BAB 54

505 17 1
                                    

"Sayang, cepatlah. Kita dah lambat lah." Ujar Farish memanggil Farsya yang masih tidak turun ke bawah.

Farsya dengan lajunya menuruni tangga. Farish memandang ke arah Farsya yang sedang turun tangga.

"Jangan lah laju sangat turun tu, kalau jatuh macam mana?" Ujar Farish. Farsya hanya tersenyum.

"Hehe, dah jom lah. Kata dah lambat."Ujar Farsya lalu mengambil kasut di dalam rak.

"Sorry lambat, jalan jamed." Ujar Farish. Adrian mengangguk memahami masalah yang ditimpa oleh Farish.

"Sayang pergi dekat Aisya eah." Ujar Farsya. Farish hanya mengangguk. Farish memandang ke arah Farsya sehingga Farsya betul betul di sisi Aisya.

"Hoii, tengok apa tu? Bini kau tak lari nya. Risau sangat. Macam lah ada yang nak tackle bini dia tu." Ujar Haiqal mengusik sahabatnya.

"Mana tau. Kita tak boleh percaya dengan manusia zaman sekarang. Kau tak kahwin lagi so diam." Ujar Farish selamba.

"Congrats Isya, finally kahwin dah kau! Ana bila pulak?" Tanya Farsya kepada Riana.

"Inshallah bulan depan. Tapi tarikh tu tak confirm lagi lah." Ujar Riana menjawab persoalan Farsya.

"Finally, kita semua dah ada pasangan masing masing. Dari zaman sekolah, and now dah ada ikatan yang sah." Ujar Syafiqah tersenyum mengingati memori ketika zaman sekolahnya dulu.

"Korang je yang baru kahwin, aku dah setahun." Ujar Farsya selamba.

"Eleh, menyampah aku. Tapi, korang dah kahwin setahun..bila nak ada anak." Ujar Aisya selamba. Farsya terus terdiam dengan persoalan Aisya.

"Rezeki tuhan kita tak tahu." Ujar Farish menjawab persoalan Aisya.

"Ha betul tu. Tu dekat Syaf tu kau tak nak tanya pulak?" Ujar Farsya sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk dengan Aisya. Aisya hanya tersenyum.

"Rish, bini kau merajuk. Kau pujuk eah." Ujar Aisya.

"Eah, dia merajuk dengan kau bukan dengan aku." Ujar Farish.

"Eah, korang pergi lah makan dulu. Kejap lagi kita bergambar ramai ramai." Ujar Adrian.

"Ye lah. Meja kitaorang special kan?" Tanya Haris selamba. Adrian mengangguk mengiyakan.

Farsya mendiamkan dirinya. Langsung tidak bercakap mahupun dengan Farish. Farish terasa sesuatu yang pelik apabila isterinya mendiamkan diri.

"Sayang..okey tak? Diam je. Takkan merajuk kot?" Tanya Farish. Syafiqah hanya memandang ke arah wajah Farsya yang berubah pucat.

"Sya, kau tak sihat ke? Pucat lah muka kau." Tegur Syafiqah. Riana turut memandang ke arah Farsya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Syafiqah.

"Sayang tak sihat ke? Demam?" Ujar Farish lalu meletakkan tangannya di dahi Farsya. Farsya hanya menggelengkan kepalanya.

"Takde apa lah, sayang okey je lah. Janganlah risau." Ujar Farsya tidak mahu suaminya risau.

"Suami mana yang tak risau kalau isteri dia sakit. Of course lah Rish risau." Ujar Haris.

"Sape sakit?" Tanya Adrian mengejutkan sahabatnya yang sedang makan.

"Kau ni, kalau ye pun bagi lah salam. Tak pasal pasal kenduri kahwin tukar jadi kenduri arwah kang." Ujar Haiqal menatap maut ke arah Adrian yang tersengih kambing.

"Hehe, sorry. Ha sape sakit?" Tanya Adrian ingin tahu.

Farsya terus bangun lalu mencari kelibat Aisya. Dengan laju langkahnya menuju ke arah Aisya yang sedang berborak dengan ahli keluarganya. Farish hanya memandang pelik isteri nya itu.

"Isya."

"Ha awat?" Ujar Aisya berloghat kedah.

"Aku nak tumpang toilet kejap boleh?" Ujar Farsya. Aisya dengan lajunya mengangguk lalu mengajak Farsya masuk.

"Guna tandas bilik aku lah." Ujar Aisya mengajak Farsya masuk ke biliknya. Farsya menggeleng tidak mahu.

"Ala, yang bawah je lah." Ujar Farsya. Aisya hanya mengangguk.

Farsya membuka pintu bilik air lalu terus menuju ke sinki. Tekak nya terasa pahit. Aisya ingin melangkah masuk ke dalam bilik air itu, namun bimbang jika bajunya itu basah.

Aisya meminta adik lelakinya yang berumur 5 tahun itu memanggil Farish. Adiknya hanya mengangguk lalu berlari ke luar.

"Abang Ad!" Jerit budak itu memanggil abang iparnya. Adrian yang sedang rancak berborak mengalihkan pandangannya ke arah si pemanggil itu.

"Ye dik, kenapa lari lari ni hmm? Mana kakak?" Ujar Adrian sambil mengangkat adik iparnya itu lalu diletakkan di atas peha nya.

"Kakak suruh panggil Abang Rish, tapi Aqif tak kenal Abang Rish yang mana." Ujar Aqif kepada abang iparnya. Adrian tergelak kecil.

"Abang Rish dekat belakang Aqif je lah. Yang tak handsome tu ha." Ujar Adrian selamba. Farish menjeling sepupunya.

"Kenapa kakak panggil abang, dik?" Ujar Farish hairan. Mengapa Aisya tiba tiba memanggil dirinya.

"Tak tahu. Tapi, kawan kakak muntah tadi." Ujar Aqif memberitahu Farish. Membulat mata Farish mendengar apa yang dikatakan oleh budak kecil itu.

"Ya allah, Sya." Farish terus bangun lalu menuju masuk ke dalam rumah mencari isterinya. Syafiqah dan Riana juga turut berlari masuk. Adrian, Haris dan Haiqal masuk ke dalam rumah Aisya tidak lama selepas itu.

"Isya, mana Sya?" Tanya Farish penuh risau. Aisya menundingkan jarinya ke dalam tandas memberitahu bahawa Farsya berada di situ.

"Sayang? Hey, okey tak ni?" Ujar Farish sambil menggosok belakang Farsya.

"Rish, Sya tak sihat ke? Pucat sangat aku tengok muka dia tu." Ujar Aisya.

"Tadi sihat je. Tiba tiba je dia jadi macam ni." Ujar Farish hairan.

"Aku rasa..baik kau bawak Sya pergi jumpa doktor. And suruh dia rest." Ujar Syafiqah. Farish hanya mengangguk lalu mengajak Farsya untuk pulang ke rumah.






Farish membawa Farsya masuk ke dalam bilik lalu menyuruh Farsya baring.

"Sayang baring kejap, saya pergi call doktor." Ujar Farish lalu mengambil phone nya di dalam kocek. Farsya menahan tangan Farish.

"Tak payah lah call doktor, kejap lagi saya okey lah ni." Ujar Farsya. Farish berkerut dahi hairan.

"Kenapa pulak? Awak sakit apa sebenarnya ni? Cuba bagitau saya, janganlah buat saya risau macam ni." Ujar Farish meminta Farsya memberitahu hal sebenar.

"Kalau betul awak nak tahu saya sakit apa..awak pergi dekat atas meja depan tu, ada sampul surat dari doktor. Baca lah." Ujar Farsya.

Farish mengambil surat di atas meja itu lalu dibuka di hadapan isterinya. Hatinya berdebar ketika membuka surat itu.

Farish berkerut dahi melihat isi di dalam sampul itu. "Pelik nya surat dari doktor ni." Ujar Farish penuh curiga.

"Baca lah dulu, baru tau pelik ke tak." Ujar Farsya sambil menyembunyikan senyumnya.

Farish menarik isi di dalam sampul itu. Dirinya menahan sabar apabila satu lagi sampul surat yang dikeluarkan itu.

"Ni sampul surat beranak ke apa?" Rungut Farish tidak puas hati. Farsya tergelak kecil melihat Farish sudah hilang sabar.

Berkat kesabaran Farish ketika membuka sampul surat itu, akhirnya surat itu berada di tangannya. Sampul surat yang menyusahkan hidupnya itu diletakkan di tepi.

You will be Papa soon♥️

5 patah perkataan itu membuatkan Farish pelik. Dia memandang ke arah Farsya meminta penjelasan.

"Apa dia ni? Kata surat dari doktor, takkan doktor tulis ni kot? Ghisauu." Hairan Farish. Farsya tergelak melihat suaminya terlalu loading pada hari ini.

"Baca dan fahamkan elok elok. Don't over loading please, Tengku Farish Irshad." Ujar Farsya. Farish membaca lagi sekali ayat itu.

"Wait are you.." Farish memandang ke arah Farsya tidak percaya. Farsya laju mengangguk mengiyakan.




To be continue...

Bidadari Tengku Farish IrshadWhere stories live. Discover now