"BANGUNLAH WOI. ABANG KAU DAH BISING KAT AKU SURUH KEJUT KAU. PUKUL 2 DAH NI."
Sayup-sayup kedengaran jeritan Sowoon di telinga kanan aku.
Kejap... Sowoon?
Aku perlahan-lahan membuka mata tapi agak payah kerana sinaran matahari yang masuk ke bilik. Biasalah matahari dah terpacak atas kepala.
"Ha bangun pun kau. Sampai nak hilang suara aku jerit-jerit kejut kau tau tak?" Sowoon mendengus geram.
Tapi aku masih blur dengan sekeliling. Kenapa tiba-tiba aku dalam bilik?
"Mana Hoshi?" Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut aku walaupun aku agak mamai sekarang.
"Amboi, bangun tidur terus cari Hoshi eh? Dia kat rumah dialah kot. Kenapa kau tanya?"
Jawapan Sowoon buatkan aku semakin blur.
"Semalam waktu aku dinner dengan dia aku ada mabuk ke?"
Muka Sowoon tak payah cakap la, memang berkerut habis. Entah apa yang pelik aku pun tak tau.
"Apa kau merepek ni? Semalam kau dinner dengan akulah. Hoshi dinner dengan abang kau je. Yang kau tanya soalan pelik-pelik ni kenapa? Sihat ke tak?"
Bertubi-tubi terus soalan yang Sowoon ajukan.
Eh, maknanya semua yang terjadi dari saat aku bangun tidur dapat pesanan mesej dari Hoshi tu— cuma mimpi?
Aku masih tak boleh terima hakikat yang itu semua mimpi. Terasa real sangat.
Patutlah banyak benda pelik terjadi masa tu. Tiba-tiba je ada orang delivery karipap dan goreng pisang. Dan tiba-tiba je Hoshi berterus terang yang dia suka abang aku.
"Mengigau benda pelik-peliklah tu. Itulahh lain kali jangan bangun lambat. Jomlah turun makan. Takut nasi lemak yang abang kau beli tu basi pulak."
Sowoon menarik tangan aku untuk mengikut langkahnya. Aku yang blur ni cuma ikut jelah tapi aku sempat capai telefon aku untuk dibawa turun ke bawah. Otak aku ligat berfikir tentang mimpi yang aku dapat.
Sampai di tingkat bawah, aku nampak Jihoon bergaya macam nak keluar lepak.
"Nak ke mana tu bang." Aku menegurnya semasa dia sibuk menyikat rambut depan cermin.
"Lepak jap dengan Hoshi. Bye." Dia terus keluar rumah tanpa sempat aku bertanya dengan lebih lanjut.
Mencurigakan.
Aku berjalan ke meja makan di dapur bagi menikmati nasi lemak yang ada di atas meja.
Sowoon pula makan benda lain. Mungkin dia dah makan nasi lemak sebelum aku bangun tadi.
Aku tak boleh nak fokus makan sebab terlalu berfikir pasal mimpi tu. Memanglah benda tu mimpi tapi— macam mana kalau Hoshi betul-betul suka Jihoon?
Bila fikir balik, diorang memang sangat mencurigakan. Masa mula-mula Hoshi datang sini pun Hoshi siap bagi pickup line dekat Jihoon. Lepas dinner sama-sama semalam, Jihoon balik dengan senyuman.
Dan tadi Jihoon cepat je nak keluar jumpa Hoshi. Tak sempat aku nak tanya macam-macam.
Aku mengeluh.
"Oi, kau orait ke tak orait ni?" Laju saja Sowoon perasan yang aku nampak lain.
"Orait."
"Ni mesti sebab mimpi kau tu kan? Cuba cerita." Dia terus ketepikan makanannya dan menatap mata aku.
"Aku mimpi Hoshi ajak aku dinner. Kau kata mungkin dia nak luahkan perasaan jadi aku pun pakailah cantik-cantik. Rupanya dia suka abang aku."
"HAH? MACAM TU PUN BOLEH KE?"
Jarak aku dengan dia tak sampai 1 meter pun tapi dia punya suara tu membingitkan betul.
"Sebab tulah aku blur gila pagi tadi. Tambah pulak Hoshi dengan abang aku tu lain macam. Semalam bukan main lagi abang aku balik dengan senyuman. Entah entah memang betul diorang tu ada sesuatu yang disembunyikan dari kita."
"Hmmm macam masuk akal jugaklah. Tapi muka Hoshi dengan abang kau tak nampak macam lelaki bengkok pun." Sowoon menggaru-garu kepalanya.
"Tak taulah. Dalam mimpi tu masa aku dengan kau keluar bilik nak turun ke tingkat bawah, kita ada terserempak dengan abang aku. Bila dapat tau aku nak dinner dengan Hoshi, dia emo sampai hempas pintu bilik."
"HAHAHAHAHAH kuat jealous jugak eh abang kau ni."
Sowoon dah ketawa berdekah sambil tepuk-tepuk meja. Aku pun bila teringat balik benda tu macam kelakar pulak. Tapi disebabkan otak aku masih serabut dengan mimpi tu, aku tak mampu ketawa.
Telefon aku yang terletak di atas meja berbunyi pendek tanda ada mesej masuk. Bila aku cek, mesej tersebut dari Hoshi.
Dalam mimpi pun dia mesej jugak.
"Siapa mesej tu?" Sowoon mula nak busybody.
Aku mengabaikan soalan Sowoon seketika waktu untuk fokus membaca pesanan mesej tersebut.
Mesej ni— sebiji macam dalam mimpi.
"Hoshi ajak aku dinner. Mesej dia ni sama macam dalam mimpi," ujarku sambil menunjukkan skrin telefon ke arah Sowoon.
Mata dia terbeliak.
"Macam mana kalau benda dalam mimpi kau tu betul-betul akan berlaku?"
-----
10072021
Terhibur tau tengok orang gelabah dekat previous chapter HAHAHAHAH
YOU ARE READING
Dare
Fanfiction"aku menyesal sahut dare kau." "menyesal sekarang takde guna dah sis. ehe." cast; - kwon hoshi (svt) - lee jaehwa - dan lain² lagi Start: 28112019 Finish: -