9

282 31 8
                                    

Kami sibuk menikmati makanan masing-masing dengan diam tanpa suara. Eh dah nama pun diam takkanlah tiba-tiba keluar suara kan hm. Terdetik pula satu ayat di minda aku.

"Hoshi." Aku memanggilnya. Dia yang dari tadi fokus makan terus memandang aku dengan muka penuh tanda tanya.

"Saya nak cakap sikit." Suara aku kedengaran teragak-agak. Memang teragak-agak pun.

"Ye? Cakap jelah." Hoshi sambung menyuap spaghetti ke dalam mulutnya. Walaupun begitu, matanya tidak beralih dari memandang aku.

"Sebenarnya kan." Aku membiarkan kata-kata tergantung seketika.

"Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya hmmm. Dalam kereta nantilah saya cakap." Aku takut kata-kata aku buat dia hilang selera ke apa. Tak ke membazir kalau dia dah tak nak makan.

"Tapi nanti kan kita balik rumah masing-masing? Kereta pun asing." Hoshi menjawab dengan dahi berkerut. Mungkin tak faham dengan aku.

Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Bunoh jelah aque.

Tapi betul juga kata dia. Nanti balik kereta asing-asing. Habis tu bila aku nak cakapnya?

"Hello? Still kat sini ke?" Hoshi melambai tangannya di depan muka aku.

"Oh sorry. Kalau macam tu takpelah. Nanti kat rumah saya DM awak."

"Lahhh. Tak boleh cakap sekarang ke?"

"Tak kot."

"Hmm macam nilah. Apa kata habis makan ni kita pusing-pusing kejap? Atau singgah satu tempat? Takpe ke kalau awak balik dalam pukul 10?"

Aku berfikir sejenak. Woozi akan marah ke? Bukan ke dia jarang ambil kisah pasal aku? Maknanya takpe kan?

"Bolehlah. Naik kereta masing-masing?"

"Mungkin ya. Kita pergi taman yang dekat dengan kawasan perumahan awak ke? Tu pun kalau adalah." Hoshi menyedut sedikit minumannya setelah berkata.

"Oh ada. Lebih kurang lima minit dari sini rasanya."

"Bagus. Habiskan makanan cepat dan kita boleh ke sana."

Aku mengangguk sebelum menghabiskan baki makanan di dalam pinggan.

___

Aku memandu kereta diikuti Hoshi dari belakang. Akhirnya aku sampai di taman permainan yang aku katakan. Hoshi memarkir keretanya di belakang kereta aku.

Taman ni malam-malam pun agak aktif dengan kunjungan manusia. Ada yang bersama pasangan, ada juga ibu bapa yang bawa anak mereka. Lagipun ini bukan taman permainan yang terletak di dalam kawasan perumahan. Ada lori kecil yang menjual jajan, gula-gula, aiskrim dan sebagainya termasuk burger.

Aku duduk di sebuah bangku yang kosong manakala Hoshi ada kata dia nak pergi beli sesuatu dari lori yang jual pelbagai benda tu.

Aku hanya membuka Instagram untuk menghilangkan bosan menunggu Hoshi kembali. Tapi tak lama lepas tu dia muncul.

"Nah." Dia menghulurkan satu kon aiskrim pada aku. Sebenarnya aku kenyang tapi kalau bukan aku yang makan, siapa lagi kan? Ehe.

Selepas menyambut hulurannya, aku terus menikmati aiskrim yang dia belikan. Dia pun ada makan aiskrim juga.

"Jadi apa yang awak nak cakap sangat tu?"

"Tunggu aiskrim kita habislah." Balasku.

"Pulak dah. Menyesal saya beli aiskrim ni." Hoshi bersandar malas sambil bibirnya dimuncungkan.

Oh tolonglah jangan macam ni. Aku tak nak jatih cinta—

Lebih-lebih lagi dengan manusia pelik macam dia.

Aku terus mengalihkan pandangan sebab dia terlalu comel bila buat macam tu. Aku fokus menghabiskan aiskrim.

Lebih kurang lima minit suasana antara kami senyap, akhirnya aku membuka mulut memandangkan aku dan dia sama-sama dah habis makan aiskrim.

"Okey macam nilah. Sebenarnya saya kekok dan agak tak selesa bila awak terlebih baik dengan saya." Ujarku sambil menundukkan kepala.

Kenapa aku tunduk? Aku pun tak tau. Mungkin aku tengah tahan diri daripada tengok muka dia lama-lama. Takut jatuh hati.

"Eh? Benda ni pun awak tak boleh cakap direct daripada tadi ke?"

Aku masih tak angkat muka. Tapi aku tau yang dia tengah blur sekarang. Daripada suara je pun aku tau.

"Ye sebab saya teragak-agak." Aku menghela nafas panjang.

"Jae..."

Tiba-tiba tangan Hoshi memegang dagu aku untuk mendongakkan kepala aku. Hati aku mula berdugeun dugeun melihat tatapan mata dia.

Tatapan ni bukan tatapan biasa. Tatapan ni agak dalam, sekaligus menikam anak mata aku.

Tanpa aku sangka, tiba-tiba bibirnya dilekatkan ke bibirku. Dia mengurut bibir aku dengan—

Bibir dia.

Aku nak tolak tapi pada masa yang sama jiwa aku meronta untuk membalas. Belum sempat aku balas, dia melepaskan bibir aku.

"A—apa awak buat sebenarnya?" Suaraku agak tersekat tapi mampu juga aku lontarkan suara tu pada dia.

"Cuba untuk jadi jahat sikit?" Dia menjawab selamba.

"Tapi untuk apa?" Tangan aku naik memegang bibir sebab aku tak percaya yang— dia baru lepas cium aku.

Hati aku makin meronta mejerit nama dia. Kejap. Nama dia dalam hati aku? Aku suka dia ke?

"Saya cuma nak awak selesa dengan saya."

Hoshit. Kenapa ayat dia yang simple tu berjaya buat aku makin cair?

"Saya nak baliklah."

Aku terus berlari meninggalkannya di bangku tu.

Aku tak faham motif dia. Kenapa dia buat aku macam ni?

___

21122019

Dare Where stories live. Discover now