BAB 47

389 14 3
                                    

Kelopak mata dibuka dengan perlahan lahan. Silauan dari cahaya lampu yang melekat di dinding menyukarkan mata untuk melihat.

Farish memandang sekelilingnya. "Rish, kau dah sedar?" Tanya Fareez diikuti dengan senyuman.

"Kau dekat hospital sekarang..tadi kau pengsan." Ujar Fareez lagi.

"Mana Sya? Tolong cakap dekat aku..yang aku hanya bermimpi selama ni. Please." Ujar Farish bertanya tentang isterinya.

Fareez terkaku dan terdiam. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan situasi yang sebenarnya.

"Rish..kamu tak bermimpi nak. Sya memang dah pergi meninggalkan kita semua." Ujar Puan Zakiah sebak. Perasaan di hati nya tidak dapat di tahan lagi apabila melihat anak sulungnya begitu ditambah pula dengan berita mengenai menantunya. Entah hilang ataupun menjadi mangsa korban dalam kebakaran.

"Tak! Mama tipu! Rish tahu..korang semua sorok Sya kan? Sya tak nak jumpa Rish sebab dia marahkan Rish lagi. Korang semua tipu Rish kan?! Sya ada je lagi." Ujar Farish tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh mamanya.

Adrian terus memeluk sepupunya supaya bertenang. "Kau jangan macam ni bro. Kesian dekat Sya, tak tenang dia dekat sana nanti. Kau dengan Sya dah berpisah di antara dua alam. Kau kena terima ketentuan tuhan." Ujar Adrian.

Farish menitiskan air matanya. Air mata kekesalan di atas segala perbuatannya selama ini terhadap orang yang paling dicintainya dan kesedihan di atas kehilangan orang yang dia sayang.

"Aku tak percaya Sya dah mati. Dia still hidup." Ujar Farish masih tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Adrian.

Fareez hanya menatap sedih ke arah abangnya. Tidak sanggup dia melihat keadaan abangnya sebegitu, dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu.

Kakinya diangkat lalu menuju ke tingkap koridor hospital itu. Fareez memeluk tubuh memikirkan peristiwa pahit dan hitam yang berlaku dalam hidupnya.

"Maafkan aku Sya. Kau tak sepatutnya berada di sana..aku yang patut ada dekat sana. Tapi..kenapa kau yang ambil tempat aku di sana? Sya kau dah janji dengan aku nak jaga Rish. Kau dah janji Sya." Rintih hati kecil Fareez. Fareez sedikit tersentak apabila seseorang menepuk bahunya dari belakang.

"Kau jangan salahkan diri kau bro. Aku tahu, jauh dalam sudut hati kau tu..kau salahkan diri kau atas kematian Sya. Takdir tuhan takde sape tahu Reez. Andai dah tertulis Sya akan pergi dengan cara macam tu..ia tetap akan berlaku. Kita sebagai manusia yang menjadi hamba allah ni kena terima segala ketentuan dan takdir allah." Ujar Haris.

"Tapi, memang salah aku. Sepatutnya aku suruh dia keluar dulu. Sepatutnya dia kena ada dekat depan aku. Memang salah aku Haris." Ujar Fareez sambil menitiskan air matanya.

"Bukan salah kau..kematian adik aku bukan disebabkan kau. Tapi kerana takdir allah. Allah dah tentukan dia akan pergi tinggalkan kita semua. Dah ditakdirkan yang kita semua akan berpisah dengan dia." Ujar Fakhrul.

"Aku minta maaf sebab gagal jaga adik kau. Aku minta maaf disebabkan aku..kau kehilangan adik kau." Ujar Fareez tidak henti henti menyalahkan dirinya.

"Berhenti minta maaf dengan aku! Kau tak salah. Macam aku cakap tadi, ni semua ketentuan tuhan. Sya mati bukan sebab kau. Tapi sebab ajal dia dah sampai." Ujar Fakhrul.

Sakit? Teramat sakit. Kini, hanya tinggal dirinya dalam keluarga yang dulunya sempurna. Selepas kematian Papa dan ibunya, dia hanya ada satu satunya adik yang paling disayanginya. Akan tetapi..kini? Hanyalah tinggal Alya Hanani, bidadari hatinya.





















3 bulan kemudian...

Pintu diketuk dari luar lalu dibuka. Mata melilau mencari kelibat orang yang sepatutnya berada dalam bilik itu.

"Rish!" Ujar Fareez sambil memeluk abangnya dari belakang. Farish hanya tersenyum nipis dengan perbuatan adiknya itu.

"Kau ni dah lah berat, dasar budak gemuk!" Ujar Farish mengusik adiknya.

"Eii aku tak gemuk okey? Kau yang gemuk." Usik Fareez balik. Farish hanya menjeling adiknya.

"Erm kenapa kau duduk dekat luar? Kau masih ingatkan dia? Kau rindu dia?" Tanya Fareez dengan penuh berhati hati.

"Hmm tipulah kalau aku tak rindu dia. Dia satu satunya bidadari hati aku. Dah 3 bulan dia tinggalkan kita semua. Tapi aku still tak boleh lupakan dia. Setiap malam aku mimpi dia, Reez." Ujar Farish diakhiri dengan senyuman. Namun Fareez mengerti senyuman yang terukir di bibir abangnya itu hanya berpura pura.

"Erm, kau tak perlu pun lupakan dia. Cuma kau perlu berhenti berharap untuk dia kembali. Sebab antara kau dengan dia...korang dah terpisah di antara dua alam." Ujar Fareez.

"Selagi jasad dia takde depan mata aku, selagi tu aku tak percaya yang dia memang dah mati." Ujar Farish. Fareez hanya diam. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab.

"Erm Rish macam mana dengan permintaan dia tu? Kau sanggup ke nak tunaikan?" Tanya Fareez

"Tentang tu..petang ni aku dengan Syaf berbincang." Ujar Farish perlahan.



"Sorry lambat. By the way, aku nak tanya something. Apa kena mengena aku dalam perbincangan korang berdua?" Tanya Haris hairan. Syafiqah dan Farish saling memandang antara satu sama lain.

"Ada. Kau adalah orang yang wajib untuk ada dalam perbincangan kitaorang dua. Kau tunang Syaf, so kau wajib ada dekat sini." Ujar Farish. Haris hanya mendiamkan diri.

"Okey dengar ni. Walau apa pun yang terjadi..aku tak nak kahwin dengan kau Rish. Aku takkan sesekali terima kau because I'm not love you! Pasal surat tu aku rasa kita boleh je tak setuju, but kita kena buat suratlah." Ujar Syafiqah membuat keputusan.

"Aku pun nak buat surat tak setuju. So, keputusan kita tak setuju ok?" Tanya Farish memastikan keputusan itu betul.

"Farish..aku..aku dah buat keputusan. Aku lepaskan orang yang aku sayang ni untuk kau tunaikan permintaan si dia. Jaga dia elok elok untuk aku, jangan sesekali kau sakiti dia. Kalau kau tak mampu nak jaga dia, lepaskan dia pada aku. Aku rasa dah takde apa kot, aku minta diri dulu tau." Ujar Haris lalu terus bangun dan memasang niat untuk pergi dari tempat itu.

"Wait Ris! Asal kau buat keputusan macam tu? No, aku dengan Syaf takkan berkahwin. Kau cintakan Syaf right? Pertahankan cinta kau bro. Aku sanggup buat surat tidak setuju dengan permintaan dia and hantar dekat mahkamah." Ujar Farish sambil memegang bahu Haris.

"What wrong with you, Haris? You don't love me? Saya sayangkan awak, bukan dia. Kenapa awak tak nak pertahankan cinta awak?!!" Ujar Syafiqah dengan kolam matanya yang sudah dipenuhi akhirnya jatuh membasahi pipi.

"Cinta memerlukan pengorbanan sayang. Jika ni yang terbaik, saya sanggup. Persahabatan awak dengan arwah lebih penting berbanding cinta kita. Kita still boleh rapat, but just as a friend okey? Apa pun yang terjadi, saya tetap cintakan awak. Awak cinta pertama dan terakhir saya. I love you my pretty girl, more and until forever. Saya akan sentiasa doakan awak bahagia. Walaupun bukan dengan saya. Cincin pertunangan kita, awak boleh simpan untuk jadikan kenangan. Saya ikhlas bagi dekat awak. Semoga bahagia, sayang." Ujar Haris diakhiri dengan senyuman.

Senyuman yang ikhlas ataupun hanya berpura pura tersenyum di depan orang yang dia sayang sedangkan hatinya sakit untuk melepaskan orang dicintainya selama ini.

"Ya allah, aku memohon kekuatan dari mu. Andai benar dia dan aku tidak berjodoh..kuatkan lah hati ku untuk melupakan dia. Biarlah dia bahagia bersama jodohnya." Rintih hati kecil Haris.

Syafiqah terduduk mendengar kata kata itu. Sakit? Hanya allah yang tahu betapa pedihnya hatinya ketika ini.

"Ya allah, kenapa kebahagian aku diduga begini? Kuatkan hamba mu ini ya allah." Ujar Syafiqah dalam tangisnya.

Manisnya kenangan saat bersamamu

Kini terpaksa melepaskanmu

Biarku mencuba sedaya upaya

Menerima segala kenyataannya

Biarkan kau pergi demi bahagia

To be continue...

Bidadari Tengku Farish IrshadWhere stories live. Discover now