut apa ni Sya?!" Marah Aisya. Farsya tergelak kecil.
"Takde apa lah, eah dah nak malam ni. Aku gerak dulu lah eah." Ujar Farsya.
"Kau nak stay dekat mana Sya?" Tanya Aisya
"Pandai lah aku cari hotel ke, tak pun aku balik rumah abang aku." Ujar Farsya.
"Tak payahlah, nanti kau kena jawab banyak soalan pulak dengan abang kau. Tinggal dengan aku je lah dekat rumah aku tu." Ujar Aisya.

YOU ARE READING
Bidadari Tengku Farish Irshad
Romance"Eah, berapa kali aku nak cakap dengan kau ha?! Kau memang dasar perempuan yang tak sedar diri patutnya dari dulu lagi aku ceraikan kau!" amarah Farish semakin membuak buak melihat muka Farsya. "kalau itu yang awak nak, ceraikan saya sekarang. Bebas...