7

255 30 4
                                    

Hoshi memarkir kereta di tempat parkir amusement park. Aku menyembunyikan rasa teruja. Dah lama aku tak ke sini. Kali terakhir aku pergi pun 2 tahun lepas.

"Jom?" Hoshi membuka tali pinggang keledar setelah selesai nenarkir kereta. Aku cuma mengangguk sebelum turut membuka tali pinggang keledar.

"Apa awak nak main, mainlah. Saya belanja." Kata Hoshi. Aku mula waswas. Macam mana kalau suatu hari nanti dia tuntut balik duitnya yang aku bazirkan?

Eh sudah-sudahlah fikir pasal ni. Enjoy dulu menyesal kemudian.

"Jangan risau sangatlah. Saya ikhlas yang sangat ikhlas nak belanja awak. Bila lagi nak bazirkan duit kan? Saya bukannya ada girlfriend." Ada nada sendu dalam kata-katanya.

"Parents awak? Tak bagi diorang duit ke?"

"Diorang selalu tolak duit yang saya nak bagi. Lagipun saya tengok diorang macam tak perlukan duit saya."

"Kenapa?" Tanyaku dengan muka pelik. Bukan ke anak patut selalu bagi duit pada mak ayah? Kenapa Hoshi cakap mak ayahnya tak perlukan duit dia?

Mood busybody dah datang.

"Tak payah taulah. Jom masuk sana." Hoshi meraih tanganku. Aku hanya mengikut langkahnya yang melepasi pintu gerbang amusement park.

"So awak nak mula dengan apa?" Hoshi mengangkat kening sambil memandangku.

___

Buat pertama kalinya aku terkinja-kinja di depan Hoshi. Hoshi pula hanya memerhati dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

Banyak jenis game yang kami dah cuba sejak tadi. Sekarang dah masuk sejam kami di sini. Mataku tiba-tiba tertumpu pada roller coaster.

"Bukan yang tu." Hoshi menutup mataku bai menghalang aku daripada terus tengok roller coaster tersebut. Aku smirk. "Jomlah."

Aku menarik tangannya pergi ke tempat roller coaster. Dia nampak cuak tapi tetap mengikut aku.

Setelah selesai benda bayar-bayar yang aku tak ambil kisah tu, kami terus mengambil tempat. Hoshi dah buat muka pasrah.

Aku rasa nak rakam dia menjerit-jerit supaya boleh jadikan bahan mengejek dia suatu hari nanti.

Kejap. Suatu hari nanti? Bukan ke hari ni hari terakhir kami akan berjumpa?

Apabila aku mahu berfikir dengan lebih jauh, roller coaster dah mula bergerak.

Sepanjang menaiki roller coaster, Hoshi banyak menjerit. Aku pun ada menjerit, tapi aku jerit sebab excited.

Secara tiba-tiba tanganku diraih oleh Hoshi. Dia kelihatan tak sedar tindakannya. Aku hanya membiarkan memandangkan dia nampak tengah takut sangat.

Pada masa yang sama, aku rasa gugup.

___

"Ada apa-apa lagi awak nak main?" Hoshi bertanya setelah dia reda daripada rasa nak muntah.

Turun saja dari roller coaster tadi dia terus cari tempat yang boleh dia duduk. Lebih kurang lima minit juga dia hanya duduk dan diam.

"Rasa macam tak ada. Tapi saya nak gula-gula kapas. Boleh kan?"

Dia mengangguk sebelum berdiri. Dia berjalan terlebih dahulu, meninggalkan aku. Dia tak merajuk kan?

Dia memesan dua gula-gula kapas. Apabila siap satu gula-gula kapas, penjual tersebut hulurkan pada aku.

"Jangan makan dulu." Ujar Hoshi ringkas tapi cukup untuk buat aku blur. Macam mana kalau gula-gula kapas ni mengecut jadi kecik? Persoalan ni aku hanya simpan.

Akhirnya Hoshi punya gula-gula kapas sudah siap. Setelah membayar sejumlah wang, dia mengeluarkan iPhonenya yang boleh tahan latest?

"Maaf menyusahkan, boleh makcik tangkap gambar kami?" Tanya Hoshi pada makcik penjual gula-gula kapas tadi sambil menghulurkan iPhonenya. Kebetulan pula kedai gula-gula kapas tengah tak ada orang.

Makcik tersebut tersenyum lalu menyambut huluran Hoshi.

Hoshi berdiri di sebelah aku. Tak cukup dengan tu, dia memegang tanganku dan senyum sambil pandang kamera.

"Senyumlah. Tunjuk sekali gula-gula kapas ni." Kata Hoshi sambil memandangku seketika. Aku terus senyum memandang kamera.

Tipulah kalau aku kata aku tak kekok. Apatah lagi bila dia pegang tangan aku macam ni. Rasa gugup aku makin menjadi-jadi.

Setelah mengambil beberapa keping gambar, makcik tadi memulangkan iPhone Hoshi.

"Makcik tengok korang memang sesuai bersama." Komen makcik tu tanpa disuruh. Muka aku automatik menjadi merah.

"Kami cuma kawan, makcik." Kata Hoshi dengan senyuman yang agak lain. Aku pun tak tau apa makna senyuman tu.

___

10122019

Dare Where stories live. Discover now